Sunday, February 28, 2010

Komik Troll #2


sigh

77 Peminat Chelsea masuk Arsenal

PERMATANG PAUH 28Feb. - Seramai 77 ahli Kelab Penyokong Chelsea Malaysia (KPCM ) di kawasan Penanti menyertai Kelab Peminat Arsenal Malaysia (KEPAM) selepas mengisytiharkan berhenti meyokong Chelsea.

Borang keahlian KEPAM diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden KEPAM, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan KEPAM Pulau Pinang.

KEPAM terbaik

Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan KEPAM negeri, Datuk Pipiyapong Abdillah; Ketua KEPAM Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda KEPAM negeri, Norman Zahalan.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Chelsea cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan Carlo Ancelloti selepas dibelasah seperti babi kepanasan oleh Manchester City semalam.

''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan di Chelsea. Selain daripada itu masalah perilaku seksual pemain Chelsea seperti John Terry dan Ashley Cole membuatkan kami semakin sangsi dengan kesucian perjuangan mereka untuk merebut semula gelaran juara liga. Pemain Arsenal kami lihat semuanya suci seperti kain lampin. Mungkin kerana mereka masih lagi bayi-bayi Arsene" katanya pada majlis menonton beramai-ramai di restoran mamak perlawanan Arsenal menentang Stoke di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.

Bekas Bendahari KPCM cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam Chelsea disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai bersetubuh.

Saturday, February 20, 2010

Logo Baru Arsenal


Logo baru untuk dekad baru dibawah Le' Professeur


Kelab Terbaik Alam Semesta (TM)(C)(KDNK)(UPSR) Arsenal hari ini mengumumkan penggunaan logo baru sempena musim 2010 -2011. Pengumuman logo baru ini dilancarkan bagi mengesampingkan berita-berita kegagalan Arsenal yang banyak memenuhi dada akhbar sejak dua menjak ini. Menurut jurucakap perhubungan awam Arsenal , Encik Jonathan Gibbons;

"Kelab teragung The Gunners perlukan berita-berita positif.Berita Fabregas nak blah, keeper separa telap dan kekalahan menyebabkan penyokong kelab menjadi emosi. Jadi kami di bahagian public relation memutuskan untuk memperkenalkan logo baru ini lebih awal bagi mendapatkan positive PR point"


Sejarah Logo Kelab Arsenal - Kelab Terbaik Alam Semesta (TM)
(C)(KDNK)(UPSR)

Sejarah kelab terbaik alam semesta Arsenal bermula pada tahun 1886 dengan tertubuhnya kelab Dial Square. Kelab ini ditubuhkan oleh operator-operator pengeluaran lelaki kilang membuat senjata Royal Arsenal. Dalam perlawanan pertama mereka pasa 11 Disember tahun tersebut, Dial Square merembat Eastern Wonderers 6-0. Selepas dua minggu mat-mat kilang Royal Arsenal rasa nama Dial Square tak cukup cool. Nama kelab ditukar kepada Royal Arsenal dua minggu selepas perlawanan pertama tadi. Pada tahun 1893 nama kelab ditukar lagi kepada Woolwich Arsenal apabila mereka start bermain secara profesional. Woolwich Arsenal juga merupakan kelab pertama dari selatan England yang menyertai Football Association. Tiga meriam menghala keutara diletakkan pada logo bagi menunjukkan salasilah kelab yang diasaskan pekerja kilang senjata.

arsenal kelab maha dewa lagi maksum

Boleh tahan ganas juga logo ni. Logo ini kemudian diciplak oleh Axl Rose pada tahun 80-an untuk band musik yang diasaskannya.

arsene knows.. he even knows if you wank to walcott

Ketika era Herbert Chapman , sebuah lagi logo baru direka . Logo bedasarkan rekaan Art Deco ini hanya dipakai pada perlawanan-perlawanan berprofil tinggi seperti piala FA contohnya. Herbert Chapman juga menggunakan logo baru ini sebagai perhiasanpada lantai dan dinding di Highbury.

arsenal kelab maha dewa lagi maksum

Pada tahun 1949 logo Arsenal diubah lagi dan ianya logo paling lama digunakan. Logo ini digunakan sehingga 2002.

arsenal kelab maha dewa lagi maksum

Tahun 2002 logo diatas diubah atas sebab trademark. Pada masa ni banyak usahawan jalalan menjual barangan berlogo Arsenal berhampiran stadium. Logo kat atas tu tak pernah ditrademark oleh Arsenal kerana banyak kali direvised. Semua applikasi trademark ditolak akibat sebab itu. Akibatnya usahawan jalanan boleh jual scraf, topi dan t-shirt Arsenal tanpa perlu membayar royalti kepada kelab.

Pada tahun 2002 logo baru yang digunakan sekarang pun diperkenalkan. Logo terbaru ini mendapat tentangan kuat dari penyokong Arsenal kerana rekaanny tidak menggambarkan heritage Arsenal. Motto kelab "Victoria Concordia Crescit " (victory comes from harmony) turut dibuang pada design terkini.


logo ini terbaik.. takkan ada logo lebih cool dari ini.. the best sial


LOGO MUSIM 2010-2011


Tuan-tuan dan puan-puan, masa untuk unveil logo baru Arsenal untuk musim hadapan;

jgn hina arsenal.. ia kelab kegemaran ben laden.. nak kena bom ke ha gampang?

Cantik kan? Mari aku terangkan maksud disebalik rekaan terbaru ini

pemain dia semua masuk surga.. fab dia masuk arashy

1 - Gawang Arsenal sekarang mudah ditembusi. Maka perisai pada logo pun secara simboliknya menunjukkan realiti ini. Kenapa 3 lubang? Kerana ketiga-tiga keeper first team Arsenal , Almunia, Manone dan Fabianski sampah belaka!

2. Arsenal amat sinonim dengan kecederaan. Tak ada team lain selain Arsenal yang senarai kecederaannya panjang gila. 90% kecederaan menyebabkan pemain jadi tempang dan perlu bertongkap. Maka elemen tongkat pun diadaptasikan didalam logo baru ini

3. Ini ambulan. Kalau dulu Arsenal dikenali sebagai The Gunners sekarang dah jadi The Gonners. Team nazak. Perlukan ambulan bila sakaratul maut datang memanggil. Tak perlu ulas lebih panjang-panjang. Nanti ada orang emosi lagi. Tiada humor mereka ini. Mungkin situasi ini sama seperti ketika ada ahli keluarga yang nazak maka hendak ketawa sinis pun tidak mampu. Maafkan aku kerana tidak sensitif ye wahai pembaca Arsenal sekalian.

4. Lampu kecemasan ambulan menyerupai bendera Peranchis kerana Arsenal ialah kelab dimana bahasa kebangsaanya ialah French.

5. Motto baru untuk dekad baru. Motto lama "victory comes from harmony" digantikan dengan "Arsene Knows". Pada logo baru motto ditulis dalam bahasa Peranchis bukan Latin. For obvious reasons.
Related Posts with Thumbnails

Pagenumber