
Sunday, February 28, 2010
77 Peminat Chelsea masuk Arsenal
Borang keahlian KEPAM diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden KEPAM, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan KEPAM Pulau Pinang.

Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan KEPAM negeri, Datuk Pipiyapong Abdillah; Ketua KEPAM Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda KEPAM negeri, Norman Zahalan.
Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Chelsea cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan Carlo Ancelloti selepas dibelasah seperti babi kepanasan oleh Manchester City semalam.
''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan di Chelsea. Selain daripada itu masalah perilaku seksual pemain Chelsea seperti John Terry dan Ashley Cole membuatkan kami semakin sangsi dengan kesucian perjuangan mereka untuk merebut semula gelaran juara liga. Pemain Arsenal kami lihat semuanya suci seperti kain lampin. Mungkin kerana mereka masih lagi bayi-bayi Arsene" katanya pada majlis menonton beramai-ramai di restoran mamak perlawanan Arsenal menentang Stoke di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.
Bekas Bendahari KPCM cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam Chelsea disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai bersetubuh.
Saturday, February 20, 2010
Logo Baru Arsenal
Logo baru untuk dekad baru dibawah Le' Professeur
Kelab Terbaik Alam Semesta (TM)(C)(KDNK)(UPSR) Arsenal hari ini mengumumkan penggunaan logo baru sempena musim 2010 -2011. Pengumuman logo baru ini dilancarkan bagi mengesampingkan berita-berita kegagalan Arsenal yang banyak memenuhi dada akhbar sejak dua menjak ini. Menurut jurucakap perhubungan awam Arsenal , Encik Jonathan Gibbons;
"Kelab teragung The Gunners perlukan berita-berita positif.Berita Fabregas nak blah, keeper separa telap dan kekalahan menyebabkan penyokong kelab menjadi emosi. Jadi kami di bahagian public relation memutuskan untuk memperkenalkan logo baru ini lebih awal bagi mendapatkan positive PR point"
Sejarah Logo Kelab Arsenal - Kelab Terbaik Alam Semesta (TM)(C)(KDNK)(UPSR)
Sejarah kelab terbaik alam semesta Arsenal bermula pada tahun 1886 dengan tertubuhnya kelab Dial Square. Kelab ini ditubuhkan oleh operator-operator pengeluaran lelaki kilang membuat senjata Royal Arsenal. Dalam perlawanan pertama mereka pasa 11 Disember tahun tersebut, Dial Square merembat Eastern Wonderers 6-0. Selepas dua minggu mat-mat kilang Royal Arsenal rasa nama Dial Square tak cukup cool. Nama kelab ditukar kepada Royal Arsenal dua minggu selepas perlawanan pertama tadi. Pada tahun 1893 nama kelab ditukar lagi kepada Woolwich Arsenal apabila mereka start bermain secara profesional. Woolwich Arsenal juga merupakan kelab pertama dari selatan England yang menyertai Football Association. Tiga meriam menghala keutara diletakkan pada logo bagi menunjukkan salasilah kelab yang diasaskan pekerja kilang senjata.

Boleh tahan ganas juga logo ni. Logo ini kemudian diciplak oleh Axl Rose pada tahun 80-an untuk band musik yang diasaskannya.

Ketika era Herbert Chapman , sebuah lagi logo baru direka . Logo bedasarkan rekaan Art Deco ini hanya dipakai pada perlawanan-perlawanan berprofil tinggi seperti piala FA contohnya. Herbert Chapman juga menggunakan logo baru ini sebagai perhiasanpada lantai dan dinding di Highbury.

Pada tahun 1949 logo Arsenal diubah lagi dan ianya logo paling lama digunakan. Logo ini digunakan sehingga 2002.

Tahun 2002 logo diatas diubah atas sebab trademark. Pada masa ni banyak usahawan jalalan menjual barangan berlogo Arsenal berhampiran stadium. Logo kat atas tu tak pernah ditrademark oleh Arsenal kerana banyak kali direvised. Semua applikasi trademark ditolak akibat sebab itu. Akibatnya usahawan jalanan boleh jual scraf, topi dan t-shirt Arsenal tanpa perlu membayar royalti kepada kelab.
Pada tahun 2002 logo baru yang digunakan sekarang pun diperkenalkan. Logo terbaru ini mendapat tentangan kuat dari penyokong Arsenal kerana rekaanny tidak menggambarkan heritage Arsenal. Motto kelab "Victoria Concordia Crescit " (victory comes from harmony) turut dibuang pada design terkini.

LOGO MUSIM 2010-2011
Tuan-tuan dan puan-puan, masa untuk unveil logo baru Arsenal untuk musim hadapan;

Cantik kan? Mari aku terangkan maksud disebalik rekaan terbaru ini

1 - Gawang Arsenal sekarang mudah ditembusi. Maka perisai pada logo pun secara simboliknya menunjukkan realiti ini. Kenapa 3 lubang? Kerana ketiga-tiga keeper first team Arsenal , Almunia, Manone dan Fabianski sampah belaka!
2. Arsenal amat sinonim dengan kecederaan. Tak ada team lain selain Arsenal yang senarai kecederaannya panjang gila. 90% kecederaan menyebabkan pemain jadi tempang dan perlu bertongkap. Maka elemen tongkat pun diadaptasikan didalam logo baru ini
3. Ini ambulan. Kalau dulu Arsenal dikenali sebagai The Gunners sekarang dah jadi The Gonners. Team nazak. Perlukan ambulan bila sakaratul maut datang memanggil. Tak perlu ulas lebih panjang-panjang. Nanti ada orang emosi lagi. Tiada humor mereka ini. Mungkin situasi ini sama seperti ketika ada ahli keluarga yang nazak maka hendak ketawa sinis pun tidak mampu. Maafkan aku kerana tidak sensitif ye wahai pembaca Arsenal sekalian.
4. Lampu kecemasan ambulan menyerupai bendera Peranchis kerana Arsenal ialah kelab dimana bahasa kebangsaanya ialah French.
5. Motto baru untuk dekad baru. Motto lama "victory comes from harmony" digantikan dengan "Arsene Knows". Pada logo baru motto ditulis dalam bahasa Peranchis bukan Latin. For obvious reasons.
Friday, January 22, 2010
FAM Akan Beli Manchester United
LAPORAN : HASBULU ARI ARI
Baru sahaja berita kegagalan Tony Fernandes membeli kelab West Ham menyejuk , kini muncul lagi satu berita panas ke meja sukan Metroll. Kami baru sahaja menerima sebuah email dari spy kami di Wisma FAM. Menurut email Agent X pihak, FAM sedang dalam fasa akhir berunding dengan keluar Glazers untuk membeli kelab bolasepak Manchester United. Seperti yang kita sedia maklum kelab gergasi eropah ini kini berhutang sebanyak GBP 716 juta. Keluarga Glazers sebagai pemilik kelab pula tidak mampu membayar hutang yang semakin meningkat. Didalam laporan kewangan tahunan yang dikeluarkan minggu lepas, Man United hanya mencatatkan keuntungan bersih GBP 34 juta. Ini banyak dibantu oleh wang perpindahan Cronaldo sebanyak GBP 80 juta pada musim panas yang lalu. Ini sekaligus menunjukkan Man United perlu menjual pemain utama mereka setiap tahun untuk mengelakkan dari mengalami kerugian. Pada waktu artikel ini ditulis sudah ada khabar angin yang Dimitar “I look like Andy Garcia” Berbatov , Wayne “Penyetubuh Nenek” Rooney dan Nemanja “Dulu Senario .. sikalang” Vidic bakal dijual diakhir musim 2009/10 untuk mengimbangi baki bawa bawah buku lejer prinsip akaun Man United.
Pembelian Man United oleh FAM dijangka bakal memuaskan hati majlis tertinggi FAM yang hampir kesemuanya memang peminat Man United. Ia juga bakal menyenangkan hati kesemua peminat The Glory Hunters di Malaysia. Rata-rata peminat Man United yang kami temui mengalu-alukan pembelian kelab kegeramaran mereka. Salah seorang diantara mereka , Encik Shahreza Sharifudn (26) berkata;
“Ramai rakan saya mengutuk kerana saya tak support langsung team bola di Malaysia. Diorang kata buat apa sokong kelab bukan tempatan. Jika pembelian ini berjaya saya tak akan malu lagi mengaku saya penyokong hardcore Man U”
Pembelian Man United dikatakan bakal menaikkan imej FAM yang sering dipersalahkan kerana gagal menaikkan taraf bolasepak tempatan. Menurut laporan audit, FAM telah membelanjakan beratus-ratus juta didalam pelbagai skim dan program semenjak tiga dekad yang lalu. Ini termasuk projek bailout dan membayar gaji pemain persatuan kelab negeri yang muflis. Bosan asyik menghabiskan duit tanpa ada end product, pembelian Man United ialah langkah drastik FAM untuk “membeli kejayaan” sama seperti model yang digunakan kelab seperti Chelsea, Man City dan Real Madrid.Seorang ahli jawatan kuasa tinggi yang enggan dikenal pasti berkata;
“Pihak FAM sudah bosan melawan cacian yang dilempar peminat bola sepak Malaysia. Mereka asyik menyalahkan FAM bila pasukan negara kita gagal. Maka kami rasa lebih baik menbeli dan megurus kelab luar negara kerana khidmat kami di Malaysia langsung tidak dihargai. Disamping itu lepas ni boleh la kami ada alasan ke England setiap mimggu. Kalau dulu kami pergi waktu bulan Ramadhan sahaja menemani tuanku Presiden!”
Pembelian ini juga bakal membawa perubahan besar kepada kelab Manchester United. Kami difahamakan MU akan direbrand menjadi Football Association Manchester. Logo baru United bakal menggabungkan elemen asal logo FAM dan United seperti yang dilihat dibawah.

Friday, January 15, 2010
TrollingRemaja
Dr Bong, saya ada masalah diri nak kongsi dengan Dr dan para pembaca. Kisahnya begini, pada minggu lepas saya cuba untuk memasang lampu tapi tak semana berlaku litar pintas dan kami memanggil seorang juruteknik untuk membetulkannya.Selepas selesai kerja,saya hulurkan upah kepada juruteknik itu di mana dia juga seorang jejaka yang kacak dan saya rasa saya dah jatuh cinta pandang pertama dengan dia.Kami mula menjalinkan hubungan dan dia minta saya kenalkan dengan keluarga saya.Tapi keluarga kami semuanya berpelajaran tinggi dan takut Ibu Bapa serta abang dan akak saya tidak setuju dengan pilihan hati saya hanya kerana dia seorang juru teknik biasa. Tolong saya Dr Bong.
Gadis Tak Keruan (Bentong,Pahang)
Dr Bong paham perasaan Cik Gadis, litar pintas boleh berlaku tak kira tempat dan masa. Kadang-kadang masa tengah sedap-sedap layan cerita lucah pun boleh litar pintas. Hangin juga Dr Bong bila jadi macam tu.Paling bullshit bila tengah tidur tengahhari yang panas,time tu la litar pintas,pehh..terus kipas aircond ape sume down.kuyup satu badan,tido boleng (tanpa Seurat benang).Nasihat Dr Bong, jangan bahayakan diri dengan alat-alat eletrik,boleh membunuh dan lagi satu kalau boleh lampu tu pakai yang eco-green.Tak tau apa fungsi,tapi bunyi macam meletop,mesti function pun tiptop. Pasal pilihan mak bapak lu tu,apa gua heran,gua tidak member seketul tahi pun,bukan gua yang nak kahwin.
Dr Bong, bukanlah niat saya nak bukak pekung di dada tapi, dah lama terbuku dan saya rasa patut saya suarakan di sini.Begini,saya amat berpuas hati dengan prestasi isteri saya,tingkah laku sume superb,Cuma dia kuat menghisap. Saya bukan tak suka,Cuma rimas. Banyak lagi bende lain yang boleh dihisap tapi tak tahulah Dr Bong.Saya tahu memanglah nikmat,tapi bende ni bahaya,kita tak tau boleh kena penyakit.Saya Cuma mahukan kehidupan sebagai suami isteri yang normal bebas dari budaya hisap menghisap ni.Tolong saya doctor macam mana nak kurangkan budaya menghisap rokok isteri saya.
Suami Dayus (Setiu,Terengganu)
Bai,mati mati gua ingat hisap bende lain,gua da pikir masak-masak nak mintak facebook bini lu tadi.celaka.NEXT!!
Hai Dr Bong, banyak buku dan ruangan saya dah baca tapi ruangan Dr Bong sahaja yang menarik perhatian saya. Saya merupakan pelajar popular di kolej saya. Saya boleh dikatakan agak kacak dan bertubuh sasa. Apa yang merunsingkan saya ialah saya menghadapi dilema untuk memilih dengan siapa saya patut bersama.Semalam Shima luahkan perasaan dia kat saya. Hatinya tepikat lepas dia menghadiri sesi latihan tarian saya. Tapi hari sebelumnya Adiliana memberikan sebuah kereta BMW M3 dan mengatakan dia cintakan saya. Dia terpesona dengan kebolehan saya bermain kayu tik tok sewaktu persembahan teater Lelaki Hutan Gay. Saya tak keruan, Sarah dari fakulti Multimedia pula menghadiahkan saya portrait bogelnya tanda kasih dan cintanya pada saya. Tolong saya Dr Bong, siapa yang patu saya pilih.Semua pun cantik,semua pun menarik,tapi seperti yang Dr Bong sedia maklum,saya agak kacak orangnya dan bertubuh sasa,jadi saya mahukan wanita paling sempurna buat saya.
Jejaka Jambu Dilema (Telawi Road,Bangsar)
Wednesday, January 13, 2010
Pengusaha Kafe Saiber Gesa Kerajaan Pantau WIFI Percuma
Laporan : Effi Saharudin
JINJANG: Persatuan Pemilik Kafe Saiber Selangor (PPKSS) hari ini menggesa kerajaan memantau jumlah kawasan WIFI percuma sekitar Selangor dan Lembah Kelang. Ini adalah kerana menurut mereka, semenjak terdapatnya banyak kawasan WIFI percuma perniagaan kafe saiber mereka terjejas teruk. Salah seorang ahli PPKSS yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Beng berkata;
“Dulu bulak latang kedai saya hali-hali main DOTA sama Counter Strike. Sekarang ah.. budak talak latang lagi kidai saya. Diolang sumua ada laptop main sana McDonald sama kedai mamak. Talak perlu bayar mau pakai internet. Sikalang kidai saya talak student ponteng mali main game. Kalau macam ini ah, wa gulung tilam bulan depan lor!”
Encik Beng juga menambah bahawa beliau mungkin terpaksa memulakan bisnes mesin judi haram dan penjualan VCD sekiranya perniagaan cafe saibernya lingkup. Metroll difahamkan terdapat lebih 5000 kafe saiber di sekitar Selangor dan semunya dilaporkan mengalami kerugian semenjak kedai-kedai makan mula memberikan khidmat WIFI secara percuma. Sementara seorang remaja yang kami temuramah ketika sedang asyik bermain DOTA di sebuah kedai mamak berkata;
“Saya dulu selalu pergi ke CC untuk bermain secara online. Tapi sejak CC asyik kena serbu saya tak berani pergi lagi. Serik bang lepas kena tali pinggang abah saya. Lagipun kalau main di CC mahal. Satu jam 2 ringgit. Kalau pergi mamak saya bawak laptop sendiri, order teh tarik dah boleh lepak sampai bila-bila. Lagipun kalau lapar saya boleh makan sekali. Dekat CC mana boleh order makanan panas. Zaman abang dulu ada la makan-makan dalam “kafe” saiber. Sekarang nama je "kafe" tapi air pun tak jual!”





