Tuesday, October 26, 2010

Belangsungkawa - Paul Si Sotong Tilik Meninggal Dunia


Laporan Effi Saharudin

RIP (Januari 2008 - 26 Oktober 2010)




Sotong yang paling terkenal didunia selepas Saiful Bukhari dilaporkan pergi ke rahmatullah beberapa jam yang lalu. Paul (2 tahun) dijumpai mati terapung oleh penjaganya di Oberhausen Sea Life Centre di German pagi tadi waktu tempatan. Paul meninggalkan seorang isteri, 3 gundik dan 17 anak sotong luar nikah semasa meninggal dunia. Balu beliau Heidi Klum bila ditemuramah Sokernet berkata;

"Bloop blopp blpooppppppp pop pop bloop bloop bloope bloop pop pop blop blooopppp"

Yang bermaksud;

"Arwah baik orangnya. Walaupun berjaya meneka keputusan bola dengan tepat, beliau tidak pernah meletakkan taruhan pada mana-mana perlawanan"

Penjaga utama Paul di Oberhausen Sea Life Centre,
Adolf Von Ballack pula berkata arwah bersikap agak aneh sejak beberapa hari yang lepas.

"Selalunya arwah gemar memakan kerang dan ikan. Tapi dua hari lepas arwah tak nak makan langsung apa yang saya berikan padanya. Hanya selepas dihidangkan Sate Haji Samuri barulah arwah menjamah makanan yang saya berikan"

Tilikan terakhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah England bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018.Semoga rohnya tenang dan ditempatkan diantara sotong-sotong yang beriman.

9 comments:

skystrike said...

pertamaxxx

Anonymous said...

lawak siot.hahahaha!

admin@blogdiloz.com said...

RIP.

semoga Paul ditempatkan dikalangan sotong-sotong beriman.haha

kepten rotor said...

mengikut sumber2 yg bole diragui..Paul antara tetamu terhormat semasa acara fesyen Islam yg diadakan di monte Carlo baru2 ini...2 sec silent for paul

kurosagi said...

mak aih~ sate haji samuri~ demanding btol la sotong ni~

btw, silent 2 milisecond for his dead~ may he rest in peace~

Melle Abadi said...

LIKEE

kelisa_samudera said...

bila mendiang akan dikebumikan?

hazel darwisya said...

Sotong yang paling terkenal didunia selepas Saiful Bukhari



HAHAHAH

ohlyric.com said...

mak aii...memang betol2 sotong yg terkenal...nk makan satey jer...

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber