Sunday, January 30, 2011

Pakatan Rakyat Salahkan Calon Kurus Sebab Kalah di Tenang

Laporan Effi Saharudin

Tenang - 30 Januari - Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim menyalahkan calon PAS yang terlalu kurus keatas kekalahan lebih 3 ribu undi di Tenang hari ini. Pemimpin PKR dan juga Perdana Menteri Dalam Penantian ke Putraya (PMDPKP) berjanji akan hanya meletakkan calon yang obese seperti Bob Kuman dimasa hadapan.

"Nampaknya rakyat Malaysia sukakan calon wakil rakyat yang gemuk gedempol. Dari pengamatan saya pengundi terutamanya wanita melayu sukakan lelaki debab kerana mereka kelihatan comel seperti Totoro. Selain daripada itu kami mendapati calon yang gemok nampak lebih selamat untuk diundi sekiranya kawasan pilihanraya itu sebuah kawasan banjir seperti Tenang hari ini. Calon BN Mohd Azahar Ibrahim kelihatan seperti pelampung. Maka secara psikologikalnya orang gemok akan lebih mudah menangi hati pengundi dari calon kurus"

Sementara itu Dato Seri Muhyiddin Yassin menganggap kemenangan Mohd Azahar Ibrahim adalah berkat sokongan Dato Paduka Rosmah Mansur.

"Isteri Perdana Menteri kita banyak memberi sokongan moral kepada jentera BN yang berkempen di Tenang. Saya yakin pengundi Tenang dapat melihat personaliti serta saiz badan yang sama antara Dato Paduka dan calon BN. Saya berterima kasih kepada FLOM atas sokongan beliau yang cukup padu".

Wartawan Metroll sempat menebual beberapa penduduk sekitar Tenang awal pagi tadi dan salah seorang pengundi yang mahu dikenali sebagai Fook Yew berkata;

"Tahun ini ialah tahun Arnab dalam kelender Cina. Banyak ong kalau undi orang rupa macam arnab. Itu calon pas tidak tembam macam arnab. Talak ong. Itu pasal saya undi sama BN. Lagipun ah kalau undi orang gemok, kalau mati cepat boleh undi lagi. Jalan terus jadi elok. Sekolah SRJK (C) dapat duit. Anak dapat kunci rumah. Cucu dapat basikal sama beg sekolah free. Orang Tenang bukan bodoh punya. Kalau undi PAS sihat punya orang bila mau mati mah!"



Komik Troll #15


Bromanca Diktator



Friday, January 28, 2011

Selepas INTERLOK , Lagi Badan NGO Mahu Silibus Sekolah Dipinda

Laporan Effi Saharudin

Kuala Lumpur - 28 Januari- Selepas isu novel INTERLOK selesai dengan pindaan dilakukan keatas novel tulisan Datuk Abdullah Hussein , timbul lagi isu baru. Hari ini pihak Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Malaysian Hokkien Association (MAHAI) pula menyerahkan memorandum supaya silibus sejarah sekolah menengah Malaysia dipinda bagi menjaga hati komuniti Cina dan Melayu. Persatuan PERKASA meminta supaya fakta sejarah yang menunjukkan pembesar Melayu mudah ditipu, suka tikam belakang, lemah dan membeloti amanah rakyat Malaya dengan bersekongkol dengan pihak British ditukar. MAHAI pula mahukan fakta pendatang dari China kaki candu dan ahli kongsi Gelap Geehin serta Haisan juga dipinda kerana memberi imej rasis kepada orang Cina yang menetap di Malaysia sekarang.

Menurut jurucakap gabungan PEKASA MAHAI, jika Kementerain Pelajaran boleh mengubah sejarah dengan meminda isi kandungan INTERLOK bagi memadamkan kewujudan sistem kasta pariah dalam komuniti India yang memalukan,kenapa pula tidak dipinda juga sejarah memalukan bangsa Melayu dan India?

"Adalah tidak 1Malaysia jika bangsa India sahaja dibenarkan meminda sejarah serta fakta semata-mata mahu menutup kemaluan lampau. Kami PERKASA MAHAI mahukan keadilan dan kesamarataan supaya prinsip 1Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib ditegakkan. Kami PEKASA MAHAI mahukan sejarah memalukan bangsa Melayu dan Cina juga diubah supaya tidak menimbulkan pergeseran diantara kaum dimasa hadapan!"

Antara fakta yang mahu diubah oleh PEKASA ialah sejarah pembesar melayu yang bergaduh di Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Ini menurut mereka memberi kesan psaikologikal yang bangsa Melayu tidak muafakat dan kaki berantakan sejak dahulu kala. Di dalam situasi politik sekarang dimana Melayu terbahagi kepada penyokong BN dan PR, adalah tidak wajar keberantakan Melayu diingati oleh anak bangsa Melayu modeb. MAHAI pula tidak mahu komuniti cina dilhat sebagai tahi dadah dan kongsi gelap.

"Itu gangster punya celita balang lama mah! Sikalang gangster tidak wujud lagi. Itu gangster macam Chan Ho Nam sama Chicken hanya wujud dalam wayang gambar saja. Jika diajar disekolah, anak muda cina semua mahu jadi kaki ganja dan join kongsi gelap 8811 punya. Ini tidak elok mah!"

Pihak Kementerian Pelajar enggan mengulas tetapi sumber dalaman yang enggan dikenali memberitahu wartawan Harian Metroll

"Semua nak ubah ni ada apa hal? Esok NGO Iban pula bantah teks sejarah katakan orang Iban kanibal. Minggu depan NGO Sikh bantah kata kenapa tak cukup sejarah Sikh dalam buku teks pulak. Semua NGO ini sila pergi mampos!"



Tuesday, January 25, 2011

Mawi Bakal Muncul Dengan Imej Baru

Laporan Effi Saharudin

Felda Taib Andak - 25 Januari 2011 - Penyanyi program realiti Akademi Fantasia, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi bakal muncul dengan album terbaru beliau Terima Kasih Allah bulan hadapan. Mawi yang lama menghilangkan diri dikatakan bakal muncul dengan imej baru bagi mensesuaikan diri dengan kehendak meleis semasa. Ketika ditemubual wartawan Harian Metroll semalam, Mawi sempat menceritakan konsep album terbaru beliau;

"Konsep album Terima Kasih Allah adalah sama dengan album saya yang lain cuma yang berubah ialah imej saya. Jika dulu saya sinonim dengan kepala botak. Kali ini saya akan memakai beret dan menukar nama kepada Mawi Zain. Tujuaannya supaya dapat menarik semula semua fangirls saya yang berambos setelah kehadiran Maher Zain. Saya yakin golongan penggemar nasyid wanita pasti akan tergerak untuk membeli album saya kerana kini saya ada muka macam Maher Zain"

Bila ditanya sama ada beliau selesa mengambil imej penyanyi dari Sweden berketuranan Lebanon itu, Mawi menunjukkan kami gambar dibawah




"Siapa tiru siapa sekarang? Saya memang dari dalam AF pakai topi beret. Tapi pihak MAESTRO cakap rambut botak sedang hot kerana pada ketika itu Justin Timberlake pun rambut botak. Saya dinasihatkan supaya menjadi Justin Timberlake versi HALLALAN TAYYIBAN JAKIM APPROVED. Pasal tu saya botak. Secara ikhlasnya saya tahu Maher Zain yang tiru imej asal saya! Jadi tak salah saya pula tiru gaya dia!"

Album Terima Kasih Allah bakal diedarkan MAESTRO Record bulan hadapan dan lagu yang dijangka hit ialah Tolong Ingatkan Aku Solat. Lagu ini ialah lagi duet diantara Mawi Zain dan Ana Raffali.


Related Posts with Thumbnails

Pagenumber