Sunday, November 18, 2012

Metroll News - Wajah Darwin Kelihatan Di Akuarium Pusat Sains Negara


Kuala Lumpur - Ahad - Perkarangan Pusat Sains Negara hari ini gempar apabila wajah menyerupai Charles Darwin ditemui pada sebuah permukaan tingkap akuarium berkenaan. Penampakatan wajah Darwin ini mendapat perhatian atheist seluruh dunia kerana ianya dipercayai bukti bahawa ajaran sains Teori Evolusi rekaan Darwin adalah benar.

Wajah Darwin ditemui pagi tadi oleh seorang pelawat. Pelawa ini yang hanya mahu dikenali sebagai Baharudin berkata;

"Saya dalam perjalanan pulang ke tempat meletak kereta apabila ternampak wajah seakan manusia pada cermin akurium Pusat Sains. Pada awalnya saya ingatkan ianya wajah Admiral General Aladeen dari filem The Dictator kerana janggutnya yang tebal tetapi apabila melihatnya semula dari kaca mata seorang Evolutionist nyata sekali ianya penampakan wajah Charles Darwin"

Para atheist seluruh Malaysia berkumpul beramai-ramai pada cermin tingkap Darwin ini untuk mendapatkan inspirasi. Ada yang berkumpul secara berkumpulan membaca buku On The Origin of Species dan ada juga yang menyanyikan lagu "Evolutions Made Us All".

Wakil Atheist Malaysia saudara Numa Numi apabila ditemuramah wartawan Metroll berkata 

"Kami menunggu pengesahan dari Professor Richard Dawkins bagi memastikan penampakan wajah Charles Darwin ini asli. Sementara itu pihak kami sudah menghubungi MOSTI bagi meminta cermin tingkap ini diserahkan kepada pergerakan atheist Malaysia untuk disimpan dan dijadikan objek suci"




Metroll Tech - Kerajaan Bakal Membuka MiS/KiN : Kedai Untuk Penggemar Peranti Apple

Putrajaya -Ahad- Kerajaan hari mengumumkan akan membuka Malaysia iDevice Shop/ Kedai iPeranti Nasional ataupun MiS/KiN bagi memudahkan rakyat kelas pertengahan membeli peranti Apple terkini pada harga yang berpatutan. MiS/KiN ialah salah satu cara kerajaan Barisan Nasional cuba memberikan bantaun kepada rakyat kelas pertengahan yang rata-ratanya tidak berpuas hari dengan belanjawan negara yang dibentangkan tidak lama dahulu. Di MiS/KiN peranti-peranti Apple yang terdiri dari iPod, iPhone, iMac dan iPad akan dijual pada harga yang disubsidi kerajaan. Menurut jurucakap pegawai Media Sosial MiS/KiN, Saudara Shibli Vision Jobs - pembukaan kedai kedai MiS/KiN akan memastikan peranti Apple yang dianggap mewah akan menjadi mampu milik untuk kesemua rakyat jelata. Ketika ditemu ramah oleh wartawan Harian Metroll di majlis pelancaran sebentar tadi, Saudara Shibli Vision dipetik berkata

  "Kita sedia maklum tiada yang lebih sempurna dari peranti mudah alih yang direka oleh Steve Jobs. Adalah menyedihkan kerana kekurangan wang, barangan yang sempurna dan terbaik seluruh cakrawala ini tidak mampu dimiliki kebanyakkan rakyat Malaysia. Kita sedia maklum Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Razak menggunakan iPad dan iPhone dalam kegiatan harian. Beliau sedari iDevice adalah penting bagi kemajuan negara and mengukuhkan lagi gagasan 1Malaysia"
  
Buat masa ini 10 buah kedai MiS/KiN akan dibuka di sekitar Lembah Kelang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Pekan Pahang. Lokasi 10 kedai ini dipilih bedasarkan kepadatan jumlah iFag dan Hipsters di sana mengikut bancian atas talian yang dilakukan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan beberapa bulan yang lalu. Setiap peranti Apple yang dibeli dari kedai MiS/KiN akan disertakan dengan koleksi foto Perdana Menteri , aplikasi 1Malaysia, E-Book "50 Dalil Pakatan Rakyat Adalah Agen Masonik" dan video "BERSIH Adalah Kotor Disokong oleh Soros". Kesemua aplikasi dan video ekslusif ini terbina dalam dan tidak boleh dimuat turun dari iTunes. Ini membuatkan kesemua peranti iDevice yang dibeli dari MiS/KiN secara automatis menjadi barangan keluaran khas dan beharga bagi rakyat Malaysia yang cintakan negara dan benci campur tangan kuasa luar Zionis. Sementar itu apabila disoal oleh wartawan kami tentang kemungkinan pembukaan kedai Android 1 Malaysia, Saudra Shibli Vision berkata dengan nada tegas.

 "Tidak mungkin. Android tak bagus kerana hanya meniru apa yang dibuat oleh Steve Jobs! 1Malaysia benci plagiat"
 

Metroll News - Bantuan Raket 1 Malaysia Bakal Diperkenalkan


Kuala Lumpur - Ahad - Sebagai tanda meraikan perkahwinan Dato' Lee Chung Wei kepada Wong Mei Choo minggu lalu, Kementerian Belia Dan Sukan hari ini mengumumkan inisitaif Bantuan Raket 1 Malaysia. Bantuan Raket 1 Malaysia (BR1M) ialah satu lagi usaha kerajaan Barisan Nasional bagi mencari bakal baru sukan badminton bagi meneruskan legasi Punch Gunalan, Foo Kok Keong. Rashid Sidek, Misbun Sidek dan Dato' Lee Chung Wei. Inisiatif ini diumukan kepada pihak media pagi tadi ketika majlis menyambut ketibaan wira negara Dato' Lee Chung Wei dari London di KLIA. Jurucakap Kementerian Belia Dan Sukan, Encik Badrul Amin bin Ton yang kami temuramah pagi tadi berkata, wang untuk fasa pertama BR1M akan diambil dari wang ganjaran pingat emas ebanyak RM4 juta yang gagal dikutip mana-mana atlet negara di London. Dari membiarkan wang ini jatuh ke tangan kaki songlap lebih baik ianya diberikan kepada rakyat kurang bernasib baik yang meminati sukan badminton. Kupon bantuan BR1M bernilai RM100 boleh digunakan di kesemua toko barangan sukan utama seluruh negara. Ecncil Badrul Amin bin Ton juga menambah "Pihak kami juga sedang dalam proses mengkaji sama ada mahu juga mengadakan Bantuan Basikal 1 Malaysia (BB1M) serta Bantuan Baju Renang 1 Malaysia (BBR1M). Ini adalah kerana sukan berbasikal dan terjun tiruk dilihat mempunyai peluang cerah untuk mencari atlit terlatih masa hadapan. Seungguhnya kerajaan Barisan Nasional memandang ". Kupon Bantuan Raket 1 Malaysia akan mula diedarkan di sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang, negeri kelahiran Dato' Lee Chong Wei selepas syawal. Encik Badrul Amin bin Ton sempat mencelah "Raket telah kami bagi...... kini masa membalas budi! Kembalikan Penang kami"
 
Related Posts with Thumbnails

Pagenumber