Wednesday, July 28, 2010

Akhbar PERKASA Terpaksa Dihentikan


Pembekal enggan jual bahan mentah



Gua Musang – Jumaat – Akhbar dwi mingguan Suara Perkasa milik persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) terpaksa diberhentikan cetakannya mulai esok akibat kehabisan bahan mentah. Pihak Metroll difahamkan kilang percetakan akhbar Suara Perkasa kehabisan bahan mentahapabila pembekal barangan tersebut memboikot mereka. Pegawai perhubungan awam Suara Perkasa dipetik berkata;

“Kesemua pembekal bahan mentah untuk percetakan di Malaysia adalah hak milik kaum pendatang. Tidak ada seorang pun pembekal bahan seperti kertas, dakwat dan colour separator dimiliki pengusaha Bumiputera. Pembekal dari kaum pendatang ini menuduh kami mencetak akhbar perkauman. Ini adalah dakyah semata-mata. Kami hanya mencetak kebenaran berkenaan hak istimewa pribumi. Tindakkan mereka ini menghalang kebebasan bersuara PERKASA dan menghina kaum Bumiputera. Saya menyeru Kementerian Perdangangan mendenda syarikat-syarikat bahan mentah ni kerana ianya adalah tindakkan kurang hajar terhadap tuan tanah Melayu”

Ini adalah kali kedua akhbar ini terpaksa dihentikan pencetakannya. Kali pertama ialah beberapa minggu yang lalu apabila KDN menyerahkan surat tunjuk sebab apabila Suara Perkasa melaporkan berita ISA yang dianggap sensitif.

Kami berjaya menghubungi Pengurus Pemasaran DragonInks Sdn Bhd, Encik Kok Ann Fook untuk menanyakan mengapa syarikat beliau memboikot kilang percetakan Suara Perkasa;

“Gua bukan tamau jual sama dia. Tapi ini olang manyak rasis sama bangsa gua. Kata bangsa gua kulang ajar, talak holmat sama malai dan manyak tulis belita tipu punya. Gua manyak sakit hati sama ini paper. Gua telefon semua taukeh boikot sama ini paper loh. Kalau dia talak suka dia boleh beli balang dali luar mah”

Sementara itu kamu difahamkan pihak Perkasa mungkin mengimpot dakwat dan kertas secara terus dari China bagi memenuhi keperluan percetakan bagi masa terdekat. Pihak Perkasa kemudian enggan mengulas apabila diberitahu tentang betapa ironiknya akhbar rasis Melayu terpaksa melutut kepada pembekal dari China.



Sehati Berbalah – ASTRO RIA Umum Program Realiti Baru

Bakal membawa pembaharuan program TV Malaysia



Kuala Lumpur – Khamis – Pengurus Besar bahagian program Melayu Astro, Encik Badri Badrul Bakri hari ini mengumumkan rancangan realiti baru Sehati Berbalah. Ia merupakan rancangan realiti yang mengekori golongan selebriti Malaysia yang suka berbalah sesama sendiri. Rancangan ini akan ditayangkan setiap Sabtu jam 9 Malam bermula Oktober depan bagi menggantikan rancangan Sehati Berdansa.


“Kami menyedari ramai peserta realiti Sehati Berdansa bercerai selepas musim tamat. Maka kami rasakan baik pihak kami buat program pasal orang bercerai terus. Tak payah tengok lagi couple bermasalah berlakon mesra sambil menari secar erotik”




Program Sehati Berbalah dipercayai adalah program realiti pertama seumpamanya di dunia. Sebelum ini terdapat program mencari pasangan seperti “Mencari Jodoh” dan “What Women Want” yang dihasilkan produser tempatan. Kita juga dijamu rancangan dari barat seperti “The Bachelor” dan “The Bachelorette”. Setakat ini tiga bekas pasangan selebriti sudah disahkan sebagai peserta rancangan televisyen ini. Pasangan pertama ialah Abby Abadi dan Norman Hakim. Pasangan kedua ialah Maya Karin dan Muhammad Ali sementara pasangan terakhir ialah AC Mizal dan Shafnie. Azwan Ali dan Ifa Raziah pula dipertangung jawabkan menjadi hos rancangan.

Apabila ditanya tentang konsep rancangan, Encik Badri menjawab;

“Setiap minggu bekas pasangan yang bertelagah ini akan cuba mencipta gossip paling liar terhadap bekas teman hidup mereka. Lebih tak masuk akal dan penuh skandal lebih bagus. Kami akan menggunakan SKALA MENYAMPAH untuk mengadili pasangan yang paling menjengkelkan penonton. Kami yakin kombinasi pasangan hangat, gossip liar dan hos rancangan mulut laser bakal memberi rating yang tinggi”

Hos rancangan Azwan Ali bila diminta member komen berkata;

“HEY ANJING ANJING JALANAN.. INI AKU AZWAN ALI SI MULUT LEZER WALAUPUN DAH KERTU. DAH TUA KEREPOT. BATANG DAH LEMBEK TELUR DAH LANJUT MASIH DITERIMA PIHAK ASTRO YOU ALLLLZZZZZ. SIAPA KATA AZWAN ALI SI MULUT LAZER TAK BOLEH MENJADI HOS RANCANGAN HAH? LEPAS NI AKU BOLEH CILI MULUT IFA RAZIAH MAK HAYAMZZZZZZZZZ!!!”

Monday, July 26, 2010

NESTLE Bakal Keluarkan Minuman 2 Dalam 1


Laporan Obefiend Weiland


Kuala Lumpur - Isnin
- Syarikat Nestle Malaysian Sendirian Berhad hari ini bajal mengeluarkan pakej baru minuman 2 dalam 1 bagi menggantikan pakej 3 dalam 1 yang ada dipasaran sekarang. Pakej baru 2 dalam 1 ialah strategi baru Nestle bagi menyambut saranan Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan pengambilan gula dikalangan rakyat Malaysia.




Menurut kajian Persatuan Pengguan Pulau Pinang (CAP), rakyat Malaysia mengambil 26 sudu gula setiap hari iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). CAP juga menyalahkan syarikat pengeluar minuman kerana melambakkan pasaran dengan minuman 3 dalam 1 yang kaya dengan gula. Pengarah urusan Nestle Malaysia, Encik Donald Nestum berkata;

"Sebagai syarikat yang terkenal dengan minuman ruji Malaysia iaitu MILO, kami mempunyai tanggungjawab menyambut saranan kerajaan mengurangkan pengambilan gula. Oleh itu mulai bulan Ogos kesemua minuman 3 dalam 1 kami tidak akan disertakan gula. Sebaliknya kami akan mula menjual minuman 2 dalam 1 sahaja bagi menggantikan produk popular ini. Kini mereka boleh tambah gula kedalam minumam mengikut betapa cepat mereka mahukan diabetes melitus"

Komik Troll #8


Thursday, July 22, 2010

Kumpulan Damasutra Saman Christopher Nolan


Dakwa Inception adalah idea asal mereka

Kuala Lumpur –Jumaat - Kumpulan rock Damasutra hari ini memfailkan saman bernilai USD 300 Juta terhadap pengarah terkenal Hollywood Christopher Nolan. Menurut ketua kumpulan Damasutra Bahagia bin Daharun atau nama glamernya Baggio, Christopher Nolan meniru konsep mimpi didalam mimpi yang merupakan lagu popular Damasutra untuk filem arahan terbarunya Inception. Baggio berkata;

“Lagi popular kami Umpama Mimpi Dalam Mimpi terang-terang diplagiat konsepnya oleh Christopher Nolan tanpa kebenaran bertulis dari pihak kami. Saya dan Alok (pemain gitar Damasutra) menerima SMS dari seorang peminat yang baru pulang menonton cerita ini dipawagan. Peminat ini memberitahu kami yang filem Inception meniru konsep lagu kami 100%”

Beliau juga menambah;



“Kami segera ke GSC 1Utama untuk melihat peniruan ini
dengan mata kami sendiri. Malangnya tiket habis dijual dan kami layan Twilight- Eclipse sepam sebelum ke Uptown untuk membeli sekeping DVD cetak rompak. Kami terkejut dengan persamaan konsep mimpi dalam mimpi filem ini dengan lagu kami. Disamping itu kami juga pernah menyanyikan lagu Sesat Dalam Rindu, Tamu Tika Terlena, Seribu Bayangan dan Asyik. Kesemua motif-motif didalam lagu ini juga diplagiat Nolan. Kami inginkan pembelaan dan kami pun memfailkan saman hari ini”

Sementara itu Addullah Akhlakhein Segaraga Esq ,peguam yang dilantik oleh Damasutra berkata;

“Inilah ialah kes saman pertama seumpamanya di Malaysia. Sebelum ni penggiat filem kita yang memplagiat idea Hollywood. Sebagai contoh Bujang Lapok diplagiat dari The 3 Stooges. Labu Labi pula diplagiat dari Laurel & Hardy. Didalam sinema moden pula Cinta mempunyai tema yang sama dengan Love Actually. Saya akan memastikan anak guaman saya akan mendapat pembelaan sewajarnya!”

Pihak Harian Metroll cuba mendapatkan komen dari pihak Christopher Nolan tetapi beliau enggan mengulas. Kami hanya menerima sekeping faks dari firma guaman yang mewakili beliau yang berbunyi;

“WHO THE FOOK IS KAMASUTRAS?”


BUKTI PLAGIAT MENURUT DAMASUTRA



Lirik- Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi <-- (1)
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari

Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara

Walaupun sekian lama

Telah terpadam cinta kita
<-- (2)

Luka yang tak terasa
Mengalir darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara

Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh Bayanganmu <-- (3)

Walau hanya seketika cuma Agar hilang rindu dan dahaga <--(4)
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta

Kenangan bersamamu kasih Membakar gedung fikiranku kini <--(5)
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi
Umpama mimpi dalam mimpi


RASIONAL BUKTI PLAGIAT
  1. Didalam filem Inception Leo Decaprio memasuki mimpi didalam mimpi
  2. Watak Leo hanya boleh bertemu isteri tercinta ketika bermimpi
  3. Leo hanya mampu menyentuh bayangan maya mendiang isterinya
  4. Setiap malam walau sekejap Leo akan bertemu isterinya
  5. Kenangan isteri Leo, Mal merosakkan mimpi Leo dan membakar realiti hidup Leo

Thursday, July 15, 2010

Pendedahan @METROLL - Manchester United Kelab Freemason


Bertaubatlah Peminat Kelab Setan Sekalian

Beberapa bulan yang lalu aku menulis tentang pengaruh THE MACAIS didalam kehidupan kita seharian. Kali ini siri THE DEPARTURE membongkar rahsia pergerakan FREEMASON dan Kelab Bolasepak Manchester United.

Manchester United ialah kelab yang paling jijik didunia. Bukan sahaja ianya lambang bahaya kapitalis (curi player kelab lain dengan umpanan duit) malahan ianya juga aparatus kepada golongan Fremason yang mewakili kepentingan Yahudi laknatullah

Perlukan bukti?

BUKTI PERTAMA

Kelab dari Manchester ini dipunyai oleh keluarga Glazers yang terang-terangan Yahudi El-Bagel. Mereka juga merupakan ahli Fremason.



BUKTI KEDUA

Logo kelab Manchester United mirip logo The All Seeing Eye yang kerap digunakan ahli Freemason. Lambang mata ini seperti kita sedia maklum ialah simbol kepada Dajjal yang bermata satu.



Tak cukup dengan itu bandingkan rekebentuk 2 bola pada logo Man United dengan logo Freemason dibawah. Nampak persamaannya? Jelas bukan?




BUKTI KETIGA

Unsu-unsur Fremason juga jelas kelihatan pada rekabentuk jersi pasukan Man U. Mari kita lihat jersi ketika mereka ditaja Vodafone



Logo Vodafone mempunyai unsur-unsur All Seeing Eye. Huruf O pada Vodafone juga mempunyai rekaan yang sama dan pada masa yang sama mewakili 2 globus yang telah aku olah pada bukti kedua sebelum ini

Ini pula rekaan ketika AIG menaja Man U musim lepas. Kalau anda perasan A disini sebenarnya melambangkan bentuk ruler and compass pada logo Mason dibawah.




Huruf G pada logo diatas juga boleh kita lihat pada logo AIG. Sementara itu huruf ialah play of word kepada perkataan EYE yakni mata (all seeing eye sekali lagi). Huruf I disini juga mewakili Masonic Pillar.

BUKTI KEEMPAT

Semua pemain bintang Man United diberikan nombor 7. George Best, Cantona, Becks dan Ronaldo kesemuanya diberikan jersi bernombor 7. Soalannya mengapa dan apa signigicantnya dengan pergerakan Freemason? Nombor 7 sering dikaitkan dengan sifat ketuhanan (godlike) mengikur budaya Yahudi. Nombor 7 dianggap sebagai nombor yang mewakili kesempurnaan.

Mengikut kitab Old Testament, tuhan berehat pada hari ketujuh setelah mencipta alam semesta 6 hari sebelumnya.Tidak hairanlah semua pemain yang memakai nombor 7 dipuja bagai tuhan oleh penyokong pasukan Man United.

Oleh itu boleh disimpulkan disini



George Best - Tuhan kaki betina dan minuman keras
Eric Cantona - Tuhan keganasan dan falsafah burung seagull mengekori bot ikan tuna

David Beckham - Tuhan metrosexual dan lelaki bersuara pondan
Cristiano Ronaldo - Tuhan lakonan bidang terjun dan greasy Eurotrash

Michael Owen - Tuhan injury prone dan pemanas bangku simpanan


Apa lagi bukti yang korang mahu. Sudah terang lagi berlampu kalimantang yang Manchester United ialah kelab boneka pergerakan syaitan Freemason. Kepada peminat semua silalah pulang ke pangkal jalan dan menyokong kelab yang lebih islamic.

Kelab mana yang Islamic?

Mana lagi kalau bukan Portsmouth!




Related Posts with Thumbnails

Pagenumber