Friday, January 22, 2010

FAM Akan Beli Manchester United


LAPORAN : HASBULU ARI ARI

Baru sahaja berita kegagalan Tony Fernandes membeli kelab West Ham menyejuk , kini muncul lagi satu berita panas ke meja sukan Metroll. Kami baru sahaja menerima sebuah email dari spy kami di Wisma FAM. Menurut email Agent X pihak, FAM sedang dalam fasa akhir berunding dengan keluar Glazers untuk membeli kelab bolasepak Manchester United. Seperti yang kita sedia maklum kelab gergasi eropah ini kini berhutang sebanyak GBP 716 juta. Keluarga Glazers sebagai pemilik kelab pula tidak mampu membayar hutang yang semakin meningkat. Didalam laporan kewangan tahunan yang dikeluarkan minggu lepas, Man United hanya mencatatkan keuntungan bersih GBP 34 juta. Ini banyak dibantu oleh wang perpindahan Cronaldo sebanyak GBP 80 juta pada musim panas yang lalu. Ini sekaligus menunjukkan Man United perlu menjual pemain utama mereka setiap tahun untuk mengelakkan dari mengalami kerugian. Pada waktu artikel ini ditulis sudah ada khabar angin yang Dimitar “I look like Andy Garcia” Berbatov , Wayne “Penyetubuh Nenek” Rooney dan Nemanja “Dulu Senario .. sikalang” Vidic bakal dijual diakhir musim 2009/10 untuk mengimbangi baki bawa bawah buku lejer prinsip akaun Man United.


Pembelian Man United oleh FAM dijangka bakal memuaskan hati majlis tertinggi FAM yang hampir kesemuanya memang peminat Man United. Ia juga bakal menyenangkan hati kesemua peminat The Glory Hunters di Malaysia. Rata-rata peminat Man United yang kami temui mengalu-alukan pembelian kelab kegeramaran mereka. Salah seorang diantara mereka , Encik Shahreza Sharifudn (26) berkata;

“Ramai rakan saya mengutuk kerana saya tak support langsung team bola di Malaysia. Diorang kata buat apa sokong kelab bukan tempatan. Jika pembelian ini berjaya saya tak akan malu lagi mengaku saya penyokong hardcore Man U”

Pembelian Man United dikatakan bakal menaikkan imej FAM yang sering dipersalahkan kerana gagal menaikkan taraf bolasepak tempatan. Menurut laporan audit, FAM telah membelanjakan beratus-ratus juta didalam pelbagai skim dan program semenjak tiga dekad yang lalu. Ini termasuk projek bailout dan membayar gaji pemain persatuan kelab negeri yang muflis. Bosan asyik menghabiskan duit tanpa ada end product, pembelian Man United ialah langkah drastik FAM untuk “membeli kejayaan” sama seperti model yang digunakan kelab seperti Chelsea, Man City dan Real Madrid.Seorang ahli jawatan kuasa tinggi yang enggan dikenal pasti berkata;

“Pihak FAM sudah bosan melawan cacian yang dilempar peminat bola sepak Malaysia. Mereka asyik menyalahkan FAM bila pasukan negara kita gagal. Maka kami rasa lebih baik menbeli dan megurus kelab luar negara kerana khidmat kami di Malaysia langsung tidak dihargai. Disamping itu lepas ni boleh la kami ada alasan ke England setiap mimggu. Kalau dulu kami pergi waktu bulan Ramadhan sahaja menemani tuanku Presiden!”

Pembelian ini juga bakal membawa perubahan besar kepada kelab Manchester United. Kami difahamakan MU akan direbrand menjadi Football Association Manchester. Logo baru United bakal menggabungkan elemen asal logo FAM dan United seperti yang dilihat dibawah.

Football Association Manchester

Friday, January 15, 2010

TrollingRemaja



Dr Bong, saya ada masalah diri nak kongsi dengan Dr dan para pembaca. Kisahnya begini, pada minggu lepas saya cuba untuk memasang lampu tapi tak semana berlaku litar pintas dan kami memanggil seorang juruteknik untuk membetulkannya.Selepas selesai kerja,saya hulurkan upah kepada juruteknik itu di mana dia juga seorang jejaka yang kacak dan saya rasa saya dah jatuh cinta pandang pertama dengan dia.Kami mula menjalinkan hubungan dan dia minta saya kenalkan dengan keluarga saya.Tapi keluarga kami semuanya berpelajaran tinggi dan takut Ibu Bapa serta abang dan akak saya tidak setuju dengan pilihan hati saya hanya kerana dia seorang juru teknik biasa. Tolong saya Dr Bong.


Gadis Tak Keruan (Bentong,Pahang)


Dr Bong paham perasaan Cik Gadis, litar pintas boleh berlaku tak kira tempat dan masa. Kadang-kadang masa tengah sedap-sedap layan cerita lucah pun boleh litar pintas. Hangin juga Dr Bong bila jadi macam tu.Paling bullshit bila tengah tidur tengahhari yang panas,time tu la litar pintas,pehh..terus kipas aircond ape sume down.kuyup satu badan,tido boleng (tanpa Seurat benang).Nasihat Dr Bong, jangan bahayakan diri dengan alat-alat eletrik,boleh membunuh dan lagi satu kalau boleh lampu tu pakai yang eco-green.Tak tau apa fungsi,tapi bunyi macam meletop,mesti function pun tiptop. Pasal pilihan mak bapak lu tu,apa gua heran,gua tidak member seketul tahi pun,bukan gua yang nak kahwin.


Dr Bong, bukanlah niat saya nak bukak pekung di dada tapi, dah lama terbuku dan saya rasa patut saya suarakan di sini.Begini,saya amat berpuas hati dengan prestasi isteri saya,tingkah laku sume superb,Cuma dia kuat menghisap. Saya bukan tak suka,Cuma rimas. Banyak lagi bende lain yang boleh dihisap tapi tak tahulah Dr Bong.Saya tahu memanglah nikmat,tapi bende ni bahaya,kita tak tau boleh kena penyakit.Saya Cuma mahukan kehidupan sebagai suami isteri yang normal bebas dari budaya hisap menghisap ni.Tolong saya doctor macam mana nak kurangkan budaya menghisap rokok isteri saya.


Suami Dayus (Setiu,Terengganu)


Bai,mati mati gua ingat hisap bende lain,gua da pikir masak-masak nak mintak facebook bini lu tadi.celaka.NEXT!!


Hai Dr Bong, banyak buku dan ruangan saya dah baca tapi ruangan Dr Bong sahaja yang menarik perhatian saya. Saya merupakan pelajar popular di kolej saya. Saya boleh dikatakan agak kacak dan bertubuh sasa. Apa yang merunsingkan saya ialah saya menghadapi dilema untuk memilih dengan siapa saya patut bersama.Semalam Shima luahkan perasaan dia kat saya. Hatinya tepikat lepas dia menghadiri sesi latihan tarian saya. Tapi hari sebelumnya Adiliana memberikan sebuah kereta BMW M3 dan mengatakan dia cintakan saya. Dia terpesona dengan kebolehan saya bermain kayu tik tok sewaktu persembahan teater Lelaki Hutan Gay. Saya tak keruan, Sarah dari fakulti Multimedia pula menghadiahkan saya portrait bogelnya tanda kasih dan cintanya pada saya. Tolong saya Dr Bong, siapa yang patu saya pilih.Semua pun cantik,semua pun menarik,tapi seperti yang Dr Bong sedia maklum,saya agak kacak orangnya dan bertubuh sasa,jadi saya mahukan wanita paling sempurna buat saya.


Jejaka Jambu Dilema (Telawi Road,Bangsar)




Wednesday, January 13, 2010

Pengusaha Kafe Saiber Gesa Kerajaan Pantau WIFI Percuma


Laporan : Effi Saharudin

JINJANG: Persatuan Pemilik Kafe Saiber Selangor (PPKSS) hari ini menggesa kerajaan memantau jumlah kawasan WIFI percuma sekitar Selangor dan Lembah Kelang. Ini adalah kerana menurut mereka, semenjak terdapatnya banyak kawasan WIFI percuma perniagaan kafe saiber mereka terjejas teruk. Salah seorang ahli PPKSS yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Beng berkata;

“Dulu bulak latang kedai saya hali-hali main DOTA sama Counter Strike. Sekarang ah.. budak talak latang lagi kidai saya. Diolang sumua ada laptop main sana McDonald sama kedai mamak. Talak perlu bayar mau pakai internet. Sikalang kidai saya talak student ponteng mali main game. Kalau macam ini ah, wa gulung tilam bulan depan lor!”

Encik Beng juga menambah bahawa beliau mungkin terpaksa memulakan bisnes mesin judi haram dan penjualan VCD sekiranya perniagaan cafe saibernya lingkup. Metroll difahamkan terdapat lebih 5000 kafe saiber di sekitar Selangor dan semunya dilaporkan mengalami kerugian semenjak kedai-kedai makan mula memberikan khidmat WIFI secara percuma. Sementara seorang remaja yang kami temuramah ketika sedang asyik bermain DOTA di sebuah kedai mamak berkata;

“Saya dulu selalu pergi ke CC untuk bermain secara online. Tapi sejak CC asyik kena serbu saya tak berani pergi lagi. Serik bang lepas kena tali pinggang abah saya. Lagipun kalau main di CC mahal. Satu jam 2 ringgit. Kalau pergi mamak saya bawak laptop sendiri, order teh tarik dah boleh lepak sampai bila-bila. Lagipun kalau lapar saya boleh makan sekali. Dekat CC mana boleh order makanan panas. Zaman abang dulu ada la makan-makan dalam “kafe” saiber. Sekarang nama je "kafe" tapi air pun tak jual!”

sengal

Tuesday, January 12, 2010

Kerajaan Akhirnya Setuju Beri RM 100 Juta Wang Ehsan Kepada Kelantan


Laporan Oleh : Pembakar Kerusi Stadium

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini memutuskan untuk akhirnya memberi wang ehsan sebanyak RM 100 juta kepada kerajaan negeri Kelantan setelah didesak selama beberapa tahun. Ini adalah kurang dari 10% dari RM 1.8 billion yang dituntut kerajaan negeri Pas . Mengikut jurucakap Kementerian Propaganda dan Alasan Bangang Kebangsaan, jumlah 100 juta ini ialah jumlah wang sebenar yang akhirnya akan sampai ke tangan rakyat Kelantan kalaupun wang tuntutan 1.8 billion yang dituntut oleh Kelantan itu diluluskan.

“Kami tahu kerajaan Pas Kelantan meminta RM 1.8 billion. Tetapi let’s not kid ourselves shall we? Dari 1.8 billion tu rasanya berapa juta sangat yang akhirnya akan sampai ke tangan rakyat? Nak suap sana.. suap sini. Ketua bahagian nak sikit untuk kenduri kawin anak dia bulan ni dan duit kawin dia pula bulan depan. Dengan memberi RM 100 juta ni we cut through all the usual lies and bullshit. Kami beri terus jumlah bersih setelah cukai Keris dibayar kepada pihak yang berkenaan. Ini adalah selaras dengan prinsip 1Malaysia di mana kami telus dalam segala perihal pentadbiran pusat. Kami akui memang selalu ada kebocoran bila dana dikeluarkan”

Menteri besar Kelantan ketika diminta member komen berkata;

“Bagus lah kerajaan pusat akhirnya member wang ehsan kepada kami.At least dapat la 100 juta dari tak dapat langsung. Tapi lepas ni jangan kata Kelantan mundur lagi sudah lah. Kelantan mundur pasal wang koceknya selalu je kena rampas dengan pembuli sekolah” katanya sinis

babi

Monday, January 11, 2010

Zikir Black Irama Malaysia


setan

Laporan oleh :Effi Saharudin

JOHOR BHARU: Baru-baru ini kita dikejutkan dengan fenomena Zikir Black Metal dimana pengikut ajaran sesat ini berzikir dengan menyebut kalimah “fuck allah” sebanyak 666 kali. Kalimah hitam ini dibaca sambil diiringi muzik dari kumpulan Black Metal seperti Jonas Brothers dan Good Charlotte. Fenomena zikir Black Metal ini sedang menular dengan pesat di Ipoh. Kini kami menerima satu lagi tips dari pembaca tentang fenomena menjijikkan yang harus dipantau pihak berkuasa.

Di Johor Bharu kami diberitahu oleh pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai onani-mouse ada trend terkini dikalangan remaja Melayu Johor iaitu Zikir Black Irama Malaysia atau ZBIM . Menurut onani-mouse pengikut ZBIM akan berzikir “fuck god” sebanyak 666 kali sambil diiringi muzik Irama Malaysia. Menurut beliau lagi lagu dari To’ki , M Nasir , Mawi dan Siti Nurhaliza selalunya digunakan bergantung kepada mood pendengar.

“Saya dulu mengikt gerakan syaitan ini akibat pengaruh kawan. Dulu saya dengar Linkin Park dan My Chemical Romance, tetapi mak saya bakar semua CD saya bila dia terbaca tentang budaya Black Metal didalam akhbar Harian Metro.Dia tak bagi saya dengar lagu rock langsung. Saya jadi tertekan kerana saya tak dengar pun Black Metal! Oleh kerana geram dituduh kepala Black Metal oleh mak saya, saya pun jadi Black Metal betul-betul! Lepas tu kawan saya Ahmad Muhaimin bagi idea berzikir “fuck god” sambil dengar CD kepunyaan mak saya kerana dah takde CD lain saya nak layan. Mak saya peminat Siti maka saya kerap berzikir sambil mendengar lagu “Cindai” dan “Percayalah”. Layan jugak bro!”

setan

Foto : Songkok Black Metal Irama Malaysia - angka "6" diterbalikkan melambangkan "666" iaitu nombor iblis


Jika golongan Black Metal biasa memakai kalung pentagram dan salib terbalik, pengikut ZBIM memakai baju melayu dan songkok bewarna hitam. Kerana gaya pemaikaian yang agak normal ini, gerakan ZBIM mudah bergerak secara bawah tanah tanpa diganggu pihak berwajib. Hamidah Johar(36) , ibu seorang pengamal ZBIM dari Stulang Laut apabila ditemu ramah berkata;

“Pihak yang berwajib harus lebih prihatin dengan perkembangan ajaran Satanism di Malaysia. Saya bekerja siang malam mana ada masa nak jaga anak lelaki saya ni. Tanggung jawab ini harus dipikul bahu pihak berwajib 100%. Kalau anak saya terjebak macam ni saya salahkan kerajaan kerana tidak memantau penjualan CD lagu Irama Malaysia yang saya lihat dijual secara terbuka sekaligus mudah dibeli! Saya berharap sangat KDNHEP mengharamkan lagu Irama Malaysia secepat mungkin bagi memastikan akidah anak muda Melayu akan lebih terpelihara”

Harian Metroll cuba mendapatakan respon dari penyanyi irama Malaysia seperti Dato' Siti dan M Nasir tetapi mereka enggan memberikan komen. Pihak To’ki walaubagaimanapun ada menghantar faks kepada kami yang berbunyi;

“Engkorang ni memang dah takde kerja dah eh? Lepas ni muzik siapa lak akan korang setankan? Shuffle? Indie? .. tolong la jangan bohong woi. Nak kencing pun biar kencing lawas sikit. Ini macam taik je scoop!”

Sunday, January 10, 2010

FAM Umum Siri Perlawanan Persahabatan Pasti Menang


Laporan : Effi Saharudin

fam

KELANA JAYA : Timbalan Presiden FAM , Khairi Jamaludin hari ini mengumumkan beberapa siri perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan dan beberapa kelab amatur di seluruh Malaysia. Siri perlawanan persahabatan ini bakal dipanggil “Siri Pasti Menang Bro” kerana ianya diatur bagi mengekalkan moral pemain kebangsaan yang tinggi selepas berjaya merangkul pingat emas pada kejohanan Sukan SEA baru-baru ini. Antara kelab yang bakal bertemu dengan pasukan kebangsaan ialah Taski Al Islah FC, Tadika Infant Jesus United dan Sekolah Kebangsaan Dr Rusti Rovers (juara piala Keropok Rota Daerah Segambut) . Menurut saudara Khairi;

“Kami ingin mengekalkan feel good factor dan moral pemain kita. Kami dapati moral skuad kita amat tinggi selepas menang. Jika mereka menentang Brazil dan dibelasah pasti moral mereka jatuh mendadak. Kemudian sokongan dari rakyat Malaysia yang kebanyakkanya hanya akan sokong kalau kita menang, akan turut merosot. Dengan berlawan dengan pasukan lemah ini, kami yakin moral akan kekal optimum dan sokongan rakyat Malaysia terhadap pasukan kebangsaan akan berkekalan”

Disamping itu ujar Khairi, siri perlawanan persahabatan ini mampu menajamkan lagi skill penyudah penyerang-penyerang Malaysia

“Kalau di England pemain seperti Jermaine Defoe dan Micheal Owen dipinjamkan ke kelab divisyen ketiga bagi memantapkan skill penyudah mereka. Micheal Owen sebagai contoh menjaringkan 97 gol dalam satu musim ketika beliau disekolah rendah. Ianya rekod kebangsaan England. Lihat sahaja bakat penyudah Owen sekarang. Oleh itu saya rasa berlawan dengan budak sekolah rendah sambil menjaringkan gol secara borong pasti member kesan yang sama kepada pemain kita” tegasnya lagi

Sementara itu kapten pasukan Aidil Zafuan berkata;

“Walaupun ini hanya permainan persahabatan kami berjanji akan memberikan 100% komitemen dalam setiap perlawanan.Kami tidak akan pandang enteng walaupun berlawan dengan budak pra-sekolah.Saya telah melakukan persiapan awal dengan berlawan satu lawan satu dengan anak sulung saya dan Rita”

Perlawanan pertama dijadualkan berlangsung ahad depan di padang bola awam Taman Ehsan ,Kepong berhadapan Restoran O'din. Masuk adalah percuma.

fam2

Pasukan Bolasepak Kebangsaan

fam3

Pasukan Sekolah Kebangsaan Dr Rusti Rovers

Pelakon Lelaki Kahwin Dato’ Senyap-Senyap?


juber

Minggu lepas Juber bercuti panjang sempena tahun baru. Kesempatan itu Juber gunakan untuk ke jemputan majlis kahwin yang banyak Juber terima. Ketika Juber sedang sedap melantak nasi minyak di majlis resepsi Serina Redzuan, Juber menerima gambar MMS dari seorang spy Juber. Tajuk MMS itu ialah “Pelakon kahwin gay dengan Dato’ di Las Vegas!” .Daging ayam yang sedang Juber kunyah hampir mencekik esophagus apabila terpandang gambar yang dilampirkan bersama MMS tersebut. Dalam gambar itu Juber nampak seorang pelakon lelaki berpangkat duda bercium molot dengan seorang Dato’ berpangkat besar dari sebuah parti popular. Setahu Juber Dato’ ini sudah beristeri tiga dan beranak pinak. Dato ini juga kerap digossipkan dengan artis-artis wanita cantik. Tahun lalu heboh satu Malaya apabila dia digosipkan dengan seorang pelakon air mata diva Malaya. Sedar-sedar hubungan itu tak kekal lama kerana diva airmata tadi tak sudi dimadukan. Si pelakon duda pulak kacak orangnya dan baru sahaja bercerai dengan isterinya tahun lalu. Mereka bercerai kerana tiada kesefahaman. Bandannya yang macho dan ketak-ketak menjadi idaman peminat. Tak sangka dia ada naluri gay!

Juber difahamkan perkahwinan sejenis dibenarkan di Las Vegas. Tapi seperti kita sedia maklum agama kita tak benarkan perkahwinan sejenis. Setelah puas melantak dan enterframe dengan Serina and suami kacaknya Juber terus talefon PR pelakon lelaki duda tadi.

“Eh X.. aku dapat MMS gambar boss engkau comolot dengan Dato L”
“Mana ada itu semua photoshop tu”
“Tapi engkau ada cakap kat aku boss engkau memang pergi Las Vegas minggu ni”
“Err.... dia kesana kerana urusan bisnes dengan err.... wakil media kami”
“Engkau coverline ke apa?”
“Mana ada Juber.. ini fakta Juber”

Sementara Juber siasat lebih mendalam Juber tunjukkan gambar yang Juber terima dulu. Korang tekalah siapa Dato dan pelakon yang Juber gossipkan disini. Minggu depan tunggu kesudahan cerita ini.

p/s : Dengar khabar Diva No 1 negara ke Tasik Dayang Bunting dalam usaha untuk buntingkan diri. Semoga sukses. Tapi rasanya bukan Diva tu yang patut pergi, sepatutnya suami kertu dia yang patut kena rendam sampai kembung dalam tasik tu.

gugu gay gay

Saturday, January 9, 2010

Komik Troll #1

jet

Penghargaan kepada Manan Ahngat untuk idea muka Huxley Pig Oink Oink

Giliran Peganut Hindu Bantah Guna Nama Tuhan


Penganut Hindu Serah Memorandum Bantahan

Laporan oleh : SYAZWAN SHAFIE

Subang Jaya : Atas dasar mahu maju ke depan dan bosan dilabelkan agama yang ketinggalan, penganut beragama Hindu tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam menuntut bela apa yang patut dituntut bela walaupun ramai yang don’t give a shit apa yang dituntut. Sebanyak 47 pucuk memorandum berbalut kulit LV bertatah berlian Tiffany telah diserahkan kepada suami Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak semalam. Memorandun tersedut dihantar untuk membantah penggunaan nama Iswara (Ishvara) pada kereta buatan Proton. Jurucakap NGO Hindu Against Ishvara Sacrilage (HAIS) , Encik Shivaji a/l Rajamaniam berkata;

“Isu penggunaam nama Allah baru-baru ini kami jadikan precedence untuk menghantar memorandum bantahan ini. Jika orang Islam ada hak bantah nama tuhan mereka digunakan oleh orang kristian, kami juga ada hak membantah nama panggilan kepada Dewa Shiva dikomersilkan oleh Proton yang pemiliknya bukan penganut Hindu”

dewa shiva

Foto : Patung Maheshvara Shiva di Bangalore

Iswara ialah pangkat yang diberikan kepada Dewa Shiva kerana dia merupakan tuhan utama agama Hindu. Iswara berasal dari perkataan Ishvara yang bermakna “tuhan” dalam bahasa Sanskrit. Shiva juga diberikan beberapa pangkat lain seperti Mahadeva, Maheshvara dan Parameshvara. Encik Shivaji juga menambah;

“Selama ini kami diamkan sahaja hal ini kerana menjaga sensitiviti perkauman. Tetapi jika penganut agama lain boleh saling tuntut-menuntut nama tuhan penganut Hindu juga mempunyai hak yang sama. Kami juga rasa amat menghinakan bila kereta yang menggunakan nama tuhan agung kami ialah sebuah kereta yang lemah! Jika mahu gunakan juga nama Ishvara, gunakanlah pada kereta yang bagus sikit contohnya seperti kereta kebal!”

Pihak Proton bila dihubungi pihak kami mengatakan isu ini sepatutnya tidak patut dibesar-besarkan. Menurut mereka nama Iswara pada kereta Iswara bukan berasal dari Ishvara tetapi berasal dari nama seekor spesis rama-rama.

“Kami sudah menggunakan nama spesis rama-rama ini sejak 1992 lagi. Mengapa sekarang baru ada bantahan dari penganut Hindu? Lagipun Iswara dan Ishvara adalah dua benda yang berlainan. Kami mengambil nama Iswara dari rama-rama. Oleh kerana itulah bila Proton Iswara dipandu laju ia mudah “terbang” dan jika kemalangan mudah remuk macam rama-rama juga”

iswara

Foto : Proton Iswara digunakan dalam sebuah rompakan lembu di Kedah minggu lepas.

Thursday, January 7, 2010

Perhimpunan Haram Esok Berjaya Dihalakan!


Laporan Effi Saharudin

Kuala Lumpur: Perhimpunan haram menyokong "Pengharaman Penjualan Makanan Halal di Kawasan Penempatan Haram Indonesia" berjaya dihalalkan pada saat akhir setelah JAKIM mengeluarkan sijil halal kepada pihak penganjur. Mengikut jurucakap penganjur perhimpunan, Encik Syed Badigoal Saoud sijil halal itu dikeluarkan setelah pihak JAKIM berpuas hati dengan cara torehan leher mat indon yang bakal dijadikan korban pada awal perhimpunan itu.

“Pihak Jakim melihat teknik menyembelih yang bakal diadakan esok dan mereka yakin urat merih dan urat halkum si korban yang bakal kami korbankan bakal putus dan sah halal”

Perhimpunan itu pada awalnya diharamkan pihak JAKIM dna POLIS setelah timbul keraguan tentang keupayaan pihak penganjur menyembelih. Perhimpunan menyokong pengharaman penjualan makanan halal di kawasan penempatan haram Indonesia ini dianjurkan oleh badan NGO yang risau dengan fenomena penjualan makanan halal di kawanan penempatan haram.

“Mana boleh jual makanan haram di kawasan haram. Itu macam jual bubur lambuk dalam kandang khinzir.. ini tidak boleh. Maruah kemelayuan kita harus dijaga! HIDOPPP HIDOPPPP”


boo shit

Gambar - Para penyokong pehimpunan menunjukkan kepada mat indon yang disembelih bagi tujuan demo pihak jakim semalam

Wednesday, January 6, 2010

Berita Buhung Belaka


Berita-berita didalam blog ini bohong belaka. Takde langsung kebenaran atau fact check. Ianya parodi site. Jika kamu tiada lulz dan serius sangat macam Serious Sam kami cadangkan anda GTFO sahajalah.

Ingat semua berita adalah bohong dan tipu. Awal-awal kami dah declare tak macam akhbar satu lagi tuh. Konon berita betul dan ditulis wartawan tapi sebenarnya bohong gak! HAHAHA
Related Posts with Thumbnails

Pagenumber