Wednesday, July 20, 2011

Metroll News - Anugerah Sastera Dewan Bahasa Pustaka 2011 : Utusan dan Buletin Utama Pemenang Karya Fiksyen Terbaik


Laporan asal Effi Saharudin

Kuala Lumpur - Rabu - Setiap tahun penulis seluruh Malaysia ternanti-nanti senarai penerima anugerah penulisan Dewan Bahasa dan Pustaka yang amat berprestij. Senarai pemenang tahun ini dikeluarkan pihak Dewan Bahasa Pustaka dan beberapa nama yang cukup tersohor dalam dunia penulisan melayu negara seperti yang telah dijangka memenangi kategori masing-masing. Sebagai contoh Ridhuan Tee dari Kumpulan Utusan memenangi karya cerita pendek terbaik bagi karya beliau "Super Kiasu Bakal Mengkafirkan Bangsa Kita". Kemenangan Ridhuan Tee ini memang sudah dijangka kerana karya magnum opus beliau untuk kolum mingguannya di Mingguan Malaysia adalah jauh lebih fictional dari karya sulung Khairul Nizam Bakeri bertajuk Pecah. Selain daripada itu dalam kategori cerita pendek kategori humor pula dimenangi Pang Chin Fei dari Buletin Utama untuk karya menggeletek diafragma beliau "Peserta BERSIH Diberi Ganjaran RM200 Sertai Demo Jalanan".

Bagi kategori Penulisan Siasatan dan Berfakta Terbaik pula dimenangi Jamal Ali dari MASTIKA untuk karya penyiasatan sahih beliau "Peminat Black Metal Minum Air Kencing Setan dan Makam Kitab Torah Bagi Naikkan Tahap Kesetanan". Kategori Penulisan Gossip Terbaik pula dimenangani oleh Juber dari Harian Metroll untuk karya "Rebecca Black Masuk Islam" yang kami terbitkan beberapa bulan yang lalu. Selain daripada itu penulis kami Aman FirDOS juga menerima Anugerah Penulisan Teknologi Terbaik untuk karya "SKMM Sekat Laman Wikipedia". Walaubagaimanapun ada beberapa calon yang tidak berpuas hari apabila mereka gagal memengangi apa-apa anugerah. Sebagai contoh Papagomo berang kerana gagal memengangi Anugerah Analisis Politik Terbaik. Beliau yang ditemui wartawan Metroll sempat berkata;

"Sialan DBP... macamana aku boleh kalah? Takpe korang semua sombong tak mahu iktiraf aku. Nasib baiklah aku tiap-tiap bulan dibayar RM30K untuk menulis. Lepas majlis ini aku minum 6 pint Guiness untuk tenangkan hati aku"




6 comments:

asipo said...

geli betul diafragma aku baca post neh

azila said...

brp org yg dth masa mjlis penganugerahan tak bagithau pun.. dgrnya ada 2 trak FRU siap menunggu

azizol said...

siaran ulangan anugerah ni ada tak?
aku sempat la nk tgk live..

nabilism said...

aku dgr siaran ni bakal keluar blu-ray untuk tv pendidikan zimbabwe

kurosagi said...

"Lepas majlis ini aku minum 6 pint Guiness untuk tenangkan hati aku"

heineken~ cheers~

Firdaus Tarmizi said...

Pang Chinn Fei agak hot. I'd tap that.

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber