Thursday, June 16, 2011

Metroll News - SIC Sedia Benarkan Penggunaan Litar Sepang Sebagai Pentas Demo Jalanan


Laporan : Effi Saharudin

Sepang - Khamis - Dengan pengumumaman demonstrasi aman BERSIH 2.0 bulan hadapan sudah terdengar suara-suara tak puas hati dari orang ramai berkenaan demo jalanan ini. BERSIH 2.0 sekali lagi akan diadakan di ibu kota dan pihak penganjur mengaggarkan lebih 30 ribu orang bakal berarak bagi meminta senarai daftar pemilih Sururhanjaya Pilihan Raya dibersihkan dari pengundi haram dan hantu. Selesai perhimpunan bersih dikatakan PERKASA dan PEMUDA UMNO pula bakal mengadakan demo jalanan mereka tersendiri yang bakal mengumpulkan antara 15 hingga 500 ribu orang peserta dari pelbagai lapisan Meleis.



Oleh sebab itulah pihak Sepang International Circuit hari ini menawarkan litar F1 Sepang sebagai venue untuk demo Bersih, Perkasa dan Pemuda. Menurut pegawai perhubungan awam SIC, Saudara Karrot Gold Anwar;

"Sebagai rakyat Malaysia pihak pengurusan SIC percaya kepada kebebasan bersuara dan berhimpun. Tapi pada waktu yang sama kita tahu demo jalanan bakal menyemakkan pusat bandar Kuala Lumpur. Idea perhimpunan dalam stadium yang pernah dicadangkan pihak tertentu ditolak. Semua peserta demo mahu berarak diatas jalan supaya lebih feel. Berkumpul dalam stadium tak feel. Maka kami bagi the best of both world. Litar Sepang terletak jauh dari KL dan ini akan mengelakkan mereka yang mempunyai urusan di KL dari terperangkap dalam kesesakan akibat demo. Keduanya litar Sepang ada jalan berturap yang terbaik bagi mereka yang berdemo mahukan feel autentik. Disamping itu bila ada demo di litar sepang kami rasakan litar kami akan lebih diutilised. Kalau tak kosong hanya ada biawak melintas"

Pihak Metroll melakukan temubual secara rawak di Kuala Lumpur dan rata-rata orang ramai menyambut baik usaha SIC ini. Setakat ini hanya saudra Lim Kit Siang sahaja yang membantah idea berdemo di litar F1 Sepang. Beliau dipetik berkata;

"Kalau demo dalam litar tak ada polis mahu sembur kami. Nanti kami tidak boleh raih simpati untuk pilihanraya. Media barat juga tak akan tunjuk kerajaan Malaysia jahat! Mana kami nak carik modal berkempen kalau macam ini"



13 comments:

Si kupu-kupu said...

aku sedih sbb seko kucing aku hilang dr td pagi.. tp bila bc troll ko bab2 biawak2 melintas.. tak semenenah2 aku terketawa even aku siyes sedih skang nie.. tq obe... uwawawa...

idea yg baik kalau jd betul2 kan.. ^_~

KhairulAqmal said...

hahaha. ftw

Fiffy Hazirah said...

biawak2 melintas. tersembur air milo aku. kahakahkah

asipo said...

Walaubagaimanapun, saudara Karrot Gold Anwar membangkang pendapat Lim Kit Siang dengan berkata

"Litar F1 mempunyai kelengkapan yang cukup, kami boleh menyeru pelbagai pihak seperti rela, MPSepang dan FRU. Seat penuntun juga boleh dimanfaatkan oleh dengan juru gambar"

maer wan said...

will they provide gadis litar? or is that terlalu melampaui tatasusila Timur?

Zaini said...

Setakat ini hanya saudra Lim Kit Siang sahaja yang membantah idea berdemo di litar F1 Sepang. Beliau dipetik berkata;

"Kalau demo dalam litar tak ada polis mahu sembur kami. Nanti kami tidak boleh raih simpati untuk pilihanraya. Media barat juga tak akan tunjuk kerajaan Malaysia jahat! Mana kami nak carik modal berkempen kalau macam ini"

terbaik

Aslina said...

angkut ah semua dengan polis, FRU sekali.

feel gak apa. haha.

eh. dalam litar sepang ada biawak bleh main lintas2 eh?

Matjoe said...

hanya lim kit siang tak setuju. owh terbaek

batmen said...

BYK GILA SERBANISTAS DLM GAMBAR BERSIH TU..

aqli said...

hahahaha

hamka said...

aku nak copy/paste, harap boleh., (dah copy paste dah)

mOoN IzzaN said...

politik Malaysia semakin meruncing... hurm,,..

narfey said...

damn, you could see the future bro!

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber