Sunday, November 18, 2012

Metroll News - Wajah Darwin Kelihatan Di Akuarium Pusat Sains Negara


Kuala Lumpur - Ahad - Perkarangan Pusat Sains Negara hari ini gempar apabila wajah menyerupai Charles Darwin ditemui pada sebuah permukaan tingkap akuarium berkenaan. Penampakatan wajah Darwin ini mendapat perhatian atheist seluruh dunia kerana ianya dipercayai bukti bahawa ajaran sains Teori Evolusi rekaan Darwin adalah benar.

Wajah Darwin ditemui pagi tadi oleh seorang pelawat. Pelawa ini yang hanya mahu dikenali sebagai Baharudin berkata;

"Saya dalam perjalanan pulang ke tempat meletak kereta apabila ternampak wajah seakan manusia pada cermin akurium Pusat Sains. Pada awalnya saya ingatkan ianya wajah Admiral General Aladeen dari filem The Dictator kerana janggutnya yang tebal tetapi apabila melihatnya semula dari kaca mata seorang Evolutionist nyata sekali ianya penampakan wajah Charles Darwin"

Para atheist seluruh Malaysia berkumpul beramai-ramai pada cermin tingkap Darwin ini untuk mendapatkan inspirasi. Ada yang berkumpul secara berkumpulan membaca buku On The Origin of Species dan ada juga yang menyanyikan lagu "Evolutions Made Us All".

Wakil Atheist Malaysia saudara Numa Numi apabila ditemuramah wartawan Metroll berkata 

"Kami menunggu pengesahan dari Professor Richard Dawkins bagi memastikan penampakan wajah Charles Darwin ini asli. Sementara itu pihak kami sudah menghubungi MOSTI bagi meminta cermin tingkap ini diserahkan kepada pergerakan atheist Malaysia untuk disimpan dan dijadikan objek suci"




Metroll Tech - Kerajaan Bakal Membuka MiS/KiN : Kedai Untuk Penggemar Peranti Apple

Putrajaya -Ahad- Kerajaan hari mengumumkan akan membuka Malaysia iDevice Shop/ Kedai iPeranti Nasional ataupun MiS/KiN bagi memudahkan rakyat kelas pertengahan membeli peranti Apple terkini pada harga yang berpatutan. MiS/KiN ialah salah satu cara kerajaan Barisan Nasional cuba memberikan bantaun kepada rakyat kelas pertengahan yang rata-ratanya tidak berpuas hari dengan belanjawan negara yang dibentangkan tidak lama dahulu. Di MiS/KiN peranti-peranti Apple yang terdiri dari iPod, iPhone, iMac dan iPad akan dijual pada harga yang disubsidi kerajaan. Menurut jurucakap pegawai Media Sosial MiS/KiN, Saudara Shibli Vision Jobs - pembukaan kedai kedai MiS/KiN akan memastikan peranti Apple yang dianggap mewah akan menjadi mampu milik untuk kesemua rakyat jelata. Ketika ditemu ramah oleh wartawan Harian Metroll di majlis pelancaran sebentar tadi, Saudara Shibli Vision dipetik berkata

  "Kita sedia maklum tiada yang lebih sempurna dari peranti mudah alih yang direka oleh Steve Jobs. Adalah menyedihkan kerana kekurangan wang, barangan yang sempurna dan terbaik seluruh cakrawala ini tidak mampu dimiliki kebanyakkan rakyat Malaysia. Kita sedia maklum Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Razak menggunakan iPad dan iPhone dalam kegiatan harian. Beliau sedari iDevice adalah penting bagi kemajuan negara and mengukuhkan lagi gagasan 1Malaysia"
  
Buat masa ini 10 buah kedai MiS/KiN akan dibuka di sekitar Lembah Kelang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Pekan Pahang. Lokasi 10 kedai ini dipilih bedasarkan kepadatan jumlah iFag dan Hipsters di sana mengikut bancian atas talian yang dilakukan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan beberapa bulan yang lalu. Setiap peranti Apple yang dibeli dari kedai MiS/KiN akan disertakan dengan koleksi foto Perdana Menteri , aplikasi 1Malaysia, E-Book "50 Dalil Pakatan Rakyat Adalah Agen Masonik" dan video "BERSIH Adalah Kotor Disokong oleh Soros". Kesemua aplikasi dan video ekslusif ini terbina dalam dan tidak boleh dimuat turun dari iTunes. Ini membuatkan kesemua peranti iDevice yang dibeli dari MiS/KiN secara automatis menjadi barangan keluaran khas dan beharga bagi rakyat Malaysia yang cintakan negara dan benci campur tangan kuasa luar Zionis. Sementar itu apabila disoal oleh wartawan kami tentang kemungkinan pembukaan kedai Android 1 Malaysia, Saudra Shibli Vision berkata dengan nada tegas.

 "Tidak mungkin. Android tak bagus kerana hanya meniru apa yang dibuat oleh Steve Jobs! 1Malaysia benci plagiat"
 

Metroll News - Bantuan Raket 1 Malaysia Bakal Diperkenalkan


Kuala Lumpur - Ahad - Sebagai tanda meraikan perkahwinan Dato' Lee Chung Wei kepada Wong Mei Choo minggu lalu, Kementerian Belia Dan Sukan hari ini mengumumkan inisitaif Bantuan Raket 1 Malaysia. Bantuan Raket 1 Malaysia (BR1M) ialah satu lagi usaha kerajaan Barisan Nasional bagi mencari bakal baru sukan badminton bagi meneruskan legasi Punch Gunalan, Foo Kok Keong. Rashid Sidek, Misbun Sidek dan Dato' Lee Chung Wei. Inisiatif ini diumukan kepada pihak media pagi tadi ketika majlis menyambut ketibaan wira negara Dato' Lee Chung Wei dari London di KLIA. Jurucakap Kementerian Belia Dan Sukan, Encik Badrul Amin bin Ton yang kami temuramah pagi tadi berkata, wang untuk fasa pertama BR1M akan diambil dari wang ganjaran pingat emas ebanyak RM4 juta yang gagal dikutip mana-mana atlet negara di London. Dari membiarkan wang ini jatuh ke tangan kaki songlap lebih baik ianya diberikan kepada rakyat kurang bernasib baik yang meminati sukan badminton. Kupon bantuan BR1M bernilai RM100 boleh digunakan di kesemua toko barangan sukan utama seluruh negara. Ecncil Badrul Amin bin Ton juga menambah "Pihak kami juga sedang dalam proses mengkaji sama ada mahu juga mengadakan Bantuan Basikal 1 Malaysia (BB1M) serta Bantuan Baju Renang 1 Malaysia (BBR1M). Ini adalah kerana sukan berbasikal dan terjun tiruk dilihat mempunyai peluang cerah untuk mencari atlit terlatih masa hadapan. Seungguhnya kerajaan Barisan Nasional memandang ". Kupon Bantuan Raket 1 Malaysia akan mula diedarkan di sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang, negeri kelahiran Dato' Lee Chong Wei selepas syawal. Encik Badrul Amin bin Ton sempat mencelah "Raket telah kami bagi...... kini masa membalas budi! Kembalikan Penang kami"
 

Saturday, April 14, 2012

Metroll News - Komik Dr Rosmah Pula Bakal Menemui Pasaran


Putrajaya - Sabtu
-Selepas komik propaganda yang memaparkan Dato Seri Najib Tun Razak mendapat sambutan hangat rakyat Malaysia, sebuah lagi komik politik akan diterbitkan. Komik Dato Seri Najib yang disebarkan ke sekolah-sekolah menengah melalui jabatan pelajaran daerah dikatakan menjadi bahan bacaan yang cukup diminati sejak kebelakangan ini. Oleh sebab itu kini tiba giliran Datin Paduka Seri Dr. Hajjah Rosmah Binti Mansor
pula bakal diabadikan dalam versi komik. Jika Dato Seri Najib dilukis sebagai Superman, Datin Paduka Rosmah pula bakal diabadikan seperti watak komik Shin Chan didalam komik yang diberi tajuk BIK CERDAS. Ini adalah kerana komik Datin Paduka akan disebarkan ke tadika-tadika KEMAS. Ini diharap dapat memupuk semangat mencintai Ibu 1Malaysia dikalangan rakyat Malaysia sejak dari awal lagi. Pelukis dan penerbit komik Bik Cerdas, Encik Effi Saharudin apabila ditemu ramah wartawan Metroll berkata;

"Saya mengambil watak seakan Shin Chan untuk dijadikan template kerana ianya digemari anak kecil. Selain daripada itu kita tahu Datin Paduka seorang yang cerdas kerana mempunyai beberapa PHD tehormat daripada beberapa universiti bersprestij dunia. Pada hemat saya BIK CERDAS ialah tajuk komik yang sangat sesuai untuk beliau"

Komik Bik Cerdas akan diedarkan dalam masa beberapa minggu lagi bermula di Tadika KEMAS di negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Ini adalah kerana kanak-kanak di negeri ini semuanya sudah termakan dakyah pembangkang yang gemar menghina Datin Paduka Rosmah.



Thursday, January 12, 2012

Metroll News - Gambar Suspek Pengebom Mahkamah Jalan Duta Diperlihatkan


Kuala Lumpur - Khamis - Pihak Polis Diraja Malaysia hari ini menyebarkan gambar seorang lelaki yang disyaki suspek kes pengeboman Mahkamah Jalan Duta Isnin lalu. Suspek dikenal pasti selepas pihak polis melakukan analisis terhadapat puluhan rakaman kamera litar tertutup sekitar tempat kejadian. Dalam kejadian Isnin lalu beberapa orang awam cedera selepas dua bom buatan sendiri meletup diperkarangan mahkamah selepas pemimpin Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah meliwat pembantu peribadinya. Polis percaya suspek seorang pakar didalam pembuatan bom buatan sendiri. Pihak Polis juga mengeluarkan ganjaran RM 10 000 untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek yang merbahaya ini.



Saturday, January 7, 2012

Metroll News - Penjualan Pemetik Api Cricket Meningkat Angkara Orang Minyak


Kuala Lumpur - Sabtu - Penjualan pemetik apa jenama Cricket meningkat sebanyak 600% semenjak penampakan orang minyak sekitar ibu kota bulan lalu. Kepada yang kurang maklum beberapa kes penampakan orang minyak dilaporkan sekitar Gombak dan ini merisaukan golongan wanita yang takut diperkosa the human lube ini. Pihak Polis Di Raja Malaysia sehingga ini masih belum dapat menangkap suspek dan oleh kerana itu kebanyakkan wanita di ibu kota membeli pemetik api Cricket sebagai senjata bela diri. Seorang wanita warga kota , Puan Hasmah Ali ketika ditemuramah wartawan Metroll berkata;

"Saya risau dengan keselamatan saya dan 3 orang anak dara saya. Orang minyak yang gemar mencabul masil gagal ditangkap polis. Saya tanpa berfikir panjang membeli 4 pemetik api untuk saya dan anak-anak. Kalau cuba dirogol orang minyak saya pastikan pemetik api akan digunakan bagi menyalakan manusia bahan api ini"

Pihak Cricket apabila ditemuramah mengatakan mereka tiada perancangan menaikkan harga pemetik api popular ini kerana stock dalam simpanan mereka masih mampu memenuhi kehendak pasaran. Pegawai pemasaran Cricket Malaysia, Encik Cheng Ker Rik berkata;

"Selalunya jualan pemetik api kami naik bulan Disember selari dengan banyak konsert ROCK serta kemasukan stok Ganja. Pothead beli banyak pemetik api bagi menghisap bong. Tahun ini berlaku ketandusan ganja jadi sales figure kami bulan ini dan Disember lalu tidak terjejas"



Monday, January 2, 2012

Metroll News - Ibu Bapa Minta Anak Melayu Jangan Diberi Keputusan Semua A1 SPM Ekoran Insiden Amalina Bakri


Kuala Lumpur - Isnin - Ribuan ibu bapa Meleis seluruh Malaysia merayu Kementerian Pelajaran supaya memastikan tidak ada anak berbangsa Melayu Islam mendapat semua A1 dalam keputusan SPM yang akan datang. Mereka membanjiri perkarangan Kementerian Pelajaran di Putrajaya sejak Asar tadi sebagai tanda kerisauan anak mereka akan menjadi blondie babe Edinborough seperti Amalina Bakri. Amalina Bakri ialah pelajar 17 A1 dalam peperiksaan SPM suatu ketika dulu dan sejak belajar di luar negara sudah berubah dari imej muslimah ke imej NIAMAH!

Wakil ibu bapa yang berkumpul apabila ditemu ramah menyuarakan rasa risau anak mereka yang seputij salju, tak pernah kenal pornografi, tak melancap , tak tahu apa itu seks dan berhati kudus sampai naik awam guling macam GoKu akan mudah terpesong jika dihantar keluar negara jika mendapat semua A1. Mereka berharap mulai tahun ini biarkan tiada anak melayu dihantar ke luar negara kerana menjaga tatasusila Melayu bangsa terpileh lindungan NEP lebih penting dari memberi mereka peluang belajar overseas. Encik Kamal Idros Che Selamat, salah seorang bapa yang ditemu ramah berkata;


"Biarklah anak saya yang seorang tu tak muncul dalam surat khabar masa hari raya ucap Selamat Hari Raya dari London. Biarlah dia tak merasa main salji masa winter. Biarlah hasrat saya nak import kereta pakai student AP tak tercapai asalkan gambar anak saya rambut blonde pakai leggings di Facebook tak menjadi topik trending Twitter. Bagilah sahaja dia semua C3. Biar mati masa depan jangan mati adat! Saya takut sangat anak saya jadi topik trending macam si Amalina itu"

Sementara itu Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan menimbangkan permintaan ibu bapa yang kerisauan ini. Beliau dipetik menyebut;

"Saya dulu pun belajar Universiti Malaya sahaja. Elok aje jadi Timbalan Perdana Menteri. Jadi kalau student Melayu tak cukup A1 untuk overseas pun tak apa. Kelak mereka pun boleh jadi menteri macam saya. Ye tak? Biarlah anak bukan melayu sahaja kesana dan rosak akhlaknya"






Komik Troll #21 - Soalan Biologikal Orang Minyak


Orang Minyak



Metroll News - PDRM , PETRONAS dan UITM Bergabung Tenaga Bagi Menangkap Orang Minyak Gombak


Kuala Lumpure - Isnin - Pihak polis hari ini meminta bantuan daripada PETRONAS dan UITM bagi menghasilkan alatan yang boleh digunakan bagi menangkap orang minyak yang kini berkeliaran di Kuala Lumpur. Sejak seminggu lalu penduduk ibukota dikejutkan oleh berita orang minyak yang menceroboh kedalam rumah sekitar Gombak. Segala usaha menagkap beliau oleh pihak Polis Diraja Malaysia gagal kerana mereka tidak mempunyai alatan khas menangkap penjenayah licik ini serta tidak pernah menerima latihan menagkap mereka di PULAPOL dulu. Oleh sebab itu PDRM hari ini meminta bantuan PETRONAS dan UITM bagi mencipta alatan yang sesuai untuk digunakan warga PDRM.

Dalam sidang media di ibu pejabat Petronas di Menara Berkembar Petronas pagi tadi, ketua polis negaraTan Sri Ismail Omar, Naib Cancellor UITM Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Bin Abu Bakar serta ketua R&D Teknologi Petrolium PETRONAS Dato Sharil Niza bersetuju bekerjsama bagi memastikan orang minyak yang bermaharajalela ini ditangkap. Dato Sharil Niza dipetik berkata;

"Pihak PETRONAS mempunyai teknologi mengawal tumpahan minyak menggunakan bahan Oleofilik. Kami pasti orang minyak akan dapat ditangkap dengan segera menggunakan bahan oleofilik yang ada dipasaran. Selepas tertangkapnya beliau kami akan bekerjasam dengan UITM bagi mengkaji orang minyak ini bagi dijadikan sumber minyak mentah boleh diperbaharui. Ini pastinya dapat menyelesaikan masalah harga minyak dunia yang kronik sekarang"

Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Bin Abu Bakar pula sempat menambah;

"Hasil ujian kami terhadap orang minyak ini pasti dapat menaikkan nama UITM dimata dunia disamping membuktikan ilmu mistik bumiputera kuno inilah kunci kepada masa depan Malaysia sebagai kuasa besar teknologi dunia!"



Related Posts with Thumbnails

Pagenumber