Wednesday, August 18, 2010

Komik Troll #10



Friday, August 6, 2010

Sukan - Liverpool 2 - 0 Robotnicki


Agregat 4-0

Yeaah!!! Liverpool layak meneruskan saingan seterusnya didalam Liga Europa. Tahniah! Sedang pemain kelab lain membuang masa bermain perlawanan persahabatan, kelab terbaik di England
(citation needed) sudahpun bermain dua game kompetetif sebelum Liga Barclay bermula. ini menunjukkan kesungguhan pasukan dari Mersey untuk memastikan tahun ini pastilah sangat adalah tahun mereka. Dengan pembelian Joe Cole , bekas pemain berkaliber dari pasukan Chelsea - Liverpool menunjukkan mereka masih sebuah kelab besar. Jika Liverpool bukan kelab yang hebat masakan seorang pemain bangku simpanan The Blues mahu berpindah kesana?

Apa-apapun dalam perlawanan semalam, Liverpool menganyang pasukan berkaliber Robotnicki 2-0. Gol dijaringkan oleh David Ngog dan Steven Gerrard. Nampaknya keputusan pihak pengurusan Liverpool untuk melantik Roy Hodgson membuahkan hasil serta merta. Roy menggunakan pengalaman luas beliau didalam Europa League dari musim lepas dengan jayanya.

Walaupun perlawanan semalam tidak ditayangkan secara langsung di kaca LCD mamak, pihak Harian Metroll berjaya mendapatkan rakaman ekslusif ehsan Liverpool TV. YNWA




Wednesday, August 4, 2010

Ruangan Gossip Juber AWW AWW! #3




Apek Senario Bakal Buka Spa Gemukkan Badan?

Juber dengar artis kontroversi Apek Senario bakal memnuka spa menggemukkan badan. Menurut sumber Juber Apek mendapat idea bernas ini setelah bosan dituduh kaki pipon kerana badannya yang kurus. Sumber Juber menambah lagi di Malaysia dah banyak spa kecantikan bagi melangsingkan badan. Tapi tak ada langsung untuk menggempalkan. Tak semua artis nak mahu kelihatan kurus. Dari perhatian Juber ada artis di Malaysia mahu kelihatan lebih gempal supaya nampak sihat dan tak serupa mat ganja gila pipon

Juber juga difahamkan Apek sudahpun menggambil beberapa rakan artis untuk dijadikan duta Spa memggemukkan badannya. Antara nama yang tersenarai pendek ialah Osman Kering , Zamani dan Amyza Adnan. Spa pertama bakal dibuka di sekitar Damansara seawal bulan Oktober

Juber - Nak kurangkan berat badan tapi tambahkan pahala di bulan puasa nanti.


Lagi Novel Popular Bakal di Adaptasikan

Selepas filem Aku Budak Setan mendapat sambutan memberangsangkan dipawagan, sebuah lagi novel popular tahun 90-an dikatakan bakal difilemkan. Pengurus Besar Tangkap Lentok Production semalam melakukan sidang media bagi mengumumkan adaptasi novel terkenal Permata Yang Hilang. Novel yang popular semasa Juber di tingkatan 3 ini bakal menampilkan pelakon-pelakon mula baru tak ada nama tapi berani dedah-dedah seperti Ezza Rianna Swedish , Fadhil Ronaldo dan Diana Nur Al-Yahudi (nama sebenar Lijah binti Endot). Pengambaran filem yang bakal membelanjakan RM 2 juta ini bakal bermula bulan hadapan dan ditayangkan sekitar bulan 5 semasa musim banyak orang menikah. Raja Azmi diberi kepercayaan untuk mengarah kerana pengalaman beliau mengarah filem dedah-dedah seperti Anu dalam Botol dan Black Widow sebelum ini.




Pengarah Urusn Tangkap Lentok , Din Glamer semalam menyanggah tohmahan yang filem Pertama Yang Hilang hanyalah filem softcore tanpa nilai seni.

"Ini semua silap. Pada dasarnya memang kelihatan novel ini macam karya lucah. Ada urut lelabah, ciuman Tapir dan henjutan Siamang Patani. Tapi subtext sebenar novel ini ialah tentang hubungan sesama manusia. Ini yang bakal kami tonjolkan diantara babak sondol menyondol dan jilat menjilat. Tapi jangan risau. Pada awal dan akhir filem kami bakal selitkan ayat-ayat suci bagi mengingatkan penonton tentang bahaya seks bebas. Kami yakin filem ini bakala memberikan kesedaran kepada masyarkat tenyang bahaya seks"

Pelakon pembantu Diana Mayang Sari bila ditemu ramah berkata

"I tak tahu berlakon tapi Abang Din Glamer hubungi saya di Facebook. Dia kata lepas filem ni saya mesti laku macam Sofea Jane selepas Perempuan Isteri dan Jalang. Bagi menyediakan diri untuk watak filem ini saya diberikan senaskah Permata Yang Hilang serta 40 klip 3GP terhangat"

Juber - Masih ketawa lihat aksi sodomi filem Jalang tempohari.


Komik Troll #9


Kes bunuh dan bunuh diri Politikus




Related Posts with Thumbnails

Pagenumber