Laporan Effi Saharudin
Kuala Lumpur -24 Oktober 2010. Sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka Belia Elak Rogol dan Zina Malaysia (BERZINA Malaysia) hari ini mensarankan agar kerajaan segera mengharamkan Iklan Pampers dan Tongkat Ali dari ditayangkan di kaca TV negara. Mereka mengeluarkan kenytaan ini sebagai tanda sokongan kepada Azura Mohd Afandi, Ketua Puteri Johor Baharu yang mengkaitkan iklan tuala wanita kepada peningkatan masalah sosial di Malaysiabaru-baru ini.
Pegawai Perhubungan Awam BERZINA , Ahmad Bahrom Tukiman berkata;
"Kami setuju sangat dengan apa yang dikatakan oleh saudari Azura ketika perhimpunan UMNOSTOCK 2010 tempohari. Kami juga merasakan iklan Pampers dan Tongkat Ali juga harus diharamkan kerana ianya membawa kepada keruntuhan moral. Iklan Pampers pada hemat kami menaikkan syahwat para pedophiles Malaysia. Seperti kita sedia maklum masalah merogol bayi adalah endemik dikalangan Meleis. Kami yakin ada korelasi antara iklan Pampers yang berleluasa dan kejadian rogol bayi yang makin meningkat. Iklan Tongkat Ali pula kami rasa tidak perlu. Bangsa melayu sudahpun mampu beranak pinak laksana arnab tanpa bantuan jus konek Tongkat Ali. Tanpa Tongkat Ali pun sudah banyak remaja Malaysia termengandung. Kalau tambah tongkat ali lagi makin bertambahlah jumlah mereka kelak"
Ahmad Bahrom juga menambah pihak BERZINA bakal menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media yang menyeru pengharaman segera iklan-iklan yang lucah ini. Memorandum tersebut telah ditandangi 10 orang ahli BERZINA yang menghadiri sidang media semalam.
"Bagi kamu jumlah tanda tangan tak penting. Yang penting kami lakukan sesuatu bagi merealisasikan apa yang kami rasakan hak dan tidak bathil. Kami tidak seperti kebanyakkan rakyat Malaysia yang hanya pandai TALK COCK di laman Facebook. Join group gebang gila babi sampai ratusan ribu tapi bila diminta meletakkan tanda tangan pada petisyen atau memorandum semua tak berani pasal tak ada gonad dan ovari. Kalau memorandum pun tak berani nak sign apakan lagi hendak ajak buat demonstrasi. Kami mungkin ditertawakan oleh golongan ini tapi sekurang-kurangkannya kami kemukakan ketidak puas hatian kami menggunakan saluran yang tepat yakni SKMM. Menyertai laman protes Facebook aje apa guna?"
Bahrom juga mengajak orang ramai menyertai acara BERZINA beramai-ramai bulan hadapan bagi menandakan tanda sokongan kepada NGO ini.
3 comments:
BERZINA!! ..takleh bla...lol=p
cm xde kaitan je.........
mmg troll terbaik.
Post a Comment