Saturday, June 25, 2011

Metroll Tech - SKMM Akan Halang Akses ke Laman WIKIPEDIA Kelak


Laporan oleh Azman FirDOS

Sabtu -25 Jun - Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media kini dalam proses mendapatakan kelulusan dari Jabatan Perdana Menteri untuk menghalang penduduk Malaysia dari melayari laman web popular Wikipedia. Keputusan ini diambil Dato YoRais setelah menerima pelbagai aduan dari guru sekolah dan pensyarah universiti tentang permasalahan kronik salin dan tampal dikalangan pelajar. Kebanyakkan pelajar sekolah dan universiti tanpa segan silu menyalin artikel yang dijumpai oleh mereka di Wikipedia sebelum menampalnya kedalam tugasan yang diberikan guru dan penyarah mereka. Masalah ini sudah menjadi sebuah epidemik kerana ramai pelajar sekarang mempunyai komputer dan akses secara talia Dato YoRais dalam sidang media hari ini berkata;

"Kami menyedari masalah salin tampal semakin teruk. Pelajar sudah tak reti nak menulis tugasan tanpa melakukan plagiat. Plagiat pula tak kreatif dan secara verbatim pulak tu. Tak macam saya dulu. Jadi kami sedang dalam proses akhir menghalang penduduk Malaysia dari melayari laman web ini dalam masa beberapa minggu"

Tindakan menghalang akses ke laman web ini dijangka bakal mendapat tentangan hebat pengguna internet Malaysia. Dato YoRais berkata kegiatan salin tampal laman web ini adalah satu contoh mencuri harta intelek orang lain untuk membuatkan si penyalin nampak intelek. Kerap kali selepas menyalin para pelajar langsung tidak memberikan kredit langsung kepada Wikipedia. Dengan terhalangnya Wikipedoa Dato YoRais percaya pelajar akan menggunakan otak mereka bila melakukan tugasan bukan hanya mengasah bakat salin tampal sahaja.



17 comments:

Abby said...

LOL!

Azwraith Tinto said...

wiki settled all my assignment...

Cob Nobbler said...

I pray and pray to find the answer of my questions - no answer.

I start Google and Wiki - I find it all.

Google and Wiki are Gods.

razif said...

YoRais?

Reggin A said...

Biar betul wei? Situ lah tempat aku ambil maklumat untuk assignment aku doh. Celaka tol SKMM. Ni yang aku nak sokong lagi gerakan Anonymous Lolsex ni. Biar betul doh?

di luar kotak said...

reggin> betul2 tanya atau tak ni? :) harian metroll lah wei,,, hehe.. tentulah gurauan berkasih semata2,,,
aku dulu wat 'asaiment', suka gak copy paste nie,, tp kenalh bijak buat ayat sendiri.. hehe.. barulah boleh dipanggil teh & pes pulak..

lawak lah Troll kali nie.. :D

pizli said...

Heheh gunalah Turnitin.

Reggin A said...

Aku 24 tahun, troll tu apa wei?

Serious lah, aku dah ready nak bakar laser aku ni dekat website SKMM kasi diorang sedar apa diorang buat. Hish =.='

Orang Muda said...

oh demm! kahkah.gud2.

Amoi said...

@Reggin A HAHA. Obviously obe is trolling.

al-jambz said...

motif?

dyg said...

hahaha.,if bgi kredit to wiki dlm saimen sah2 ramai gagal.,

alang2 ban kn, bgus kajaan buat web 1malaysia.,ban smua site n web 1mAlaysia ja bole buka.,fuhhhh negaraku aman damai

rashideeshukri said...

weh, jangan la tutup. bangsat haram dah tak boleh kopipasta assignment lagi pasni.

ururules said...

nih meTROLL ke betul betul? ke beTROLL?

alah! kalau esemen tak gune komputer pun.. bebudak tiru bulat2 dari wikipedia jugak. tak pun dari buku2. masalahnye, semua nih bukan pasal tiru meniru.. tapi cikgu2 tak reti ajar student bagi credit kat mane tempat yg derang tiru. tak reti ajar, information integrity.. tak reti ajar.. byk lagi tempat boleh ditiru selain wikipedia.

so bukan salah student.. salah cikgu yg tak reti ngajar.

bawak2 la ban cikgu2 nih!

zatyhanyut said...

aku buat assignment sebelah mata tgk wiki neh,

ipah said...

hanco..payah la nak dapat info dah lau betul dia kotakan janji..document kjaan dah la kedekut nak share..tak cam penulis2 dari oberse..ngok la..apesal tak patahkan pencawang tros..biar dok zaman batu.baru la takde plagiarisme

sepasang selipar merah said...

gua dah dapat tajuk research baru:

'is it true Malaysian are easy to be trolled?'

yes! thanks obe.

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber