Sunday, February 28, 2010

77 Peminat Chelsea masuk Arsenal

PERMATANG PAUH 28Feb. - Seramai 77 ahli Kelab Penyokong Chelsea Malaysia (KPCM ) di kawasan Penanti menyertai Kelab Peminat Arsenal Malaysia (KEPAM) selepas mengisytiharkan berhenti meyokong Chelsea.

Borang keahlian KEPAM diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden KEPAM, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan KEPAM Pulau Pinang.

KEPAM terbaik

Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan KEPAM negeri, Datuk Pipiyapong Abdillah; Ketua KEPAM Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda KEPAM negeri, Norman Zahalan.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Chelsea cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan Carlo Ancelloti selepas dibelasah seperti babi kepanasan oleh Manchester City semalam.

''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan di Chelsea. Selain daripada itu masalah perilaku seksual pemain Chelsea seperti John Terry dan Ashley Cole membuatkan kami semakin sangsi dengan kesucian perjuangan mereka untuk merebut semula gelaran juara liga. Pemain Arsenal kami lihat semuanya suci seperti kain lampin. Mungkin kerana mereka masih lagi bayi-bayi Arsene" katanya pada majlis menonton beramai-ramai di restoran mamak perlawanan Arsenal menentang Stoke di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.

Bekas Bendahari KPCM cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam Chelsea disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai bersetubuh.

19 comments:

Ara said...

HAHAHAHA!

kain lampin.. ;p

Melton Martin said...

Apalah effect sangat cerita melompat keahlian ni pada kelab chelsea yang gah nun jauh di sana tu... sot2.

Chelsea is still #1

bongkersz said...

HAHAHAHA!

Epic Obe!! :D

nbie said...

pffr..

puuhahahahahahahaha~~~~~

Matjoe said...

hahahaha, gilo laa ini berita. sengal nk mamposs

fhunky-fhinky said...

haahahahaha

style...

miss l said...

adoi.. datuk pipiyapong pun ade..? hehehe

neo said...

Lompatlah mana2 pun. Jangan lompat ke ManU sudah. Hahaha...

saf said...

wakakakakaka....chelakkhe punye lawak!!!

immabastard said...

Zahid Hamidi looks a bit like a bloated Arsene Wenger in this pic.

ROFL

skystrike said...

hahahahahaha

damn nice sarsacm...

salamat said...

celake...

sma kn arsenal ng umno...

iLOVEspeed said...

OMG! this is a fucking funny shit!

Anonymous said...

haha.
aku rasala, ada beberapa tukang komen kat atas ni tak tau citer sebenar sebelum adaptasi. haha..

tu la korang.. sebok sangat ngan bola negara orang sampai berita dalam negara sendiri pon tak amik tau..

ape.. lu orang beranak kat sane ke ape?

Sayuti said...

lawok.

funaki said...

best. aku tunjuk kat bini aku tapi dia tak paham. so ketawa yang tadi besar beransur hilang, ceria juga padam. ada sesapa nak pinjamkan bini yang comel tetapi uptodate?

ibrahim rabani said...

gle simbolik sungguh... masuk plak tu chelsea n arsenal ye.. tema kaler untuk lompat pun sama je wakaka :) nice one man!

luqman said...

http://bereh.org/isu-semasa/77-peminat-chelsea-masuk-arsenal#comment-431

Anonymous said...

cam setan je artikal kat atas tu..
ni kasi hack blog ni ok jgk..

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber