Thursday, June 9, 2011

Metroll News - Sesal Pangkat dan Rahsia Didedahkan , PEKIDA Ubah Kata Kunci Rahsia


Laporan asal Mazidum Sidick

Kuala Lumpur - Khamis - Kesal dengan rahsia dalaman serta kosa kata persatuan mereka dimain-mainkan orang ramai, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Disamping itu mereka akan mengubah kosa kata kunci rahsia mereka secara menyeluruh kerana ianya sudah diketahui orang ramai. Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata perkataan Ayahanda, Abang Long, Abang Cik dan Tok Penakan Pak Hang yang sinonim dengan pertubuhun itu akan digantung penggunaannya serta merta.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida. Sekarang kami dalam proses mencari kata kunci ganti baru bagi menggantikannya semua. Saya sudah mengarahkan orang bawahan saya pergi ke GOOGLE TRANSLATE dan membeli Kamus Dewan bagi mencari kata kunci rahsia baru yang sesuai bagi pertubuhan kami"

"Kami juga tidak setuju dengan potrayal PEKIDA sebagai gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri. Kami bukan gangster cuma sebuah pertubuhan beruniform seperti Bulan Sabit Merah dan Kedet Bomba kepada mereka yang merindui rasa menjadi ahli badan beruniform bila sudah keluar sekolah. Malahan sebagai cara merubah persepsi negatif ini kami sudahpun berbincang dengan Kementerian Pelajaran bagi membenarkan PEKIDA menjadi salah satu badan beruniform untuk kokorikulum sekolah"

Shikin Begum juga memberitahu pihak Metroll untuk sementara waktu pihak mereka akang menggunakan kata kunci rahsia sementara bagi menggantikan kata kunci rahsia yang kini bukan lagi rahsia. Sebagai contoh Shikin mengatakan pangkat pengganti sementara bagi Ayahanda ialah PapaSmurf . Abang Long digantikan dengan Der Long dan Tok Penakan Pak Hang digantikan pula dengan Tok Wan Hang. Pihak PEKIDA dijangka akan mula menggunakan kata kunci sementara ini sehingga bulan depan.



ENTRY INI IALAH PARODI BERITA INI


18 comments:

AdamX said...

Marvellous!!

karl said...

Pekida ni noob, bodo pulak tu. haish.

Ajeossi said...

(....\............../....)
.\....\........... /..../
..\....\........../..../
...\..../´¯.|.¯`\./
.../... |....|.... (¯ `\
..|.....|´¯.|´¯.|\....\
..\......` ¯..¯ ´......•
...\_ ............ _.•´

Aoibheal said...

adakah aku sorang je perasan yang Aaron Aziz dalam gambar tu buat fist tak betul... mcm tak sayang tulang ibu jari je...

oh well, kasi Maggie Q je la berlakon.. mesti orait punya

Zaidi Rasmin said...

Pekida... haish... apekebendenye Pekida tu??? fakkinn shait!

kurosagi said...

PEKIDA ?? "nah RM 200(xingat ak berapa kena bayar), saya bayar anda untuk jadi kuli anda"~

Izhar Junian said...

selama ni ingatkan PEKIDA ni pertubuhan baik2. Sekarang nampak sgt mcm kongsi gelap dan dipenuhi mamat2 otak dah sereng.

ArsheedA said...

omaigod!

Es Kay said...

lawak
lawak
lawak
lawak
lawak
lawak
lawak
lawak
lawak
lawak
lawak
lawak
lawak
lawak

Aliff Omar said...

obe, aku rasa blog ni da post cte ko ni without any acknowledgement, n i think dis guy rili believe dis shit, haha http://www.buaya-merah.com/2011/06/pekida-mengamuk-dedah-rahsia-dalam.html#more

zulhairy said...

shame...owh shamesul you suck

5L07HN355 said...

OKU tak boleh guna bahasa isyarat lagi. Kang tak pasal-pasal kena saman.

aficiozado said...

bukan sesal la.. kesal!!

Efa said...

Hi, there..this is funny..=D I love the 3rd paragraph and already put it up on my blog..oh, and I do backlink it to u..

http://efapunya.blogspot.com/2011/06/isu-sebenar-kod-rahsia-pekida-shhh.html

hope u didnt mind..

darul_makmur@yahoo.com said...

Salam kepada semua...nak mintak izin admin nak tumpang promosi perniagaan boleh tak... boleh la klik sini...terima kasih...peace

Aslina said...

dulu masa zaman2 tak bijak aku dulu mati2 ingat pekida ni persatuan nak pulihkan budak2 pengkid.

mampus ah kalo ahli pekida tau aku pikir camni suatu ketika dulu.

Karim Musa said...

abah hg. hehe...

ezwan said...

hahahahahaha ramai butthurt dgn pekida ni ye..nak vaseline??

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber