Friday, December 16, 2011

300 Penggiat Seni Punk Acheh Mohon Suaka Politik Di Malaysia


Johor Bahru - Jumaat - Pihak Polis Marin Johor semalam berjaya memintas 10 buat bot dan menahan kesemua anak kapal yang terdiri dari penggiat musik punk yang melarikan diri dari provinsi Acheh. Dalam kejadian dua pagi tadi, seramai 300 orang pelarian muzik ini ditahan lebih kurang 30 batu nautika dari pesisiran pantai Batu Pahat. Selepas ditahan kesemua pendatang tanpa izin ini mengaku berlayar ke Malaysia untuk mendapatkan suaka politik. Mereka mendakwa terpaksa menjadi pelarian kerana tidak mahu ditahan hanya kerana mengamalkan cara hidup punk. Baru-baru ini pihak berkuasa Acheh menahan 60 orang penggiat seni Punk di Acheh kerana merasakan cara hidup mereka tidak sesuai dengan cara hidup Islam. Kesemua yang ditahan dibotakkan kepala mereka dan ditahan selama 10 hari bagi menjalani sesi pengisian rohani.

Komandernya Polis Marin , ACP Zainul Abidin Hassan berkata

"Hasil pemeriksaan terhadap PATI yang ditangkap di dalam operasi mendapati kesemua 300 orang daripada mereka, 230 lelaki dan70 wanita tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. Ketika ditahan flotilla 10 bot mereka mengibarkan bendera "Punk Belum Bisa Mati"

Wartawan Metroll sempat menemuramah salah seorang pelarian muzik dari Acheh yang hanya mahu dikenali sebagai Sidirman Vicious.

"Kami ga ma ditahan pihak berkuasa Adcheh kerna pilihan muzik kami. Kami tahu di Malaysia tiada prejudis terhadap muzik Punk dan pihak kerajaan Malaysia benarkan golongan muda mendengar apa sahaja walaupun muziknya jelek seperti Justin Bieber dan K-Pop. Kami hanya mahu kebebasan pak. Itu aja"



Sunday, July 24, 2011

Metroll News - Anwar Ibrahim : Kerajaan Belanja RM70 Juta Untuk Hasilkan Kesan Khas Video Lucah dan Bersih


Laporan asal Astro Jebat

Kuala Lumpur - Ahad - Pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan mengejutkan yang menuduh kerajaan Barisan Nasional membelanjakan RM70 juta untuk membayar syarikat kesan khas terkenal Weta Digital bagi menghasilkan video dakyah mereka. Saudara Anwar turut mengatakan video lucah Carcosa Seri Negara serta video BERSIH yang diambil polis kedua-duanya telah ditambah kesan khas bagi merosakkan imej "Hadiah Tuhan Kepada Malaysia" beliau serta pergerakan BERSIH. Ketika sidang media tergempar di rumah beliau di Damansara, Anwar menunjukkan bukti 3 salinan invois dari Weta Digital bagi mencipta watak komputer 3D yang menyerupai beliau untuk video lucah. Untuk video BERSIH pula Weta diarahkan supaya mengurangkan jumlah peserta demo 9 Julai yang lalu dengan menggunakan teknik lukisan Matte.

"Kita semua sedia maklum Weta Digital mampu menghasilkan watak Gollum kelihatan hidup didalam trilogi Lord of the Rings. Mereka digaji untuk membuat watak 3D saya dan kemudian menganimasikannya melakukan hubungan seks dengan sebuah lagi watak 3D. Sebab itulah sehingga sekarang pihak PDRM masih tak dapat menjumpai amoi didalam video tersebut. Saya memperolehi bukti ini menerusi orang dalam yang bekerja didalam pejabat Perdana Menteri"

Menurut saudara Anwar beliau berjaya menyeludup keluar 7 kotak bukti berisi invois, storyboard , skrip , lukisan konsep , Maquette dan video dibelakang tabir pembikinan kesan khas bernilai RM70 juta tersebut. Anwar juga enggan memberitahu siapa yang memberikan beliau maklumat rahsia ini dan dimana 7 buah kotak bukti ini disimpan. Apabila disoal beberapa kali Anwar hanya mampu menjawab

"7 kotak berisi bukti pembikinan kesan khas ini saya sorokkan bersama 7 buah kotak bukti salah laku rasuah para menteri yang saya pernah katakan ketika Reformasi 1998 dulu. Seperti bukti kukuh lagi sahih yang dulu, saya simpan buat perkasam dan hanya akan menyerahkannya kepada pihak berkuasa apabila tiba waktu yang sesuai"

Tuduhan baru Anwar ini disambut hilai ketawa pemimpin Barisan Nasional dengan Tun Dr Mahathir dengan sinis menjawab di lawan Twitter beliau;

"They can make Avatar. So they can fake 911. This is true. They can make Gollum look photo realistic but they can't make fake naked Anwar. I know this because I tried"




Komik Troll #20 - Pengganti Amy Winehouse Ialah?


Friday, July 22, 2011

Metroll Sports - Saya Dilontar Kippah , Menorah dan Bagel Semalam : Yossi Benayoun


Laporan Zainal Abidin Temerloh



Bukit Jalil - Khamis - Pemain tengan pasukan Chelsea berbangsa Israel Yossi Benayoun hari ini menyalahkan penderaan perkauman (racial abuse) keatas kesangapan permainan beliau ketika menentang pasukan negara semalam. Yossi yang hanya bermain selama 45 minit semalam mengaku tertekan dengan laungan BOO yang berpanjangan dari peminat bolasepak Malaysia. Beliau yang lebih selesa dipuji oleh peminat tak boleh terima kenyataan beliau bermain tidak baik kerana beliau sememangnya suck lalu menyalahkan ejekan kuat seluruh stadium keatas kebebalan beliau;

"Saya cuba bermain dengan sebaik mungkin tetapi tak mampu untuk perform kerana asyik kena boo. Apa yang berlaku semalam jelas sekali sebuah penderaan perkauman dari penyokong Malaysia yang sungguh Avraham Ben Ali. Ketika mengambil sepakan sudut saya dilontar Kippah , Menorah dan roti bagel! Ini adalah sama seperti melontar pisang kepada pemain yang berketurunan Afrika! Anti Semitism! Anti Semitism!"

Rakan sepasukan beliau Fernando Torres, yang juga rakan Judas Liverpool beliau turut sama menyalahkan penderaan perkauman keatas kesangapan taraf permainan beliau. Torres, seperti Yossi hanya bermain selama 45 minit sebelum digantikan oleh Didier Drogba. Dalam separuh masa pertama Torres gagal menyudahkan 3 peluang keemasan didepan gol kerana kegigihan pemain Kelantan Daudsu yang berjaya mengekang penyerang termahal liga perdana Inggeris ini. Torres ketika ditemurah oleh wakil Metroll menuduh dirinya dilontar Taco , Tortilla ,Paella dan Nando Chicken. Ini dari pandangan Torres adalah rasis dan terang sekali ianya Anti-Spanishism!



Wednesday, July 20, 2011

Metroll News - Anugerah Sastera Dewan Bahasa Pustaka 2011 : Utusan dan Buletin Utama Pemenang Karya Fiksyen Terbaik


Laporan asal Effi Saharudin

Kuala Lumpur - Rabu - Setiap tahun penulis seluruh Malaysia ternanti-nanti senarai penerima anugerah penulisan Dewan Bahasa dan Pustaka yang amat berprestij. Senarai pemenang tahun ini dikeluarkan pihak Dewan Bahasa Pustaka dan beberapa nama yang cukup tersohor dalam dunia penulisan melayu negara seperti yang telah dijangka memenangi kategori masing-masing. Sebagai contoh Ridhuan Tee dari Kumpulan Utusan memenangi karya cerita pendek terbaik bagi karya beliau "Super Kiasu Bakal Mengkafirkan Bangsa Kita". Kemenangan Ridhuan Tee ini memang sudah dijangka kerana karya magnum opus beliau untuk kolum mingguannya di Mingguan Malaysia adalah jauh lebih fictional dari karya sulung Khairul Nizam Bakeri bertajuk Pecah. Selain daripada itu dalam kategori cerita pendek kategori humor pula dimenangi Pang Chin Fei dari Buletin Utama untuk karya menggeletek diafragma beliau "Peserta BERSIH Diberi Ganjaran RM200 Sertai Demo Jalanan".

Bagi kategori Penulisan Siasatan dan Berfakta Terbaik pula dimenangi Jamal Ali dari MASTIKA untuk karya penyiasatan sahih beliau "Peminat Black Metal Minum Air Kencing Setan dan Makam Kitab Torah Bagi Naikkan Tahap Kesetanan". Kategori Penulisan Gossip Terbaik pula dimenangani oleh Juber dari Harian Metroll untuk karya "Rebecca Black Masuk Islam" yang kami terbitkan beberapa bulan yang lalu. Selain daripada itu penulis kami Aman FirDOS juga menerima Anugerah Penulisan Teknologi Terbaik untuk karya "SKMM Sekat Laman Wikipedia". Walaubagaimanapun ada beberapa calon yang tidak berpuas hari apabila mereka gagal memengangi apa-apa anugerah. Sebagai contoh Papagomo berang kerana gagal memengangi Anugerah Analisis Politik Terbaik. Beliau yang ditemui wartawan Metroll sempat berkata;

"Sialan DBP... macamana aku boleh kalah? Takpe korang semua sombong tak mahu iktiraf aku. Nasib baiklah aku tiap-tiap bulan dibayar RM30K untuk menulis. Lepas majlis ini aku minum 6 pint Guiness untuk tenangkan hati aku"




Metroll News - Paus Enggan Berjubah Kuning Bukti Paus Iktiraf Kepimpinan Dato Seri Najib


Laporan asal Kamarudin Maple

Vatican - Rabu - Kehadiran Perdana Menteri tercinta kita ke Vatican tempohari disambut dengan mesranya oleh Paus Benedict XVI membuktikan Paus mengiktiraf corak pemerintahan Dato Seri Najib yang telus. Tidak seperti pertemuan Perdana Menteri bersama Ratu England tempohari, Paus Benedict kemas berjubah putih salju dengan salib bewarna emas. Tiada langsung warna kuning kotor yang melambangkan ketidak syukuran golongan minoriti rakyat Malaysia yang termakan tohmahan Pakatan Rakyat. Kunjungan yang disambut baik Vatican ini juga menutup segala spekulasi kotor yang kononnya kerajaan Malaysia berimej buruk dimata ketua segala penganut Katolik dunia. Tohmahan melulu yang kononnya penganut Katolik dihalang dari melakukan ibadah fardu CHRISTFAYAH di Malaysia ternyata meleset. Malahan sambutan penuh mesra Bapa Suci menunjukkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib membenarkan kebebasan beragama di Malaysia. Dalam sidang media bersama selepas pertemuan selama dua jam mereka, Paus Benedict berkata;

"Sesungguhnya saya tidak memakai baju kuning seperti Ratu England kerana saya tak mudah dimakan tohmahan seperti ketua gereja sesat Churh of England itu. Saya berdoa istikarah didepan makan Santo Paul malam tadi dan saya menerima petanda dari tuhan yang Najib berkata benar. Jika tuhan sendiri memberi tanda ini kenapa pula saya harus membaca berita yang ditulis oleh media arus perdana yang memang sah dipengaruhi Zionis. Tahukah anda merekalah yang membunuh Jesus Al Masih ketika baginda hidup dulu? Pantang saya sebagai Katolik beriman menerima fitnah dari media kaum yang terkutuk ini!"

Di Majlis yang sama Paus Benedict meminta penganut Katolik Malaysia supaya tidak menentang kepimpinan Dato Seri Najib. Mereka wajib mendengar apa yang disarankan beliau kerana beliau ketua agama. Kalau mungkar nanti berdosa besor.

"Janganlah kamu semua keras kepala dan memberontak macam Martin Luther dahulu. Kerana beliaulah penganut Kristian berpecah belah seperti sekarang. Ingatlah pada sejarah lampau. Meniru langkah si Protestan Martin Luther adalah tidak bagus untuk penganut Katolik sejati. Amen"



Komik Troll #19- Kenapa Video #BERSIH Rakaman Pihak Polis Lambat DIkeluarkan?


Tuesday, July 19, 2011

Metroll Gossip - Penggiat Seni Indonesia Bengang Dengan Media Malaysia Dewa-Dewakan Artis Korea



Hei anjing-anjing jalanan sekalian. Lama dah Juber tak membebel macam lelaki takde pangkal rahim di ruangan gossip Juber ni. Maklumlah sejak dua menjak ini Juber kena pulau oleh artis seluruh Malaysia. Bila ke sidang media tak ada seorang pun nak tegor Juber yang gemok macam babi ternak. Tak apa you allz. Hari ini korang PULAUKAN Juber, esok lusa bila Juber dah ada nama Juber akan BENUAKAN kamu terus. Tak mainlah pulau-pulaukan orang. Tak kelasz you allz

Hari ini Juber ada berita hangit dari negara Jiran. Persatuan Penggiat Seni Indonesia hari ini menyatakan perasaan marah mereka terhadap media Malaysia yang mereka rasakan menganak tirikan mereka sejak gelombang K-Pop melanda tanah air kita. Jika dulu artis anak watan Malaysia dianak tirikan bagi menyusukan mulut artis Indonesia, kini giliran mereka pula terpaksa menjadi seperti peminta sedekah supaya lagu mereka diputarkan oleh radio tempatan. Ahmad Dhani sebagai wakil penggiat seni Indonesia merasakan adalah tidak adil artis Korea diberikan ruang keudara yang lebih dari artis Indonesia

"Waduh! Sejak K-POP hadir gue ga bisa lagi buat konser besar-besaren di Kuala Lumpur. Jikalou dulu Celcom dan MAXIS datangin gue agar buat konser, kini mahu masukin kantornya juga ga dibenar. Bila gue ke kantor mereka dikatanya maafin pak kerja kosong jadi supir ga ada lagi. Cubain saja di kantor Digi kata mereka. Gue malu dong. Malu. Apa wajah gue ini ada rupa supir? Supir gue pun wajahnya bagei Nicolas Saputra. Malu dong!"

Memorandum dihantar kepada wakil radio Malaysia seperti HotFm dan Era semalam meminta agar status quo lagu Indo dimainkan sepanjang masa diadakan semula. Pihak Metroll sempat menghubungi Awie, penyanyi kumpulan Wing untuk mendapatkan pendapat beliau tentang memorandum yang dihantar oleh wakil penggiat seni Indonesia. Awie sempat berkata.

"HAHAHA.......... baru lu tau perasaan artis Malaysia!"



Metroll Sports - PAS dan PERKASA Bekerjasama Demo Bantah Kehadiran Yossi Benayoun


Laporan asal Zainal Abidan Temerloh

Selasa - Kuala Lumpur - PAS dan PERKASA hari ini bersetuju mengadakan demonstrasi aman secara bekerjasama menentang kehadiran pemain Israel Yossi Benayoun bersama skuad Chelsea di Ibu negara. Buat kali pertama dalam sejarah dunia, dua pihak yang selalunya tidak sehaluan ini bersetuju untuk menggembleng gerombolan pemprotes mereka di Stadium Bukit Jalil petang ini. Wakil PAS Mat Sabu dan Ibrahim Ali wakil Perkasa ketika ditemui berkata dalam hal membenci yahudi laknatullah adalah bagus dan afdal sekali PAS dan Perkasa duduk diatas jalan bersama mengutuk tindakan Wisma Putra memberikan Yossi Benayoun visa kemasukan ke Malaysia.Mat Sabu ketika ditemuramah wartawan Metroll berkata;

"PAS dan PERKASA sama-sama membenci Israel. Apa salahnya kami berdemo secara togeder-gder bagi menunjukkan kebencian kami terhadap yahudi yang sungguh bergelora. Kerjasama antara PAS dengan PERKASA juga bagus kerana seperti yang kita sedia maklum cable Ibrahim Ali sangat besar. Beliau boleh dapatkan permit untuk berdemo dengan cukup mudah sekali. Kalau PAS mahu buat demo ini secara seorang diri pasti permit tak akan diluluskan. Saya rasa dalam hal sebegini tak salah bekerjasama dengan Perkasa"

Dalam sidang media yang sama Ibrahim Ali sempat menambah

"Kenapa kita kerap memanggil kelap luar negara datang ke Malaysia? Setiap kali datang pasukan kita menjadi daging salai kena masak dengan mereka. Secara tak langsung Malaysia menjadi bahan ketawa oleh orang asing. Saya cadangkan perlawanan sebegini diharamkan terus. Maruah HarimauMalaya yang 90% melayu pasti tercabar kalau kita kalah lagi. Sebagai pejuang martabat melayu saya tak boleh terima kenyataan ini!"

Demo mementang kehadiran Yossi Benayoun akan diadakan di Bukit Jalil mulai 7 petang ini. Kehadiran amat dialu-alukan. Banner kertas manila dan kain rentang akan disediakan penganjur. Makanan ringan dan air masih dalam perbincangan kerana pihak PAS dan PERKASA tidak bersetuju dengan kroni mana harus diberikan tender membekalkan mee hoon dan sirap ros.



Monday, July 11, 2011

Metroll News - Kerajaan Bekerjasama Dengan Global Ikhwan Wujudkan OBEDIENT RAKYATS' CLUB


Laporan asal Kamarudin Maple

Putrajaya - Isnin - Kerajaan Barisan Nasional melalui Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia hari ini mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan Global Ikhwan bagi mewujudkan Kelab Rakyat Taat (Obedient Rakyats' Club). Pihak Global Ikhwan dipanggil untuk bekerjasama kerana mereka sudahpun terkenal dan mahir dalam mengendalikan kelab taat mentaati seperti Kelab Isteri Taat yang ditubuhkan secara kontroversial sekali bulan lalu. Sejurus dengan itu
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan wakil Global Ikhwan menandatangani memorandum persefahaman siang tadi bagi memulakan Kelab Rakyat Taat secara segera di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Kelab Rakyat Taat dimulakan di negeri-negeri ini kerana Kementerian merasakan ianya negeri yang paling tinggi peratusan rakyat yang tak taat lagi tak bersyukur kerana mereka dibawah pemerintahan curang Pakatan Rakyat. Wakil Global Ikhwan Kamarudin Ahmad ketika ditemuramah berkata;

"Kami didatangi wakil Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan beberapa hari yang lalu dan pihak Kementerian memberitahu kami merek cukup gusar dengan jumlah rakyat yang semakin emo dengan kerajaan di ruang saiber. Dato YoRais merasakan media arus perdana sudah tidak memandai dan kebenaran sudah terkeluar di laman saiber. Kami diminta mewujudkan Kelab Rakyat Taat dengan kadar segera sebelum kebenar........... maaf DAKYAH pembangkang menjadi semakin kronik! Lihat sajalah perhimpunan Bersih tempohari. Mereka semua tidak taat kepada negara!"

Antara sasaran awal Kelab Rakyat Taat ialah mewujudkan semula sifat taat setia dikalangan rakyat tiga negeri dibawah Pakatan Iblis ini. Jika kini mereka hanya tahu membantah dan berkeras menentang kerajaan Malaysia yang sememangnya mencontohi corak pemerintahan Khulafah Ar Rasyidin, diharap Kelab Rakyat Taat akan membuatkan mereka insaf akan dosa menentang kerajaan Islam dibawah panji Barisan Nasional sekarang. Wakil Global Ikhwan menambah lagi;

"Rakyat harus menjadi seperti pelacur kelas atasan bila berurusan dengan kerajaan. Harus taat dengan apa yang kerajaan mahukan dan tidak cepat menentang. Apalah salanya jika kebebasan dan wang cukai kamu dilacurkan oleh pihak tertentu? Bukankah kerajaan yang ada sekarang ketua negara? Jangan dihasut pihak Pakatan Iblis sangat pasal ianya dosa!"

Dimajlis menandatangai MOU hari ini pihak PERKASA sebulat suara menunjukkan sokongan kepada Kelab Rakyat Taat dengan menyatakan setiap ahli organisasi mereka secara automatis menjadi ahli Kelab Rakyat Taat . Ex-Datuk Ibrahim Ali sempat memberi komen;

"SPR mungkin susah nak daftarkan rakyat sebagai pengundi bila berumur 21 tahun secara automatis tapi kami di PERKASA tidak malas macam SPR. Semua ahli PERKASA kini ahli Kelab Rakyat Taat. Kami sedia dilacurkan demi negara!"



Friday, July 8, 2011

Earth Hour Tahun Depan Mungkin Dipanjangkan Ke 2 Jam di Malaysia Sahaja


Laporan Effi Saharudin

Kuala Lumpur - Jumaat - Pihak WWF hari ini mengumumkan bahawa sambutan Earth Hour di Malaysia pada tahun depan akan berpanjangan selama dua jam, bukan dua jam seperti tahun sebelumnya. Ini adalah berbeza dari sambutan biasa selama sejam yang dilakukan di negara luar. Ahli Jawatankuasa penganjuran Earth Hour 2012 , Dato Aman Firdaus mengatakan pihak WWF Malaysia mengambil langkah ini kerana merasakan Malaysia terlebih kuota "telapak kaki karbon" (carbon footprint) mereka pada tahun ini. Dato Aman memberitahu wartawan Metroll

"Pihak kami merasakan bagi mengimbangi penggunaan karbon monoksida berlebihan Malaysia pada tahun ini, Earth Hour tahun depan haruslah dipanjangkan ke dua jam. Kami dapati akibat kesesakan melampau akibat roadblock di jalan raya utama KL, pengguna kereta secara purata membakar purata 300 kali ganda lebih banyak minyak dari biasa. Ini membawa kerosakan yang teruk kepada alam sekitar. Disamping itu Loji Lynas yang bakal dibina di GEBENG juga menyebabkan POLLUTION QUOTA negara kita melonjak. Dengan Earth 2 Hour 2012 nanti diharapkan kita mampu reverse tha damage"




Komik Troll #18- Sekarang Anda Harapnya Faham Palestin


Ini kebenaran




Sunday, June 26, 2011

Komik Troll #17 - National Security?


Hurrr durrr



Saturday, June 25, 2011

Metroll Tech - SKMM Akan Halang Akses ke Laman WIKIPEDIA Kelak


Laporan oleh Azman FirDOS

Sabtu -25 Jun - Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media kini dalam proses mendapatakan kelulusan dari Jabatan Perdana Menteri untuk menghalang penduduk Malaysia dari melayari laman web popular Wikipedia. Keputusan ini diambil Dato YoRais setelah menerima pelbagai aduan dari guru sekolah dan pensyarah universiti tentang permasalahan kronik salin dan tampal dikalangan pelajar. Kebanyakkan pelajar sekolah dan universiti tanpa segan silu menyalin artikel yang dijumpai oleh mereka di Wikipedia sebelum menampalnya kedalam tugasan yang diberikan guru dan penyarah mereka. Masalah ini sudah menjadi sebuah epidemik kerana ramai pelajar sekarang mempunyai komputer dan akses secara talia Dato YoRais dalam sidang media hari ini berkata;

"Kami menyedari masalah salin tampal semakin teruk. Pelajar sudah tak reti nak menulis tugasan tanpa melakukan plagiat. Plagiat pula tak kreatif dan secara verbatim pulak tu. Tak macam saya dulu. Jadi kami sedang dalam proses akhir menghalang penduduk Malaysia dari melayari laman web ini dalam masa beberapa minggu"

Tindakan menghalang akses ke laman web ini dijangka bakal mendapat tentangan hebat pengguna internet Malaysia. Dato YoRais berkata kegiatan salin tampal laman web ini adalah satu contoh mencuri harta intelek orang lain untuk membuatkan si penyalin nampak intelek. Kerap kali selepas menyalin para pelajar langsung tidak memberikan kredit langsung kepada Wikipedia. Dengan terhalangnya Wikipedoa Dato YoRais percaya pelajar akan menggunakan otak mereka bila melakukan tugasan bukan hanya mengasah bakat salin tampal sahaja.



Sunday, June 19, 2011

Metroll Tech - Nokia Perkenalkan Teknologi Baru Kamera Telefon Bimbit


Laporan asal Aman FirDOS

Singapura - Sabtu - Pihak pengeluar telefon bimbit paling best. awesome . mapan dan semestinya lagi best dari Apple - NOKIA hari ini memperlihatkan demo teknologi baru pada telefon bimbit mereka. Berucap dalam sessi pra NOKIA CONNECTION di Singapura hari ni, Presiden Nokia Stephen Elop memperkenalkan teknologi "Right Way To Record" untuk semua telefon berperisian Symbian 3 dan Windows Phones 7 Nokia yang bakal muncul hujung tahun ini. Right Way To Record atau "Cara Betul Merakam" ialah fungsi dalaman telefon yang menggunapakai akselerometer dalaman untuk memastikan fungsi merakam kamera Nokia hanya boleh berfungsi jika telefon dalam posisi mendatar. Stephen Elop berkata;

"Saya cukup bengang bila pergi ke Youtube dan melihat video yang diambil dari posisi menegak. Gambar memanjang macam terencat gila babi. Kebanyakkan pengguna yang mengambil video secara potrait dan bukan lanscape ini pengguna Apple pulak tu. Ini meyakinkan saya majoriti pengguna Apple memang bangang dalam penggunaan kamera video telefon bimbit mereka. Oleh sebab itu kami di NOKIA segera mereka fungsi ini sebelum Steve Fucking Jobs claims dia yang cipta benda ini dan menggelarkannya "SUATU EVOLUSI HEBAT DARI APPLE SEKALI LAGI"

Selain memastikan video diambil pada posisi landskap, teknologi Right Way To Record juga mempunyai pelbagai fungsi pintar. Jika kamera biasa mempunyai teknologi FACE RECOGNITION , teknologi RWTR mempunyai keupayaan NUDE RECOGNITION. Jika perisaian RWTR mengesan babak bogel didalam video yang diambil, ia akan serta merta menukar file video kepada private. Video tersebut perlu dimasukkan kata haluan sebalum bolej ditonton atau dipindahkan ke peranti lain. Elop juga menambah

"Kami sedar ramai orang menggunakan telefon bimbit untuk buat sex tape secara suka-suka. Ini bukan kesalahan tetapi kami tahu anda risau jika aksi senggama anda terlepas ke tangan orang lain. Oleh itu fungi NUDE RECOGNITION ini akan menenangkan hati pengguna Nokia. Oh dan ia juga hanya mengambil video dalam format MP4. Fungis 3GP akan dimatikan bila aksi bogel dikesan. Let's be honest. Who wants to watch pixelated 3GP anyway these days?"

Teknologi Right Way To Record dianggap sebagai tamparan kepada teknologi anti m
Linkerakam video yang bakal dilakukan oleh Apple. Menurut laporan pelbagai laman web teknologi, APPLE akan bekerjasama dengan pengusaha konsert dan acara sukan untuk mematikan fungsi merekod video peranti Apple di masa terdekat. Pentas konsert dan stadium sukan akan dipasangkan alat yang menghantar arahan kepada semua peranti Apple (iPhone, iPad dan iPod) untuk mematikan fungsi rakaman video. Ini memastikan tiada rakaman "haram" dilakukan yang mungkin merosakkan keuntungan pengusaha konsert dan acara sukan.




Thursday, June 16, 2011

Metroll News - SIC Sedia Benarkan Penggunaan Litar Sepang Sebagai Pentas Demo Jalanan


Laporan : Effi Saharudin

Sepang - Khamis - Dengan pengumumaman demonstrasi aman BERSIH 2.0 bulan hadapan sudah terdengar suara-suara tak puas hati dari orang ramai berkenaan demo jalanan ini. BERSIH 2.0 sekali lagi akan diadakan di ibu kota dan pihak penganjur mengaggarkan lebih 30 ribu orang bakal berarak bagi meminta senarai daftar pemilih Sururhanjaya Pilihan Raya dibersihkan dari pengundi haram dan hantu. Selesai perhimpunan bersih dikatakan PERKASA dan PEMUDA UMNO pula bakal mengadakan demo jalanan mereka tersendiri yang bakal mengumpulkan antara 15 hingga 500 ribu orang peserta dari pelbagai lapisan Meleis.



Oleh sebab itulah pihak Sepang International Circuit hari ini menawarkan litar F1 Sepang sebagai venue untuk demo Bersih, Perkasa dan Pemuda. Menurut pegawai perhubungan awam SIC, Saudara Karrot Gold Anwar;

"Sebagai rakyat Malaysia pihak pengurusan SIC percaya kepada kebebasan bersuara dan berhimpun. Tapi pada waktu yang sama kita tahu demo jalanan bakal menyemakkan pusat bandar Kuala Lumpur. Idea perhimpunan dalam stadium yang pernah dicadangkan pihak tertentu ditolak. Semua peserta demo mahu berarak diatas jalan supaya lebih feel. Berkumpul dalam stadium tak feel. Maka kami bagi the best of both world. Litar Sepang terletak jauh dari KL dan ini akan mengelakkan mereka yang mempunyai urusan di KL dari terperangkap dalam kesesakan akibat demo. Keduanya litar Sepang ada jalan berturap yang terbaik bagi mereka yang berdemo mahukan feel autentik. Disamping itu bila ada demo di litar sepang kami rasakan litar kami akan lebih diutilised. Kalau tak kosong hanya ada biawak melintas"

Pihak Metroll melakukan temubual secara rawak di Kuala Lumpur dan rata-rata orang ramai menyambut baik usaha SIC ini. Setakat ini hanya saudra Lim Kit Siang sahaja yang membantah idea berdemo di litar F1 Sepang. Beliau dipetik berkata;

"Kalau demo dalam litar tak ada polis mahu sembur kami. Nanti kami tidak boleh raih simpati untuk pilihanraya. Media barat juga tak akan tunjuk kerajaan Malaysia jahat! Mana kami nak carik modal berkempen kalau macam ini"



Thursday, June 9, 2011

Metroll News - Sesal Pangkat dan Rahsia Didedahkan , PEKIDA Ubah Kata Kunci Rahsia


Laporan asal Mazidum Sidick

Kuala Lumpur - Khamis - Kesal dengan rahsia dalaman serta kosa kata persatuan mereka dimain-mainkan orang ramai, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Disamping itu mereka akan mengubah kosa kata kunci rahsia mereka secara menyeluruh kerana ianya sudah diketahui orang ramai. Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata perkataan Ayahanda, Abang Long, Abang Cik dan Tok Penakan Pak Hang yang sinonim dengan pertubuhun itu akan digantung penggunaannya serta merta.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida. Sekarang kami dalam proses mencari kata kunci ganti baru bagi menggantikannya semua. Saya sudah mengarahkan orang bawahan saya pergi ke GOOGLE TRANSLATE dan membeli Kamus Dewan bagi mencari kata kunci rahsia baru yang sesuai bagi pertubuhan kami"

"Kami juga tidak setuju dengan potrayal PEKIDA sebagai gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri. Kami bukan gangster cuma sebuah pertubuhan beruniform seperti Bulan Sabit Merah dan Kedet Bomba kepada mereka yang merindui rasa menjadi ahli badan beruniform bila sudah keluar sekolah. Malahan sebagai cara merubah persepsi negatif ini kami sudahpun berbincang dengan Kementerian Pelajaran bagi membenarkan PEKIDA menjadi salah satu badan beruniform untuk kokorikulum sekolah"

Shikin Begum juga memberitahu pihak Metroll untuk sementara waktu pihak mereka akang menggunakan kata kunci rahsia sementara bagi menggantikan kata kunci rahsia yang kini bukan lagi rahsia. Sebagai contoh Shikin mengatakan pangkat pengganti sementara bagi Ayahanda ialah PapaSmurf . Abang Long digantikan dengan Der Long dan Tok Penakan Pak Hang digantikan pula dengan Tok Wan Hang. Pihak PEKIDA dijangka akan mula menggunakan kata kunci sementara ini sehingga bulan depan.



ENTRY INI IALAH PARODI BERITA INI


Tuesday, June 7, 2011

Metroll News -Kolej Isteri Taat Bakal Dibina Tahun Depan


Laporam asal Aboogit Ashaari

Kuala Lumpur - Isnin - Selepas membuka cawangan Malaysia Kelab Isteri Taat, Globak Ikhwan hari ini mengumukan cadangan pembukaan Kolej Isteri Taat di Selangor. Pegawai perhubugan am Globai Ihwan saudara Kamarudin Ahmad berkata penubuhan Kolej Isteri Taat adalah langkah progresif Global Ikhwan bagi menangani masalah suami curang. Kamarudin juga menambah Kolej Isteri Taat akan menawarkan pengajian kepada isteri-isteri yang memerlukan kelulusan yang mampu menaikkan taraf mereka sebagai isteri yang berguna. Antara kursus yang ditawarkan ialah tarian tiang, cara membuat sandwich di dapur , urutan singa, pekerjaan tangan , pekerjaan hembus dan melacur. Bagi memastikan pelajar Kolej Isteri Taat mendapat pengajian terbaik, pihak Global Ikhwan sudahpun mendapat perkhidmatan pakar seks seperti Ruth Westheimer , Madam Heidi Fleiss dan Coco Austin (isteri kepada penyanyi Ice T).

"Kami merasakan ketiga-tiga tenaga pengajar ini mampu menjadikan semua pelajar kami setandung pelacur kelas pertama yang wujud di Amerika maupun Eropah. Madam Heidi Fleiss sebagai contoh ialah Ibu Ayam yang cukup terkenal di Hollywood suatu ketika dulu dan membekalkan pelacur kelas pertama kepada Charlie Sheen dan Michael Douglas.Coco Austin pula isteri seorang rapper yang cukup WHORETASTIC sehinggakan Ice T tak carik betina lain. Dr Ruth pula sudah menjadi pakai terapi seks selama lebih 40 tahun. Mereka semua ada perdigree bagi menunjukkan Kolej Isteri Taat ialah kolej yang berprestij kelak"

Dalam majlis yang sama pihak Kelab Isteri Taat Malaysia menandatangani persetujuan dua hala dengan wakil-wakil Isteri pemain kelab Liga Perdana Inggeris. Melalui persetujaan ini sebuah kelab yang dinamakan Obedient WAGS Club bakal ditubuhkan bagi isteri dan teman wanita pemain kelab-kelab bolasepak EPL. Obedient WAGS Club dilihat sebagai medium terbaik bagi memantau masalah pemain bolasepak liga tersebut yang terlalu banyak skandal. Persetujuan ditanda tangani oleh President Kelab Isteri Taat Malaysia, Dr Rohaya Mohamed dan Coleen Rooney isteri kepada Wayne Rooney. Coleen apabila ditemuramah berkata;

"Ini idea yang sepatutnya kami wujudkan terlebih awal. Jika Obefiend WAGS Club wujud beberapa tahun dahulu saya yakin Wayne tidak akan mencari pelacur untuk disetubuhi ketika saya mengandung. Saya juga yakin Ryan Giggs tidak akan menghadapi masalah injuksi dengan Imogen Thomas. Begitu juga rumahtangga Cheryl dan Ashley Cole tidak akan bergolak. Jika kami semua pandai menjadi seperti pelacur kelas pertama terlebih awal lelaki kami yang gatal gonad pasti tidak cari yang lain"

Sementara itu Kolej Isteri Taat akan mula beroperasi tahun hadapan dan tidak seperti kolej yang lain pelajar yang lulus akan diberikan kelulusan Pelacur Kelas Pertama, Pelacur Kelas Kedua Atas dan Bawah, Pelacur Kelas Ketiga dan Tidak Lulus Tapi Tahap Minah Rempit. Kemasukan ke Kolej Isteri Taat terbuka kepada semua lepasan SPM dengan gred minima F9 untuk semua subjek untuk layak memohon.



Metroll Tech - UNIFI Perkenalkan i-Ramalan : Website Gandingan iCloud Apple


Laporan asal Aman FirDOS


San Francisco - Selasa - Selari dengan pengumuman perkhidamatan iCloud oleh Steve Job di Worldwide Developers Conference hari ini, pihak UNIFI terus mengumumkan perkhidmatan sokongan mereka. Perkhidmatan sokongan iRamalan ialah perkhidmatan yang dijangka mengurangkan tahap kemarahan pengguna khidmat simpanan awanan Apple ni kelak. Pegawai Teknikal UNIFI, Encik Pradeesh Parameswaran memberitahu pihak Metroll;

"Kita tahu kelajuan internet jalur lebar Malaysia tak tentu hala 99.99999% of the time. Saya sendiri mengamuk bila kelajuan jatuh merudum tanpa amaran. Jadi kami di UNIFI memperkenalkan khidmat iRamalam bagi memberi pengguna internet ramalan kelajuan internet selama 5 hari seperti ramalan kaji cuaca yang biasa kita lihat di kaca TV. Dengan itu pengguna internet boleh merancang masa download dan upload mereka tanpa perlu rage gila babi bila kelajuan internet menyiput"

Perkhidmatan iRamalan boleh didownload sekarang dalam bentuk aplkasi iPhone, iPad , Symbian, Windows Phone 7 dan Android. Ramalan kelajuan maksimum dan minimum serta waktu waktu puncak akan tertera pada aplikasi dalam bentuk grafik yang menarik.




Monday, June 6, 2011

Metroll Sports - Rooney Dedahkan Sebab Disebalik Rawatan Rambutnya


Laporan asal Zainal Abidin Temerloh


Manchester- Isnin - Ahad lalu penyerang sensasi Manchester United dan England Wayne Ronney tidak beraksi menentang Switzerland kerana dihospital menjalani rawatan rambut botaknya. Tanpa kehadiran Rooney pasukan Tiga Singa hanya mampu seri dua sama dengan skuad negara Alps dibawah kendalian Ottmar Hitzfeld. Pelbagai spekulasi tentang sebab mengapa beliau mendapatkan rawatan rambut tersebar. Teori paling popular ialah Rooney malu besar kerana peminatnya di Malaysia enggan memanggil beliau dengan nama gelara WAZZA tetapi sebaliknya memanggil beliau WAZZAIBO. Seperti yang kita sedia malu pelawak terkemuka Malaysia Zaibo mempunyai corak kebotakkan yang seiras dengan apa yang dihadapi Wayne sekarang

Pihak Metroll hari ini berjaya mendapatkan temu ramah telefon secara ekslusif bersama Wazza dan bila ditanya sebab sebenar beliau menjawab;

"Saya sebenarnya tak peduli sangat rambut saya botak. Botak macam mana pun saya kaya dan seperti kata pepatah Cina "Ada Wang Ada Amoi" poket saya yang tebal membuatkan gadis nampak saya sama kacak macam Shaheizy Sam. Tujuan saya menjalani rawatan sebenarnya atas desakan pihak pengurusan Manchester United. Mereka mahukan saya menjadi duta shampoo Clean and Clear seperti Cristiano Ronaldo. Sebagai pemain berprofil tinggi, saya harus memaksimakan pendapatan saya menerusi penajaan sebelum bersara kelak. Penajaan tahunan yang diterima Ronaldo dari Clear for Men cukup lumayan dan saya iri hati dengan beliau"

Rooney juga sudi memberikan kami gambar ekslusif beliau selepas menjalani rawatan rambut dibawah. Diharap rawatan yang dikatakan bernilai GBP 30 000 ini berbaloi dan Rooney akan dilantik menjadi duta shampoo dimasa hadapan. Jika gagal saya difahamkan pihak YUN NAM , TENCHO dan ZINDAGI sudi melantik beliau untuk menjadi duta rawatan rambut.



Sunday, June 5, 2011

Metroll Gossip - Peminat Lisa Surihani Bengang Dengan Kostum Pilihan Beliau ke Parti



Ya Allah! lepas satu, datang lagi satu gossip hangat ke telinga penuh tahi Juber minggu ni. Seorang peminat pelakon cilik dan senang hangat sekarang, Lisa Surihani menghubungi Juber kerana tak puas hati dengan cara pemakaian pelakon kegemarannya

"Juber tengok lah gambar yang saya sisipkan dalam emal ini. Ini gambar Lisa ketika sambutan hari jadi ayah sedaranya. Ada ke patut masa majlis hari jadi dia dress up sebagai Paris Hilton! Takde maruah ke Lisa?"



Peminat itu juga memberitahu Juber sebagai seorang role model Melayu Islam Lisa sepatutnya sensitif dengan costume yang dipilih beliau ke majlis itu

"Paris Hilton itu kaki arak, dadah dan pelakon filem porno buatan sendiri macam Wan Norazlin. Dengan memakai kostum untuk kelihatan seperti Paris, Lisa seakan menunjukkan it's ok to be like Paris. Kita orang Islam mana boleh dress up sembarangan"

Juber setuju sangat dengan pendapat peminat yang marah ni. Seperti kita sedia maklum ada hadith yang melarang kita umat Muhammad dari meniru pemakaian umat bukan Islam. Kalau meniru gaya Paris Hilton lagilah haram pasal dia role model tonggang terbalik, kaki kongkek dan juga bekas banduan. Lisa harus minta maaf secara besar-besaran kerana cuba kelihatan seperti Paris. Nanti anak-anak kecil yang melihat beliau sebagai role model bakal terpengaruh. Ini tidak elok untuk masa depan Malaysia.

Kalau nak main dress up pun tak boleh ke pilih watak selebriti lain? Kenapa pilih Paris Hilton? Watak Saloma atau Sarimah Ahmad tak cukup glemer ke Lisa? Saloma dan Sarimag jauh lebih cantik dan molek akhlaknya dari Paris. Mulai hari ini beringat ye lisa. Jangan main tibai je paki kostum,

JUBER - Masa sekolah dulu selalu dress up sebagai FREDDIE MERCURY kerana dia lambang lelaki keras sejati sepanjang djaman.

Metroll News - Warga Kelantan Dakwa WIKILEAKS Idea Beliau


Laporan asal Wan Ahmad Nizam Kamarudin

Machang - Ahad - Seorang lelaki kelahiran Machang, Encik Saif Mamat hari ini mendakwa idea laman web penyebaran rahsia dunia Wikileaks sebenarnya idea asal beliau. Saudara Saif Mamat seorang graduan Sarjana Perkomputeran Imperial College of Science and Engineering London memfailkan saman sebanyak USD 30 juta keatas Julian Assenge kerana mencuri idea beliau. Menurut Saif beliau dulu teman sekelas Julian dan beliau mendapat idea untuk membangunkan lama web dimana semua maklumat yang anda mahu termasuk maklumat rahsia boleh dimuat turn hanya dengan menekan pautan pada laman web tersebut

"Saya berkongsi idea dengan Julian dan beliau bertanya kepada saya "How do we get secret information out?" Saya menjawab "We create website for it where people can post it anonymously". Julian kemudian bertanya lagi "So how do users download them?" Saya terus menjawab "we click here one the links.. like this"

Dari idea asal ini Saif mengatakan mereka bersetuju membangunkan laman web bernama WEKELIK.COM bersama. Nama WEKELIK digunakan kerana beliau seorang anak kelahiran Kelantan yang tidak lupa asal usul. Julian kemudian secara senyap-senyap membangunkan WIKILEAKS dibelakang Saif dan sekaligus mencuri idea asal Saif.



Peguam Saif Mamat, Abdullah Akhlakhein Segaraga Esq berkata pihak beliau dilantik untuk menguruskan kes saman ini setelah Saif melihat cara pihak mereka menguruskan kes saman RM300 juta Baggio terhadap Christopher Nolan tahun lalu. Pihak Julian Assenge pula bila dihungi wakil Harian Metroll berkata;

"Julian enggan mengeluarkan kenyataan terperinci buat masa sekarang tetapi dia ada mengatakan "KAWE DOK KENA SIAPA SAIF NING.. KECEK KELATE PUN KAWE DOK GHETI. INI BUHUNG BLAKO!"



Thursday, June 2, 2011

Metroll Gossip - Blog #AdindaEvans Hanya Viral Marketing Filem Terbaru Amir Raja Lawak?




Semalam Juber terima link kepada sebuah blog yang cukup sensasi seluruh Malaysia. Menurut email tip yang Juber terima blog ini mengandungi pengakuan berani seorang anak gadis berumur 14 tahun yang memanggil dirinya Adinda Evans. Adinda Evans mengaku sudah melakukan hubungan senggama dalam, seggama atas, senggama tepi dan senggama minda dengan teman lelaki beliau tanpa segan silu.

Nak dijadikan cerita kini satu Malaysia dah tahu tentang blog berani mati gadis dari Puchong ini. Juber pun difahamkan pihak Polis dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibawah Datuk Shahrizat Jalil mengambil berat pengakuan Adinda Evans kerana beliau masih dibawah umur. Kawan Juber si wartawan sensasi Hazrey juga memberitahu Juber yang seks bagi mereka dibawah umur 16 tahun jatuh hukuman rogol statutori. Sama ada ianya dalam kerelaan atau tidak teman lelaki Adinda Evans akan dihadapkan di mahkamah atas kesalahan ini

Dalam orang ramai sebok pasal cerita ini Juber diberitahu blog itu sebenarnya projek Viral Marketing oleh Amir Rajalawak. Ianya bukan blog sebenar tetapi blog HYPE untuk filem AKU DAH MAEN yang dibintangi Amir dan bakal ditayangkan di pawagan Aidifitri ini. Juber terus menghubungi Amir untuk mendapatkan keterangan dan Amir mengesahkan blog Adinda Evans itu adalah blog Viral yang dicipta oleh kakitangan Obefiend Network bagi mempromosikan filem Aku Dah Maen.

"Ye saya mengaku blog Adinda Evans itu hanya sebuah blog viral marketing untuk filem pertama saya yang bakal muncul iaitu Aku Dah Maen. Filem ini sebenarnya adaptasi buku The Scarlet Letter dan saduran filem Easy A lakonan Emma Stone. Saya cukup berbangga pihak Obefiend Network yang ditugaskan mencipta hype bagi filem saya ini berjaya melakukan tugas mereka! Oh jangan lupa layan filem Aku Dah Maen nanti di pawagam ok"

Aku dah Maen , seperti filem Easy A mengisahkan pengalaman seorang remaja di sekolah setelah muncul gossip beliau bukan lagi dara. Jika Scarlett Letter dan Easy A dibuat dari perspektif seorang wanita, Aku Dah Maen dibuat dari perspektif pelajar lelaki. Amir memberitahu gambar Adinda Evans itu sebenarnya diri beliau yang dimekapkan. Dia memainkan watak seorang lelaki dan wanita pada waktu yang sama.



Bila ditanya apa pendapat beliau tentang komen melampau yang ditinggalkan di belog Adinda Evans Amir berkata;

"Ini lah point filem Aku Dah Maen. Nak menunjukkan dan membuka pekung bangsa Melayu kita yang suka menghukum tanpa usual periksa. Dalam filem ini ada kami paparkan masalah Melayu suka sangat mengherdik dari mengajar. Lepas tu perasan diri mereka ahlil syurga pada masa yang sama guna perkataan kesat. Filem Aku Dah Maen mungkin sebuah komedi tetapi ianya komedi berat penuh dengan makna tersirat"



Idea asal DR BONG

Wednesday, June 1, 2011

Metroll Bisnes - Rezeki Jual Barangan Berpautan Dengan Filem Tempatan


Laporan asal Kamarudin Maple

Sudah lebih dua minggu filem Nur Kasih arahan Khabir Bhatia ditayangkan di pawagan tempatan dan dalam tempoh masa yang sama juga berlaku fenomena di dalam dunia fesyen muslimah tempatan. Kemana sahaja anda pergi anda pasti melihat Tudung Nur Kasih dijual dan dari pertanyaan wartawan Metroll kepada penjualnya, rata-rata mengatakan jualan tudung fesyen Nur Amina (Lakonam Tiz Tiz Tiz Zakiah) amat laku selari dengan hangatnya kutipan pejabat kotak filem yang sama. Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah insan kreatif dibelakang fenomena Tudung Nur Kasih ini?

Persoalan ini terjawab apabila kami bertemu Encik Mahmud Samsudin, seorang pemilik syarikat import eksport yang berpengkalan di Pasir Gudang. Menurut Encik Mahmud beliau mendapat idea menjual tudng berjenama Nur Kasih setelah melihat isteri beliau kusyuk menonton drama ini di kaca TV

"Saya sebenarnya tak tengok sangat drama melayu tapi isteri saya cukup gemar. Saya lebih minah menonton Akademi Fantasia. Dari situ saya teringat fenomena Tudung Mawi suatu ketika dahulu. Saya terus mendapat idea menjual tudung Nur Kasih sementara drama ini hangat dipasaran. Telahan saya Tudung Nur Kasih ada potensi untuk menjadi sama hangat dengan tudung Mawi."

Telahan Encik Mahmud nyata menguntungkan kerana beliau kini menjadi pengimport utama tudung ini ke Malaysia. Beliau mendakwa berjaya menjual lebih 9000 tudung Nur Kasih seminggu. Apabila ditanya apa pelan beliau seterusnya selepas kehangatan Nur Kasih berlalu Encik Mahmud berkata;

"Saya sudah melakukan kajian dan melihat filem apa yang bakal keluar dalam masa terdekat ini. Setakat ini saya sudah mendapatkan kebenaran dari saudara Nazri Vovinski Anuar untuk melesenakan Karipap berjenama Karipap-Karipap Cinta yang berpautan dengan filem Karipap-Karipap Cinta yang bakal ditayangkan di pawagan hari raya akan datang. Selain itu pihak kami juga cuba mendapatkan hak perleseanan Papadom Saadom , buku lima besi KL Gangster dan jamu mengetatkan vagina Adnan Sempit. Insyaallah kalau berjaya dilesenkan rezeki saya makin murah kelak"



Grafik : Tudung Mawi


Kredit gambar RIONIX88

Tuesday, May 31, 2011

Tampax Perkenalkan TAMPAD : Kombinasi PAD dan TAMPON


Laporan asal Majidul Dulmajid Disek

Kuala Lumpur - Selasa - Syarikat pengeluar tuala wanita terkemuka dunia TAMPAX hari ini memperkenalkan produk baru syarikat mereka yang dinamakan TAMPAD. Tampad ialah hasil bahagion kajian dan pembangunan Tampax selama 4 tahun yang menggabungkan tuala wanita pad biasa dengan sebuah tampon. Dengan penggabungan dua dalam satu yang saling tak tumpah seperti GOTENKS didalam DragonBallZ, pihak Tampax berharap Tampad dapat memudahkan tugas wanita memilih bahan sanitari yang digunakan mereka ketika haid. Jurucakap pemasana Tampax saudara Richard Paddington berkata;

"Kami menyedari adalah membazair bagi wanita membeli pad dan tampon pada masa yang sama. Sekarang ekonomi gawat minyak naik dan tarif elektrik naik kami rasakan dengan adanya gabungan 2 dalam 1 TAMPAD ini kaum wanita tidak perlu memilih nak beli pad atau tampon. Ini menjimatkan wang dan juga mesra alam"

Tampad unik dari Pad dan Tampon dimana fungsinya boleh berubah-rubah mengikut kehendak penggunanya sama seperti pegangan politik Saudara Ibrahim Ali. Malahan Richard Paddington mengaku mendapat ilham untuk mencipta Tampad dari sikap Ibrahim Ali . Tampad ialah antara produk baru yang melompat kedalam bandwagon 2 dalam 1 yang kini menjadi trend masa kini. Awal hari ini ASUS memperkenalkan PADFONE. Sebuah telefon bimbit yang bila disambung kepada sebuah skrin kecil menjadikannya sebuah alatan seakan iPad.



Didalam berita lain pihak pengeluar seluar dalam RENOMA dikatakan dalam proses mengeluarkan SPENDIES. Seluar dalam lelaki yang boleh berubah menjadi panties jika diperlukan. Ianya disasarkan kepada golongan crossdresser dan diharapkan dapat memudahkan aktiviti crossdressing mereka.


Sunday, March 27, 2011

Rebecca Black Peluk Islam - Mendapat Petunjuk Dari Komen Youtube

Laporan asal Effi Saharudin

Los Angeles - Ahad - Penyanyi cilik Rebecca Black yang kini meningkat popular dengan lagu Friday mengaku memeluk Islam jumaat lalu. Dalam temubual ekslusif Harian Metroll dengan gadis berusia 13 tahun ini, Rebecca mengatakan beliau tergerak untuk memeluk Islam setelah membaca komen positif yang ditinggalkan pada video beliau di Youtube. Video itu kini sudah mendapat lebih 50 juta tontonan sejak menjadi viral 2 minggu yang lalu. Rebecca memberitahu kami;

"Saya baca banyak komen-komen yang mencerca saya. Ada yang menyuruh saya terjun Plaza Masalam. Saya sendiri tak tahu dimana Plaza Masalam. Tak kurang juga yang mengatakan saya ini Justin Bieber versi berzakar dan telur. Saya sungguh kecil hati dengan cemuhan yang ditinggalkan penonton Youtube. Namun saya tersentuh dengan komen yang ditinggalkan penonton Muslim. Mereka katakan terima kasih buat lagu pasal hari jumaat. Hari suci orang Islam. Mereka tak maki saya langsung malah bagi sokongan. Dari situ saya tergerak untuk membaca mengenai Islam"

Rebecca mengucapkan dua kalimah syahadah jumaat lalu di Grand Los Angeles Mosque. Beliau ditemani bapanya yang memberi sokongan moral. Apabila ditanya tentang perancangan sekarang setelah bergelar gadis Muslim Rebecca menjawab;

"Saya baru sahaja menadapat tawaran berduet dengan Maher Zain. Beliau berminat untuk menbuat remix lagu Friday yang lebih selari dengan gaya hidup muslimin dan muslimah.Saya hanya perlu ubah beberapa bait lagu"

Rebecca kemudian memberi kami preview awal lagu Friday (Islamix Mix)

"Friday Friday can't wait for Friday Prayers. Prayin' and Prayin' Yeah. God God God God... Imam in the front saf, Ustaz in the back saf. Can't make my mind which saf shall I pray?"

Wartawan kamu kemudian bertanyakan tentang nama baru yang beliau pilih sebagai saudara baru

"Saya banyak berfikir tentang ini. Saya Google nama saya dan Islam sekali. Alhamdulillah saya menumui nama yang sesuai dengan saya. Nama baru saya ialah Rebecca Nur Al Islam..... sama seperti pelakon dari negara awak (Malaysia)"

Album Rebecca Nur Al Islam akan dilancarkan sebelum Ramadhan tahun ini dan Rebecca sudahpun bercadang untuk menghasilkan Friday versi Bahasa Malaysia

"Ini sebagai tanda terima kasih kepada Malaysia kerana memberi ilham kepada nama baru saya"



Wednesday, March 16, 2011

Empat Orang Terbunuh Kemalangan Di Grik Akibat Global Warming dan Tidak Menggunakan Green Teknologi


Laporan asal Effi Saharudin

Ipoh – Empat orang termasuk tiga beranak maut dalam kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Gerik-Jeli kira-kira 220 kilometer dari sini.



Dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari di Kilometer 53, Lebuh Raya Gerik-Jeli semalam, tiga beranak antara empat mangsa yang terkorban dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan berkuasa petrol.

Tiga sekeluarga yang terbunuh ialah Teuku Puteri Lokmanul Hakim Bolkiah (29) dan dua anak lelakinya Teuku Putera Ferrgamo High Class Intelligent, (3) dan Teuku Putera Renoma Gifted Intelligent (9)

Bagaimanapun, teman lelaki Lokmanul, Saiful Bukhari (35) yang memandu kereta Perodua Alza pula mengalami kecederaan parah.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu, seorang warga emas warga negara Zimbabwe, Nkotema Bahungu !Xobi!!! Manba+Yombo (76) yang menaiki Toyata Wish. Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Shahab berkata, tiga beranak itu mengalami kecederaan parah di kepala dan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku kerana kedua-dua kereta bukanlah dari jenis hybrid. Superitendan Shahab dipetik Wartawan Metro berkata

"Kemalangan ini disebabkan oleh kegagalan kedua-dua kereta menggunakan green tekhnologi. Sekiranya mereka menggunkan kenderaan Hybrid seperti Toyoya Prius pasti kemalangan tidak berlaku. Kami juga percaya global warming mengakibatkan brek kereta menjadi terlalui panas ketika membrek. Tayar hadapan kereta Alza itu terkunci mengakibatkan ianya hilang kawalan lalu bertembung dengan Toyoya Wish yang dipandu mendiang
Nkotema Bahungu !Xobi!!! Manba+Yombo"

Thursday, February 10, 2011

Dr Rozmey Bakal Buka Bisnes Kasut Pula


Laporan Effi Saharudin

Kuala Lumpur - 10 febuari 2011 - Datuk Doctor Rozmey hari ini mengumumkan penyertaan beliau didalam perniagaan sepatu pula. Ahli perniagaan yang terkenal dengan gaya essentrik ini mengumumlann koleksi kasut "Dr Rozmey" beliau di Putrajaya awal pagi tadi.

"Jika anda memakai kasut rekaan saya anda akan merasa seperti di dua alam. Alam pertama ialah alam keselesaan kerana kasut saya super selesa. Alam kedua ialah alam patriotisma. Kita harus menyokong barangan buatan tempatan. Datuk Jimmy Choo mula buat kasut sebelum jadi Datuk dan kasutnya kini terkenal. Saya yang dah jadi Datuk baru mula buat kasut. Bedasarkan logik, kasut Dr Rozmey pasti akan lebih sukses dari kasut Jimmy Choo! Thumb up!"

Koleksi pertama kasut Dr Rozmey terdiri daripada kasut kulit yang berteknologi tinggi. Menurut press release yang disebarkan, kasut Dr Rozmey dibina menggunakan teknologi Yokto, Nano, Chitosan, Acai Berry, Monavie , Spirulina dan Gelang Mangnetik yang terkini bagi memastikan kasut yang dihasilkan akan memberi kesan kesihatan yang baik kepada pemakaian. Bila ditanya kenapa menghasilkan kasut kulit berbentuk boot DR menjawan

"Semasa saya muda-muda dulu saya Mat Punk. Kasut sebegini memang saya minati dari muda. Saya lihat di Central Market masih ramai anak muda yang memakai kasut sebegini. Maka tak salah jika saya cuba buat kasut saya sendiri? Apa kamu tak percaya saya duly Mat Punk?"

Kemudia DDR memberi kami gambar ini dari dompet beliau, Siapa sangka akronim DDR juga boleh ditafsir sebagai Datuk Dr ROCK!


Monday, February 7, 2011

Pasangan Ditangkap Khalwat Kerana Foursquare


Laporan asal Effi Saharudin

Cyberjaya - 7 Febuari 2011 - 2 orang pelajar kolej Multimedia swasta disini dicekup penguatkuasa jabatan agama ketika berkhalwat disebuah apartment yang disewa oleh mereka. Uniknya cekupan jabatan agama kali ini ialah mereka tidak menggunakan intipan atau laporan orang ramai untuk mengantolkan pasangan ini tetapi mereka menggunakan Foursquare. Sejak laman web sosial ini menjadi semakin popular, pihak jabatan agama menggunakannya untuk mengenal pasti pasangan yang berkhalwat serta berkesedudukan di Cyberjaya.

"Apa gunanya kami menjadi jabatan agama Cyberjaya jika tidak menggunakan teknologi IT yang sedia ada. Kami mengumpul pengkalan data pasangan-pasangan yang berada di Cyberjaya sejak setahun lalu. Kami menggaji seorang pakar IT untuk mencipta perisian yang akan memberitahu kami bila pasangan-pasangan ini CHEK-IN ke rumah masing-masing secara berdua-duaan. Setakat ini sudah ada 13 pasangan yang berjaya kami tangkap menggunakan teknik ini"

Pihak jabatan agama juga menambah bila ada bukti check-in besama secara terang-terangan pihak mereka lebih mudah membicarakan pasangan yang dicekup. Kini tiada lagi alasan yang boleh digunakan mereka bila bukti check-in mereka boleh dilihat oleh semua orang.



Wartawan kami menemuramah beberapa pengguna Foursquare di sekitar Cyberia dan ramai mengatakan tindakan Jabatan Agama ini sebagai invasion of privacy. Seorang pelajar Muslim dari Iran ,Mahmoud Xerxes memberitahu wartawan kami;

"Saya belajar di Malaysia kerana mahu melarikan dari polis moral yang banyak di negara saya. Buat apa saya terbang jauh-jauh dari Tehran jika di Malaysia pun saya tak boleh nak berzina sesuka hati? Ini tidak adil. Malaysiapun sudah menjadi teokrasi macam negara saya kah? Sejak saya mendengar ura-ura mereka menggunakan Foursquare untuk menangkap pasangan kekasih saya tidak lagi berani nak check-in. Akibatnya sekarang saya hilang 7 mayorship Rumah Urut Happy Ending, Hotel Cheong Cheong, Rumah Tumpangan Ah Kow dan 4 rumah kekasih gelap saya. Ini sucks! Di Rumah urut Happy Ending kalau jadi mayor dapat 2 happy ending for the price of one"

Seorang lagi warga Cyberjaya yang kami temubual, Saudara Ikhwan Nazri berkata;

"Bagus la mereka menggunakan teknologi sebegini. Tak elok pun berdua-duaan ni. Saya dah kahwin ni rasa tak senang je tengok perangai student disini. Tapi saya rasa alang-alang kena tangkap ada baiknya Foursquare keluarkan KANTOL KHALWAT atau COCKBLOCKED badge kepada mereka. At least ada la memento untuk hari mereka kantoi"

Sunday, February 6, 2011

Komik Troll #16 - Operasi Piramid


Infiniti downline bapak kau



Paris Hilton Masuk Islam - Temubual Ekslusif Harian Metroll


Laporan khas Juber

You allz pasti ada mendengar berita gempar semalam yang Paris Hilton sudah memeluk, mendakap dan merangkul ugama Islam semalam. Puteri Sextape US dan wanita yang pernah diundi sebagai selebriti paling jelek ini dilaporkan menukar ugama kerana inginkan anjakan paradigma didalam hidupnya. Beliau sudah bosan pakai baju 3 suku bogel dan menjadi bahan ketawa blog gossip. Juber sempat mendapatkan temubual ekslusif bersama dengan saudari baru ini melalui temubual FACETIME. Apa you allz ingat Juber jual bontot beli iPhone 4 lepas tu tak nak guna Facetime kewww? Nak menunjuk ada iPhone jewww kewwwww. Ahaks

Juber - Assalamualaikum Paris, apa khabar dan selamat masuk Islam
Paris Hilton - Waalaikum Salem ...... terima kasih kerana sudi menemuramah saya

J - Salam lah bukan SALEM. Bodoh punya betina!
PH - Oh ya kah? Maafkan saya. Masih belum biasa. Selalunya kalau orang menegur saya balas dengan "That's hot". Kini tak boleh lagi.

J - Dah masuk Islam ini tak tukar nama kah Cik Hilton?
PH - Dah ada perancangan nak menukar. Saya ada beberapa nama dalam senarai pendek. Antaranya Dubai Jumairah Abdullah. Saya pilih nama Dubai kerana ianya sama taraf dengan Paris dan Palm Jumairah ialah hotel 7 bintang yang lebih classy dari Hotel Hilton milik keluarga saya sendiri.

J - Kalau macam tu boleh saya bagi beberapa idea nama yang lebih sedap?
PH - Silakan saya sedia terima tunjuk ajar

J - Saya rasa nama Rusila Rasa Sayang lebih sedap kerana Rusila kubu kuat PAS dan PAS itu sangat Islamik di negara saya. Rasa Sayang pula ialah nama Hotel yang best di Malaysia. ianya juga classy macam Hilton.
PH - Eh sedap juga nama you bagi tu. Nanti saya ke Jabatan Kemajuan Islam California untuk daftarkan nama itu. Memang lagi sedap dari pilihan asal saya Dubai Jumairah

J - So cik Paris, kenapa nekad masuk Islam. Bukankah di US agama Islam kini ditentang habis-habisan
PH - Saya masuk Islam kerana saya nampak ada potensi lebih besar untuk kembangkan brand name saya

J - Eh masuk Islam untuk kembangkan brand name bukan kerana kesucian agama?
PH - Oh kamu tak tahu ke? Di negara Barat SEMUA ORANG dah muak dan mual dengan perangai show off saya. Brand Paris Hilton saya sudah tercemar. Tiada investor baru sudi menyelamatkan bisnes saya yang dah macam Titanic. The only way untuk selamatkan harta saya ialah dengan rebranding dan reinvent diri saya selagi masih laku

J - Saya.. saya tak paham. Sila terangkan
PH - Beberapa bulan yang lalu perunding imej saya ada bercerita tentang Gelombang Maher Zain. Dia cakap orang Islam sekarang suka artis dan celeb yang Islamik. Saya buat kajian dan dapati market untuk pengeksploitasian imej berimej Islam ini masih terbuka luas. Setakat ini tak ada artis wanita benar-benar Islamik dan saya mahu gunakan peluang ini untuk membuat duit sebanyak mungkin dengan mengeksploitasikan kenaifan orang Islam. Terutamanya sekali orang Malaysia.

J - Eh itu negara saya. Kenapa awak cakap macam tu pasal negara saya. Tak baik noksssss
PH - Ini fakta. Saya hanya perlu cakap dalam bahasa melayu dua tiga patah kemudian cakap "saya sayang Malaysia" dan terus berpusu-pusulah orang Malaysia yang akan meminati saya. Lagipun tahun lepas bila saya kensel lawatan saya ke KL ramai teman TWITTER yang terkilan. Kali ini kalau saya ke KL sebagai saudari baru mesti lagi ramai yang sudi menyambut.



J - Ok ok.. fine. Mari tukar topik. Bagaiman dengan fesyen? Bolehkah cik Paris biasakan diri dengan imej muslimah?
PH - Tiada masalah. Saya lihat di Malaysia sekarang golongan muda taksub dengan imej HIJABSTER yang dipopularkan Yuna. Walaupun bertudung litup dia sangat fashionable. Saya juga perasan ada fesyen tudung Datuk Siti Nurhaliza. Kalau saya rimas bertudung litup saya pakai sahaja fesyen tudung hair net makcik kafeteria yang dipopularkan beliau. Kalau Juber nak tahu tukang masak saya Carla Espinoza sejak kecik lagi dah pakai fesyen macam Cik Siti awak. This is nothing new to me dan sebagai seorang fashionista berpangkat billionwati ianya bukan masalah besar.

J - Apa lagi pelan perancagang Cik Paris selepas ini
PH - Selain menyelamatkan brand name saya, saya rasa macam nak rakamkan album sekali lagi. Album saya yang dahulu dapat double platinum. Seperti yang saya katakan tadi orang Islam perlukan Maher Zain versi lelaki. Di Malaysia saya difahamkan Waheeda Wassini dah pencen. Masanya sangat sesuai untuk saya merakan album nashit saya sendiri.

J - Akhir sekali adakah Cik Paris nak tinggalkan pesanan kepada pembaca Harian Metroll di Malaysia?
PH - Ye.. sila buka minda anda dan jangan mudah percaya dengan berita internet, Just because it is on the internet it is not automatically true you know. Oh dan sila padam video lucah saya. Tak elok simpan video saudari seaagama yang macam itu. Sekian. Shalom Aleichem

J-
Yagjemesh!

p/s : in case anda bebal. Berita Pris Hilton masuk Islam adalah palsu dan dilaporkan pada akhbar parodi online The Daily Squib. Kenapa la melayu ni bebal percaya mudah bebonar

Saturday, February 5, 2011

Jumlah Pelancong Barat Ke Malaysia Meningkat 10000% Sejak Mesir Bergelodak


Laporan Effi Saharudim

Kuala Lumpur - 4 Febuari 2011 - Kementerian Pelancongan hari ini melaporkan terdapat kenaikkan 10000% peratus pelancong dari Barat ke Malaysia sejak berlakunya revolusi di Mesir. Kebanyakkan pelancong yang berasal dari Eropah datang ke Malaysia kerana mahu mencari pengganti kepada Piramid Giza yang ditutup sejak revolusi bermula. Menteri pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dipetik berkata

"Sejak Mesir bergelodak ramai pelancong Barat mengubah pelan asal mereka kesana dan datang ke Malaysia. Dari survey yang kami lakukan di KLIA kami mendapati mereka datang kesini kerana terdapatnya Sunway Piramid. Jika tak dapat ke Piramid Giza, Sunway Piramidpun jadilah"

Selain daripada itu pelancong barat juga datang ke Malaysia sebagai ganti Mesir kerana di kebanyakkan kawasan tarikan pelancong sudahpun menjadi mini Arab. Bukit Bintang sebagai contoh dipenuhi kedai makanan Arab lengkap dengan papan tanda bertulisan jawi. Michelle Dimbelby, seorang pelancong dari Britain yang berjaya ditemubual wartawan Metroll berkata

"Saya datang ke Malaysia kerana ianya lebih selamat. Tak perlu takut serangan pengebom berani mati. Kalau nak Piramid di Sunway pun ada dan ianya lebih bagus dari Piramid asal. Siap ada skating rink dan kawasan khas untuk WEEEBO. Anak perempuan saya yang gilakan budaya Jepun sukakan Asian Avenue di Sunway. Makanan tradisi Mesir seperti kebab dan Barbican pun boleh kami dapati dengan mudah di Malaysia"

Dengan kebanjiran pelancong dari Barat yang mahukan alternatif kepada Mesir, pihak Kementerian Pelancongan akan meluluskan projek bernilai 30 billion ringgit untuk membina Mini Egypt di Melaka. Mini Egypt bakal dibina diatas tapak Mini Malaysia dan akan mempunyai replika Kuil Abu Simbel, Lembah Makam Diraja serta rumah api Iskandariah. Datuk Seri Dr Ng Yen Yen juga menambah

"Kami juga bercadang untuk mengambil pelajar yang dihantar pulang dari Mesir sebagai pekerja bila taman tema Mini Egypt ini selesai pembinaanya. Pihak kerajaan bakal menjadikan khidmat wajib secara percuma selama setahun ditaman ini untuk membayar semula kos menyelamatkan mereka dari mampos di Mesir. Mereka yang gagal melaporkan diri untuk berkhidmat adalah pengkhianat dan tak sadar dek untung!"



Wednesday, February 2, 2011

Pelajar Malaysia Di Indonesia Terkilan Dengan Layanan Double Standard Kerajaan Dalam Isu EVAKUASI


Laporan Effi Saharudin

Jakarta - 2 Febuari 2011 - Gabungan Pelajar Malaysian di Indonesia (GAPAMI) hari ini menyuarakan rasa kesal keatas apa yang mereka katakan sebagai layanan double standard kerajaan Malaysia keatas mereka. Jurucakap GAPAMI , Saudari Raihana Nordin - Pelajar jurusan Krapu Kepunden Marang Skeper , Universitas Dwehnbowo Mirko berkata; mereka kesal dengan layanan istimewa yang diberikan kepada pelajar Malaysia di Mesir sejak seminggu lalu. Raihana berkata ketika nyawa pelajar Malaysia diancam oleh demonstrasi BENDERA dan gerakan anti Malaysia tidak pernah sekalipun pihak kerajaan melakukan perancangan memindahkan mereka dari Indonesia balik ke tanah air.

"Di Mesir pelajar Malaysia selamat. Mereka tidak menjadi sasaran provokasi atau buluh runcing golingan anti Malaysia seperti kami. Di Universitas Dwehnbowo Mirko saya hidup dalam ketakutan sehingga saya pelajaran saya terganggu. Dalam peperiksaan semester lepas saya hanya mampu mendapat GPA 3.95 akibat gangguan mental. Student Malaysia di Mesir tak ada yang diancam nyawanya oleh rakyat Mesir tapi kerajaan sudah mula memindahkan mereka. Kami disini hidup ketakutan dan sentiasa diancam golongan Anti Malingshit sehingga sekarang tak ada siapa ambil peduli"

Pihak Wisma Putra yang dihubungi oleh pihak Metroll enggan memberikan komen tetapi sumber dalaman kami dipetik menyebut;

"Student Malaysia diarahkan evakuasi bukan kerana nak selamatkan nyawa mereka. Pihak kerajaan bimbang student Malaysia disana bakal mendapat ilham melakukan revolusi kalau lama disana. Nyawa mereka tak diancam tapi keselamatan STATUS QUO pemerintah di Malaysia yang akan terancam jika semangat Nasionalistik student kita di Mesir tiba-tiba tercetus. Sebelum ianya berlaku mereka harus dipindahkan segera ke negara yang tiada kebebasan bersuara Arab Saudi"

Sehingga petang tadi 3 pesawat C-130 milik TUDM, satu pesawat 747 milik MAS serta A320 Air Asia sudah dihantar bagi memudahkan proses perpindahan lebih 10 000 rakyat Malaysia di Mesir ke Jeddah.



Related Posts with Thumbnails

Pagenumber