Friday, January 22, 2010

FAM Akan Beli Manchester United


LAPORAN : HASBULU ARI ARI

Baru sahaja berita kegagalan Tony Fernandes membeli kelab West Ham menyejuk , kini muncul lagi satu berita panas ke meja sukan Metroll. Kami baru sahaja menerima sebuah email dari spy kami di Wisma FAM. Menurut email Agent X pihak, FAM sedang dalam fasa akhir berunding dengan keluar Glazers untuk membeli kelab bolasepak Manchester United. Seperti yang kita sedia maklum kelab gergasi eropah ini kini berhutang sebanyak GBP 716 juta. Keluarga Glazers sebagai pemilik kelab pula tidak mampu membayar hutang yang semakin meningkat. Didalam laporan kewangan tahunan yang dikeluarkan minggu lepas, Man United hanya mencatatkan keuntungan bersih GBP 34 juta. Ini banyak dibantu oleh wang perpindahan Cronaldo sebanyak GBP 80 juta pada musim panas yang lalu. Ini sekaligus menunjukkan Man United perlu menjual pemain utama mereka setiap tahun untuk mengelakkan dari mengalami kerugian. Pada waktu artikel ini ditulis sudah ada khabar angin yang Dimitar “I look like Andy Garcia” Berbatov , Wayne “Penyetubuh Nenek” Rooney dan Nemanja “Dulu Senario .. sikalang” Vidic bakal dijual diakhir musim 2009/10 untuk mengimbangi baki bawa bawah buku lejer prinsip akaun Man United.


Pembelian Man United oleh FAM dijangka bakal memuaskan hati majlis tertinggi FAM yang hampir kesemuanya memang peminat Man United. Ia juga bakal menyenangkan hati kesemua peminat The Glory Hunters di Malaysia. Rata-rata peminat Man United yang kami temui mengalu-alukan pembelian kelab kegeramaran mereka. Salah seorang diantara mereka , Encik Shahreza Sharifudn (26) berkata;

“Ramai rakan saya mengutuk kerana saya tak support langsung team bola di Malaysia. Diorang kata buat apa sokong kelab bukan tempatan. Jika pembelian ini berjaya saya tak akan malu lagi mengaku saya penyokong hardcore Man U”

Pembelian Man United dikatakan bakal menaikkan imej FAM yang sering dipersalahkan kerana gagal menaikkan taraf bolasepak tempatan. Menurut laporan audit, FAM telah membelanjakan beratus-ratus juta didalam pelbagai skim dan program semenjak tiga dekad yang lalu. Ini termasuk projek bailout dan membayar gaji pemain persatuan kelab negeri yang muflis. Bosan asyik menghabiskan duit tanpa ada end product, pembelian Man United ialah langkah drastik FAM untuk “membeli kejayaan” sama seperti model yang digunakan kelab seperti Chelsea, Man City dan Real Madrid.Seorang ahli jawatan kuasa tinggi yang enggan dikenal pasti berkata;

“Pihak FAM sudah bosan melawan cacian yang dilempar peminat bola sepak Malaysia. Mereka asyik menyalahkan FAM bila pasukan negara kita gagal. Maka kami rasa lebih baik menbeli dan megurus kelab luar negara kerana khidmat kami di Malaysia langsung tidak dihargai. Disamping itu lepas ni boleh la kami ada alasan ke England setiap mimggu. Kalau dulu kami pergi waktu bulan Ramadhan sahaja menemani tuanku Presiden!”

Pembelian ini juga bakal membawa perubahan besar kepada kelab Manchester United. Kami difahamakan MU akan direbrand menjadi Football Association Manchester. Logo baru United bakal menggabungkan elemen asal logo FAM dan United seperti yang dilihat dibawah.

Football Association Manchester

23 comments:

razif said...

Hahahhahaha chilakeee...xyah le wat MU,wat la chelsea ke arsengal ke..sangat butthurt tahu..!!

pizlimw said...

Wahahahhaa..

Core said...

memang babi la post ni... hahaha..

Obefiend Weiland said...

@RAZIF

chelsea dan arsengal tidak ada masalah bebanan hutang. plus.. FAM.. M mah.. takkan Millwall lak.

Renmu said...

ini mesti idea timbalan pres si KJ.

boleh la si zaquan jd striker ManU.
drogba pn boleh ketar lutut la lps ni.

haha...

Sandalsilver said...

A great LULZ!

Jantan Terhangat said...

Mak Aih ni aku nak apply Job ni..As urut2 kaki Evra pun ok la kot..

deusXmachina® said...

cilakak obefiend
erk888

::Sarah:: said...

Harharharharhar..Lawak sungguh..

Macam real plak FAM ndak beli MU..

Huhuhuhu..Tersangat butthurt la fans MU nei kali..:))

kudabesi said...

fucking sungguh haha

Fam perlu berubah..keh2

cikaro said...

what da effff????? HAHAHAHA!!!

astalavistabebeh said...

aku suke post ni..... mmg best.... haha....

Matjoe said...

lawak2. Janji FAM, manchester, bukan Malaysia.

depa ni dok pakat berhutang. tp dari dulu aku dok dengar kelab2 bola ada masalah tapi takdak pun lingkup. ada jer org2 kaya bodo pegi beli

makCik said...

HASBULU ARI ARI??

aku terus stop baca sebab nak gelak lama2 dulu. mcm herem. HA HA HA

Ahmad Syafiq said...

LOLOLOLOLOL.... WTF???

Truly Harian Metroll. ;P

(I'm an MU fan btw, but I love this joke, LOL)

MujahidEEn_89 said...

hahaha... sengalism

Zala Wajik said...

semoga arena bola sepak negara semakin maju dengan pembelian ini..

hahhaha

[YeOp] said...

damn you. tapi lawak! hahaha~

Anonymous said...

wkakaka...
caye aje korang...
mustahil fam nk beli MU...
nk beli kelab paling murah kat england pn x mmpu...
fam mmg dh sengkek skang..
duet brjuta juta da abes kat pmain..
tp haprak je...xde hasil lngsung..
abg sdare aku keje kat fam..
aku tau la..bkn men cakap jer..

Anonymous said...

malang sungguh nasib FAM..gara2 pengurusan yang macam hampeh skang ni da jadi bahan jenaka je dek rakyat aka peminat setia yang rata2 tersangat kecewa dengan nasib pasukan malaysia...sebagai rakyat n peminat bolasepak tanahair aku malu sgt dgn FAM ni..kalau dah rasa xbleh nak jayakan bolasepak negara tu bawak2 la letak jawatan..xkan sampai rakyat nak kena paksa kot?sedar la skit..

eddie dewanaga said...

Obe, mintak logo FAM - Man United, boleh..??

gua nak bakar fan MU kat blog Chelsea gua...

http://birudarahkami.blogspot.com/

Anonymous said...

bila laa sultan pahang n kerabat dia nak mati?...

menyemak je hancur kan FAM bergenerasi...

siyall... tol...

ab said...

Semoga berita ini tidak diambil oleh mn2 srt khbr utk dimasukkan dlm paper mereka nanti..

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber