Thursday, April 18, 2013
Metroll News - DAP Diharamkan ROS : Umum Parti Dan Logo Baru Hari Ini
Kuala Lumpur - 18 April - Negara gempar apabila registrar of societies tidak mengiktiraf barisan pemimpin parti politik DAP hari ini. Ini bermakna parti pimpinan Lim Kit Siang ini mungkin tidak dibenarkan untuk bertanding di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan berlangsung bulan hadapan. Bagi memastikan pucuk pimpinan parti dapat bertanding di dalam PRU yang akan datang, DAP hari ini mengumumkan akan mencipta parti DAP BARU yang menggunakan logo baru yang lebih abad ke 22. Pengerusi DAPBaru saudara Lim Kit Siang apabila ditemuramah wartawan Harian Metroll berkata;
"Kami memilih menggunakan logo baru di bawah kerana logo roket yang kami gunakan sebelum ini sudah ketinggalan zaman. Ianya mungkin futuristik pada dekad 60an tetapi kini ianya tidak lagi cool. Roket hanya mampu menghantar orang ke bulan tetapi untuk cabaran politik millenium baru, DAPBAru harus pergi melepasi sistem solar. Maka penggunaan kapal angkasa lebih sesuai dengan imej baru kami"
Subscribe to:
Posts (Atom)