Monday, October 25, 2010


Laporan Effi Saharudin

Kegembiraan Kelantan menempah tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu terbantut kerana jurulatih pasukan The Red Warriors B Sathianathan digantung selama 6 bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia. Sathianathan digantung gara-gara mengeluarkan kenyataan media yang dikatakan melanggar polisi FAM.

Seperti yang dijangka, peminat pasukan Kelantan berang dengan tindakkan yang mereka rasakan sebagai rancangan sabotaj keatas kempen Piala Malaysia Kelantan musim ini. Kebanyakkan komen yang sempat kami baca di Facebook dan laman bolasepak pro-Kelantan rata-rata menganggap hukuman terhadap Sathianthan tidak masuk akan dan terlalu berat untuk sebuah kesilapan kecil. Ramai juga yang peminat bukan Kelantan yang tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan ini. Bagi mereka hukuman mengeluarkan kenyataan media yang berbentuk kontroversi paling teruk pun hanya setakat touhcline ban seperti yang pernah dijatuhkan UEFA keatas Jose Maurinho beberapa tahun yang lalu.

Kami di Harian Metroll berjaya mendapatkan maklum balas dari Jabatan Sebaran Propaganda dan Cover Kebathilan FAM semalam. Melalui wakil mereka Encik Bibitapong Che Samad kami diberitahu hukuman gantung 6 bulan dijatuhkan bagi menunjukkan FAM ialah sebuah badan bola sepak bertaraf dunia lagi berprestij.

"FAM ialah sbuah badan bolasepak yang bertaraf dunia. Maka hukuman keatas Sathianathan juga pada hemat kami harus juga bertaraf dunia. September lalu kami terbaca kes Carlos Quieroz digantung selama 6 bulan oleh Persatuan Bolasepak Portugal kerana menghalang petugas badan anti-dadah Portugal dari melakukan ujian air kencing keatas pemain Portugal. Bila kami lihat muka Quieroz kami sedari muka beliau sebijik macam Sathia. Maka alang-alang sebijik kami bagi hukuman yang sebijik juga kepada Sathia. Kalau mutu bolasepak Malaysia dan Liga tak setaraf dengan mutu antarabangsa, sekurang-kurangnya mutu menghukum dan tunding jari FAM haruslah setaraf!"



Sementara itu Presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa mengeluarkan kenyataan media bahawa Kelantan tidak akan merayu agar hukuman Sathianathan ditarik balik. Pasukan Kelantan akan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap final menentang Negeri Sembilan Sabtu akan datang. Hashim Mustapha akan mengambil alih tugas sebagai ketua ditepi padang kelak. Diharapkan Kelantan akan membedal Negeri Sembilan di final nanti sebagai tanda fuck you terhadap FAM.


2 comments:

Anonymous said...

"Diharapkan Kelantan akan membedal Negeri Sembilan di final nanti sebagai tanda fuck you terhadap FAM"
Epic! Ha ha ha!

Matjoe said...

sama laaa mereka berdua

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber