Wednesday, October 27, 2010

Datin Rosmah Bakal Muncul Dalam Akademi Fantasia


Laporan Effi Saharudin

Setelah mendengar berita Presiden Barrack Obama nakal membuat kemunculan kameo didalam sebuah episod Mythbusters bulan hadapan, Datin Seri Rosmah pula dikatakan bakal menjadi peserta rancangan realiti nombor satu negara Akademi Fantasia musim hadapan. Pada awalnya pihak APCO mencadangkan Dato Seri Najib melakukan kameo yang hampir sama dengan Obama tetapi malangnya di Malaysia rancangan sains penuh ilmiah tetapi cool seperti Mythbusters tidak wujud. Pihak APCO kemudian melihat senarai rating rancangan tertinggi Malaysia dan mendapati Akademi Fantasi ialah rancangan yang berada diatas sekali. Wakil APCO di Putrajaya dipetik berkata

"Obama memang terkenal dengan inisiatif beliau menaikkan kesedaran sains dikalangan rakyat Amerika. Kemunculan beliau didalam Mythbuster ialah catra beliau untuk menunjukkan sains itu COOL. Di Malaysia tiada inisiatif dari Dato Sei Najib untuk mempertingkatkan taraf kompetensi sains dikalangan rakyat. Tetapi saya tahu Dato Seri dan Isteri mempunyai niat menaikkan taraf bahasa inggeris di Malaysia. Oleh itu kami dengan bantuan ASTRU bersetuju menghasilkan satu lagi musim AF yang hanya akan mebenarkan lagu bahasa inggeris sahaja. Datin Seri pula akan menjadi peserta untuk menunjukkan tiada beza antara dia dan rakyat marhaen. Macam orang Malaysia lain Datin Seri suka menyanyi"

Semetara itu pengurus unit Hiburan Melayu ASTRU , Megat Taqiudin Bakir berkata

"Ini ialah sesuatu yang unik dan pertama kali dialakukan di dunia. Tidak pernah lagi First Lady mana-mana negara sudi mencemar duli untuk menyertai rancangan realiti. Ini menunjukkan betapa down to earthnya Datin Seri kita. Lagipun kalau first lady Perancis Carla Bruni Sarkozy boleh ada kontrak rakaman kenapa Datin Seri tak boleh? Malaysia Boleh dan Datin Seri lagi boleh!"

Musim baru Akademi Fantasia ini bakal berlangsung setelah tamatnya musim rancangan tarian sampah Mari Menari di ASTRU kelak. Bagi membuktikan Datin Seri mempunyai bakat menyanyi, kami diberikan klip video beliau menyanyikan lagu Ronan Keating Tomorrow Never Comes. Amacam? Boleh menang tak?


Tuesday, October 26, 2010

Belangsungkawa - Paul Si Sotong Tilik Meninggal Dunia


Laporan Effi Saharudin

RIP (Januari 2008 - 26 Oktober 2010)




Sotong yang paling terkenal didunia selepas Saiful Bukhari dilaporkan pergi ke rahmatullah beberapa jam yang lalu. Paul (2 tahun) dijumpai mati terapung oleh penjaganya di Oberhausen Sea Life Centre di German pagi tadi waktu tempatan. Paul meninggalkan seorang isteri, 3 gundik dan 17 anak sotong luar nikah semasa meninggal dunia. Balu beliau Heidi Klum bila ditemuramah Sokernet berkata;

"Bloop blopp blpooppppppp pop pop bloop bloop bloope bloop pop pop blop blooopppp"

Yang bermaksud;

"Arwah baik orangnya. Walaupun berjaya meneka keputusan bola dengan tepat, beliau tidak pernah meletakkan taruhan pada mana-mana perlawanan"

Penjaga utama Paul di Oberhausen Sea Life Centre,
Adolf Von Ballack pula berkata arwah bersikap agak aneh sejak beberapa hari yang lepas.

"Selalunya arwah gemar memakan kerang dan ikan. Tapi dua hari lepas arwah tak nak makan langsung apa yang saya berikan padanya. Hanya selepas dihidangkan Sate Haji Samuri barulah arwah menjamah makanan yang saya berikan"

Tilikan terakhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah England bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018.Semoga rohnya tenang dan ditempatkan diantara sotong-sotong yang beriman.

Monday, October 25, 2010


Laporan Effi Saharudin

Kegembiraan Kelantan menempah tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu terbantut kerana jurulatih pasukan The Red Warriors B Sathianathan digantung selama 6 bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia. Sathianathan digantung gara-gara mengeluarkan kenyataan media yang dikatakan melanggar polisi FAM.

Seperti yang dijangka, peminat pasukan Kelantan berang dengan tindakkan yang mereka rasakan sebagai rancangan sabotaj keatas kempen Piala Malaysia Kelantan musim ini. Kebanyakkan komen yang sempat kami baca di Facebook dan laman bolasepak pro-Kelantan rata-rata menganggap hukuman terhadap Sathianthan tidak masuk akan dan terlalu berat untuk sebuah kesilapan kecil. Ramai juga yang peminat bukan Kelantan yang tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan ini. Bagi mereka hukuman mengeluarkan kenyataan media yang berbentuk kontroversi paling teruk pun hanya setakat touhcline ban seperti yang pernah dijatuhkan UEFA keatas Jose Maurinho beberapa tahun yang lalu.

Kami di Harian Metroll berjaya mendapatkan maklum balas dari Jabatan Sebaran Propaganda dan Cover Kebathilan FAM semalam. Melalui wakil mereka Encik Bibitapong Che Samad kami diberitahu hukuman gantung 6 bulan dijatuhkan bagi menunjukkan FAM ialah sebuah badan bola sepak bertaraf dunia lagi berprestij.

"FAM ialah sbuah badan bolasepak yang bertaraf dunia. Maka hukuman keatas Sathianathan juga pada hemat kami harus juga bertaraf dunia. September lalu kami terbaca kes Carlos Quieroz digantung selama 6 bulan oleh Persatuan Bolasepak Portugal kerana menghalang petugas badan anti-dadah Portugal dari melakukan ujian air kencing keatas pemain Portugal. Bila kami lihat muka Quieroz kami sedari muka beliau sebijik macam Sathia. Maka alang-alang sebijik kami bagi hukuman yang sebijik juga kepada Sathia. Kalau mutu bolasepak Malaysia dan Liga tak setaraf dengan mutu antarabangsa, sekurang-kurangnya mutu menghukum dan tunding jari FAM haruslah setaraf!"



Sementara itu Presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa mengeluarkan kenyataan media bahawa Kelantan tidak akan merayu agar hukuman Sathianathan ditarik balik. Pasukan Kelantan akan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap final menentang Negeri Sembilan Sabtu akan datang. Hashim Mustapha akan mengambil alih tugas sebagai ketua ditepi padang kelak. Diharapkan Kelantan akan membedal Negeri Sembilan di final nanti sebagai tanda fuck you terhadap FAM.


Sekuel Buku Permata Yang Hilang Bakal Dikeluarkan


Laporan Effi Saharudin

Kuala Lumpure - Isnin - Penulis buku panduan seksologi terlaris Malaysia Permata Yang Hilang bakal menerbitkan sambungan kepada buku sensasi beliau akhir tahun ini. Penulis buku yang enggan namanya diketahui memberitahu pihak Harian Metroll tentang perancangan beliau didalam satu sesi temu ramah XXXlusif semalam. Penulis yang hanya mahu dikenali sebagai "K" menulis sekuel kepada permata yang hilang kerana mahu mengikuti peredaran zaman.

"Ketika menulis buku Permata Yang Hilang 20 tahun lebih yang lalu internet pun tak ada. Zaman sekarang saya rasa segala ilmu mendayung yang terdapat didalam PYH sudah ketinggalan zaman. Dalam buku sekuel kelak saya akan memasukkan gaya mendayung yang terkini serta fetish-fetish nakal yang mematuhi syarak"

Sekuel Permata Yang Hilang nanti bakal diberi nama Permata Yang Dijumpai dan bagi mengikuti peredaran masa boleh dibeli dalam bentuk buku , e-book dan APP untuk Android Marketplace serta Apple Appstore. Walaubagaimanapun versi Symbian^3 tidak akan dihasilkan kerana kekurangan pengguna.

"Orang melayu zaman sekarang sudah maju. Maka saya rasa saya harus mengikut peredaran zaman dan menjualnya kepada empunya telefon bimbit. Selain daripada itu penggunaan bahasa juga saya permodenkan. Dalam Permata Yang Dijumpai saya tidak akan lagi menggunakan bidalan lapuk seperti "rusa minum" atau "mendayung perlahan-lahan" .Pembaca paska milenium tak pernah dayung sampan apakan lagi tengok rusa minum. Ramai dintara mereka confuse bila membaca permata yang hilang. Oleh itu saya gunakan bidalan lebih komtemporari seperi "sentuh kulit pasangan perlahan-lahan anda seperti menyentuh skrin iPad" dan "putar puting pasangan anda seperti tombol analog Playstation 3 Dual Shock II". Dengan penggunaan bahasa baru ini saya yakin kehidupan seksual Meleis akan lebih padu di masa hadapan"

Kepada pembaca yang tidak tahu apa itu Permata Yang Hilang, ianya sebuah buku panduan seks yang hangat dipasaran suatu ketika dahulu. Ianya satu-satunya buku dalam bahasa ketuanan yang mempunyai gambar vagina dijilat yang dilukis dengan huduhnya. Ianya dijual sebagai "buku panduan seks islam". Aneh juga buku panduan seks halal pun ada gambar porno. Buku Permata Yang Dijumpai bakal berada di pasaran di akhir Disember dengan harga jualan RM 25 senaskah. Ianya boleh didapati di kaki lima Jalan TAR , Pustaka Minerva , Jalan Masjid India dan locker budak lelaki di semua asrama penuh.



Sunday, October 24, 2010

Awang BPR Pula Bakal Saman Christopher Nolan

Laporan Effi Saharudin

Setelah gempar kes Baggio Damasutra mahu menyaman Christopher Nolan, kini komposer tekemuka Norzaini Mohd atau nama glamernya Awang BPR pula tampil kehadapan untuk menyaman pengarah Hollywood itu terkenal kerana meniru konsep lagu popular Umpama Mimpi Dalam Mimpi ciptaan beliau.



Awang BPR bercadang untuk menyaman sebanyak USD 500 juta berbanding USD 300 juta yang diminta oleh Baggio beberapa bulan yang lepas. Dalam sidang media tergempar di kediaman beliau pagi tadi Awang BPR merasa kesal dengan tindakan Christopher Nolan menggunakan idea mimpi dalam mimpi beliau tanpa kebenaran bertulis untuk plot filem Inception.

"Saya terkejut apabila menonton Melodi minggu lepas dan melihat Baggio mahu menyaman Nolan dengan wang sebanyak itu. Sebagai penulis asal lagu tersebut saya merasakan saya pasti boleh menyaman Nolan dengan lebih banyak dari Baggio. Tidakkah Nolan sedar saya ini Aawang BPR. BPR itu BUMIPUTERA rockers tahu? Paling cikai pun saya berhak terhadap 30% kutipun box-office kerana saya Bumiputera. Christipher Nolan harus menghormati KETUANAN PENULIS LIRIK!"

Seprti Baggio, Awang BPR diwakili oleh
Addullah Akhlakhein Segaraga Esq dan beliau sekali lagi menegaskan beliau akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatakan 15% lawyers fee dari hasil saman itu kelak

Pihak Harian Metroll sekali lagi cuba mendapatkan maklum balas dari pihak Christopher Nolan dan sekali lagi pihak guaman beliau menghantar faks yang kali ingi bernunyi

"WHO THE FOOK IS AWANK CPR?"

Kredit gambar

NGO Sarankan Pengharaman Iklan Pampers dan Tongkat Ali


Laporan Effi Saharudin

Kuala Lumpur -24 Oktober 2010. Sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka Belia Elak Rogol dan Zina Malaysia (BERZINA Malaysia) hari ini mensarankan agar kerajaan segera mengharamkan Iklan Pampers dan Tongkat Ali dari ditayangkan di kaca TV negara. Mereka mengeluarkan kenytaan ini sebagai tanda sokongan kepada Azura Mohd Afandi, Ketua Puteri Johor Baharu yang mengkaitkan iklan tuala wanita kepada peningkatan masalah sosial di Malaysiabaru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam BERZINA , Ahmad Bahrom Tukiman berkata;

"Kami setuju sangat dengan apa yang dikatakan oleh saudari Azura ketika perhimpunan UMNOSTOCK 2010 tempohari. Kami juga merasakan iklan Pampers dan Tongkat Ali juga harus diharamkan kerana ianya membawa kepada keruntuhan moral. Iklan Pampers pada hemat kami menaikkan syahwat para pedophiles Malaysia. Seperti kita sedia maklum masalah merogol bayi adalah endemik dikalangan Meleis. Kami yakin ada korelasi antara iklan Pampers yang berleluasa dan kejadian rogol bayi yang makin meningkat. Iklan Tongkat Ali pula kami rasa tidak perlu. Bangsa melayu sudahpun mampu beranak pinak laksana arnab tanpa bantuan jus konek Tongkat Ali. Tanpa Tongkat Ali pun sudah banyak remaja Malaysia termengandung. Kalau tambah tongkat ali lagi makin bertambahlah jumlah mereka kelak"



Ahmad Bahrom juga menambah pihak BERZINA bakal menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media yang menyeru pengharaman segera iklan-iklan yang lucah ini. Memorandum tersebut telah ditandangi 10 orang ahli BERZINA yang menghadiri sidang media semalam.

"Bagi kamu jumlah tanda tangan tak penting. Yang penting kami lakukan sesuatu bagi merealisasikan apa yang kami rasakan hak dan tidak bathil. Kami tidak seperti kebanyakkan rakyat Malaysia yang hanya pandai TALK COCK di laman Facebook. Join group gebang gila babi sampai ratusan ribu tapi bila diminta meletakkan tanda tangan pada petisyen atau memorandum semua tak berani pasal tak ada gonad dan ovari. Kalau memorandum pun tak berani nak sign apakan lagi hendak ajak buat demonstrasi. Kami mungkin ditertawakan oleh golongan ini tapi sekurang-kurangkannya kami kemukakan ketidak puas hatian kami menggunakan saluran yang tepat yakni SKMM. Menyertai laman protes Facebook aje apa guna?"

Bahrom juga mengajak orang ramai menyertai acara BERZINA beramai-ramai bulan hadapan bagi menandakan tanda sokongan kepada NGO ini.

Saturday, October 23, 2010

Komik Troll #14


Tuala Wanita

hngh

Sunday, October 3, 2010

Komik Troll #13


Rokok naik harga.. ada beza?



Related Posts with Thumbnails

Pagenumber