skip to main |
skip to sidebar

Hei anjing-anjing jalanan sekalian. Lama dah Juber tak membebel macam lelaki takde pangkal rahim di ruangan gossip Juber ni. Maklumlah sejak dua menjak ini Juber kena pulau oleh artis seluruh Malaysia. Bila ke sidang media tak ada seorang pun nak tegor Juber yang gemok macam babi ternak. Tak apa you allz. Hari ini korang PULAUKAN Juber, esok lusa bila Juber dah ada nama Juber akan BENUAKAN kamu terus. Tak mainlah pulau-pulaukan orang. Tak kelasz you allz
Hari ini Juber ada berita hangit dari negara Jiran. Persatuan Penggiat Seni Indonesia hari ini menyatakan perasaan marah mereka terhadap media Malaysia yang mereka rasakan menganak tirikan mereka sejak gelombang K-Pop melanda tanah air kita. Jika dulu artis anak watan Malaysia dianak tirikan bagi menyusukan mulut artis Indonesia, kini giliran mereka pula terpaksa menjadi seperti peminta sedekah supaya lagu mereka diputarkan oleh radio tempatan. Ahmad Dhani sebagai wakil penggiat seni Indonesia merasakan adalah tidak adil artis Korea diberikan ruang keudara yang lebih dari artis Indonesia
"Waduh! Sejak K-POP hadir gue ga bisa lagi buat konser besar-besaren di Kuala Lumpur. Jikalou dulu Celcom dan MAXIS datangin gue agar buat konser, kini mahu masukin kantornya juga ga dibenar. Bila gue ke kantor mereka dikatanya maafin pak kerja kosong jadi supir ga ada lagi. Cubain saja di kantor Digi kata mereka. Gue malu dong. Malu. Apa wajah gue ini ada rupa supir? Supir gue pun wajahnya bagei Nicolas Saputra. Malu dong!"
Memorandum dihantar kepada wakil radio Malaysia seperti HotFm dan Era semalam meminta agar status quo lagu Indo dimainkan sepanjang masa diadakan semula. Pihak Metroll sempat menghubungi Awie, penyanyi kumpulan Wing untuk mendapatkan pendapat beliau tentang memorandum yang dihantar oleh wakil penggiat seni Indonesia. Awie sempat berkata.
"HAHAHA.......... baru lu tau perasaan artis Malaysia!"

Ya Allah! lepas satu, datang lagi satu gossip hangat ke telinga penuh tahi Juber minggu ni. Seorang peminat pelakon cilik dan senang hangat sekarang, Lisa Surihani menghubungi Juber kerana tak puas hati dengan cara pemakaian pelakon kegemarannya
"Juber tengok lah gambar yang saya sisipkan dalam emal ini. Ini gambar Lisa ketika sambutan hari jadi ayah sedaranya. Ada ke patut masa majlis hari jadi dia dress up sebagai Paris Hilton! Takde maruah ke Lisa?"

Peminat itu juga memberitahu Juber sebagai seorang role model Melayu Islam Lisa sepatutnya sensitif dengan costume yang dipilih beliau ke majlis itu
"Paris Hilton itu kaki arak, dadah dan pelakon filem porno buatan sendiri macam Wan Norazlin. Dengan memakai kostum untuk kelihatan seperti Paris, Lisa seakan menunjukkan it's ok to be like Paris. Kita orang Islam mana boleh dress up sembarangan"
Juber setuju sangat dengan pendapat peminat yang marah ni. Seperti kita sedia maklum ada hadith yang melarang kita umat Muhammad dari meniru pemakaian umat bukan Islam. Kalau meniru gaya Paris Hilton lagilah haram pasal dia role model tonggang terbalik, kaki kongkek dan juga bekas banduan. Lisa harus minta maaf secara besar-besaran kerana cuba kelihatan seperti Paris. Nanti anak-anak kecil yang melihat beliau sebagai role model bakal terpengaruh. Ini tidak elok untuk masa depan Malaysia.
Kalau nak main dress up pun tak boleh ke pilih watak selebriti lain? Kenapa pilih Paris Hilton? Watak Saloma atau Sarimah Ahmad tak cukup glemer ke Lisa? Saloma dan Sarimag jauh lebih cantik dan molek akhlaknya dari Paris. Mulai hari ini beringat ye lisa. Jangan main tibai je paki kostum,
JUBER - Masa sekolah dulu selalu dress up sebagai FREDDIE MERCURY kerana dia lambang lelaki keras sejati sepanjang djaman.

Semalam Juber terima link kepada sebuah blog yang cukup sensasi seluruh Malaysia. Menurut email tip yang Juber terima blog ini mengandungi pengakuan berani seorang anak gadis berumur 14 tahun yang memanggil dirinya Adinda Evans. Adinda Evans mengaku sudah melakukan hubungan senggama dalam, seggama atas, senggama tepi dan senggama minda dengan teman lelaki beliau tanpa segan silu.
Nak dijadikan cerita kini satu Malaysia dah tahu tentang blog berani mati gadis dari Puchong ini. Juber pun difahamkan pihak Polis dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibawah Datuk Shahrizat Jalil mengambil berat pengakuan Adinda Evans kerana beliau masih dibawah umur. Kawan Juber si wartawan sensasi Hazrey juga memberitahu Juber yang seks bagi mereka dibawah umur 16 tahun jatuh hukuman rogol statutori. Sama ada ianya dalam kerelaan atau tidak teman lelaki Adinda Evans akan dihadapkan di mahkamah atas kesalahan ini
Dalam orang ramai sebok pasal cerita ini Juber diberitahu blog itu sebenarnya projek Viral Marketing oleh Amir Rajalawak. Ianya bukan blog sebenar tetapi blog HYPE untuk filem AKU DAH MAEN yang dibintangi Amir dan bakal ditayangkan di pawagan Aidifitri ini. Juber terus menghubungi Amir untuk mendapatkan keterangan dan Amir mengesahkan blog Adinda Evans itu adalah blog Viral yang dicipta oleh kakitangan Obefiend Network bagi mempromosikan filem Aku Dah Maen.
"Ye saya mengaku blog Adinda Evans itu hanya sebuah blog viral marketing untuk filem pertama saya yang bakal muncul iaitu Aku Dah Maen. Filem ini sebenarnya adaptasi buku The Scarlet Letter dan saduran filem Easy A lakonan Emma Stone. Saya cukup berbangga pihak Obefiend Network yang ditugaskan mencipta hype bagi filem saya ini berjaya melakukan tugas mereka! Oh jangan lupa layan filem Aku Dah Maen nanti di pawagam ok"
Aku dah Maen , seperti filem Easy A mengisahkan pengalaman seorang remaja di sekolah setelah muncul gossip beliau bukan lagi dara. Jika Scarlett Letter dan Easy A dibuat dari perspektif seorang wanita, Aku Dah Maen dibuat dari perspektif pelajar lelaki. Amir memberitahu gambar Adinda Evans itu sebenarnya diri beliau yang dimekapkan. Dia memainkan watak seorang lelaki dan wanita pada waktu yang sama.

Bila ditanya apa pendapat beliau tentang komen melampau yang ditinggalkan di belog Adinda Evans Amir berkata;
"Ini lah point filem Aku Dah Maen. Nak menunjukkan dan membuka pekung bangsa Melayu kita yang suka menghukum tanpa usual periksa. Dalam filem ini ada kami paparkan masalah Melayu suka sangat mengherdik dari mengajar. Lepas tu perasan diri mereka ahlil syurga pada masa yang sama guna perkataan kesat. Filem Aku Dah Maen mungkin sebuah komedi tetapi ianya komedi berat penuh dengan makna tersirat"

Idea asal DR BONG

Laporan khas Juber
You allz pasti ada mendengar berita gempar semalam yang Paris Hilton sudah memeluk, mendakap dan merangkul ugama Islam semalam. Puteri Sextape US dan wanita yang pernah diundi sebagai selebriti paling jelek ini dilaporkan menukar ugama kerana inginkan anjakan paradigma didalam hidupnya. Beliau sudah bosan pakai baju 3 suku bogel dan menjadi bahan ketawa blog gossip. Juber sempat mendapatkan temubual ekslusif bersama dengan saudari baru ini melalui temubual FACETIME. Apa you allz ingat Juber jual bontot beli iPhone 4 lepas tu tak nak guna Facetime kewww? Nak menunjuk ada iPhone jewww kewwwww. Ahaks
Juber - Assalamualaikum Paris, apa khabar dan selamat masuk Islam
Paris Hilton - Waalaikum Salem ...... terima kasih kerana sudi menemuramah saya
J - Salam lah bukan SALEM. Bodoh punya betina!
PH - Oh ya kah? Maafkan saya. Masih belum biasa. Selalunya kalau orang menegur saya balas dengan "That's hot". Kini tak boleh lagi.
J - Dah masuk Islam ini tak tukar nama kah Cik Hilton?
PH - Dah ada perancangan nak menukar. Saya ada beberapa nama dalam senarai pendek. Antaranya Dubai Jumairah Abdullah. Saya pilih nama Dubai kerana ianya sama taraf dengan Paris dan Palm Jumairah ialah hotel 7 bintang yang lebih classy dari Hotel Hilton milik keluarga saya sendiri.
J - Kalau macam tu boleh saya bagi beberapa idea nama yang lebih sedap?
PH - Silakan saya sedia terima tunjuk ajar
J - Saya rasa nama Rusila Rasa Sayang lebih sedap kerana Rusila kubu kuat PAS dan PAS itu sangat Islamik di negara saya. Rasa Sayang pula ialah nama Hotel yang best di Malaysia. ianya juga classy macam Hilton.
PH - Eh sedap juga nama you bagi tu. Nanti saya ke Jabatan Kemajuan Islam California untuk daftarkan nama itu. Memang lagi sedap dari pilihan asal saya Dubai Jumairah
J - So cik Paris, kenapa nekad masuk Islam. Bukankah di US agama Islam kini ditentang habis-habisan
PH - Saya masuk Islam kerana saya nampak ada potensi lebih besar untuk kembangkan brand name saya
J - Eh masuk Islam untuk kembangkan brand name bukan kerana kesucian agama?
PH - Oh kamu tak tahu ke? Di negara Barat SEMUA ORANG dah muak dan mual dengan perangai show off saya. Brand Paris Hilton saya sudah tercemar. Tiada investor baru sudi menyelamatkan bisnes saya yang dah macam Titanic. The only way untuk selamatkan harta saya ialah dengan rebranding dan reinvent diri saya selagi masih laku
J - Saya.. saya tak paham. Sila terangkan
PH - Beberapa bulan yang lalu perunding imej saya ada bercerita tentang Gelombang Maher Zain. Dia cakap orang Islam sekarang suka artis dan celeb yang Islamik. Saya buat kajian dan dapati market untuk pengeksploitasian imej berimej Islam ini masih terbuka luas. Setakat ini tak ada artis wanita benar-benar Islamik dan saya mahu gunakan peluang ini untuk membuat duit sebanyak mungkin dengan mengeksploitasikan kenaifan orang Islam. Terutamanya sekali orang Malaysia.
J - Eh itu negara saya. Kenapa awak cakap macam tu pasal negara saya. Tak baik noksssss
PH - Ini fakta. Saya hanya perlu cakap dalam bahasa melayu dua tiga patah kemudian cakap "saya sayang Malaysia" dan terus berpusu-pusulah orang Malaysia yang akan meminati saya. Lagipun tahun lepas bila saya kensel lawatan saya ke KL ramai teman TWITTER yang terkilan. Kali ini kalau saya ke KL sebagai saudari baru mesti lagi ramai yang sudi menyambut.

J - Ok ok.. fine. Mari tukar topik. Bagaiman dengan fesyen? Bolehkah cik Paris biasakan diri dengan imej muslimah?
PH - Tiada masalah. Saya lihat di Malaysia sekarang golongan muda taksub dengan imej HIJABSTER yang dipopularkan Yuna. Walaupun bertudung litup dia sangat fashionable. Saya juga perasan ada fesyen tudung Datuk Siti Nurhaliza. Kalau saya rimas bertudung litup saya pakai sahaja fesyen tudung hair net makcik kafeteria yang dipopularkan beliau. Kalau Juber nak tahu tukang masak saya Carla Espinoza sejak kecik lagi dah pakai fesyen macam Cik Siti awak. This is nothing new to me dan sebagai seorang fashionista berpangkat billionwati ianya bukan masalah besar.
J - Apa lagi pelan perancagang Cik Paris selepas ini
PH - Selain menyelamatkan brand name saya, saya rasa macam nak rakamkan album sekali lagi. Album saya yang dahulu dapat double platinum. Seperti yang saya katakan tadi orang Islam perlukan Maher Zain versi lelaki. Di Malaysia saya difahamkan Waheeda Wassini dah pencen. Masanya sangat sesuai untuk saya merakan album nashit saya sendiri.
J - Akhir sekali adakah Cik Paris nak tinggalkan pesanan kepada pembaca Harian Metroll di Malaysia?
PH - Ye.. sila buka minda anda dan jangan mudah percaya dengan berita internet, Just because it is on the internet it is not automatically true you know. Oh dan sila padam video lucah saya. Tak elok simpan video saudari seaagama yang macam itu. Sekian. Shalom Aleichem
J- Yagjemesh!
p/s : in case anda bebal. Berita Pris Hilton masuk Islam adalah palsu dan dilaporkan pada akhbar parodi online The Daily Squib. Kenapa la melayu ni bebal percaya mudah bebonar

Apek Senario Bakal Buka Spa Gemukkan Badan?
Juber dengar artis kontroversi Apek Senario bakal memnuka spa menggemukkan badan. Menurut sumber Juber Apek mendapat idea bernas ini setelah bosan dituduh kaki pipon kerana badannya yang kurus. Sumber Juber menambah lagi di Malaysia dah banyak spa kecantikan bagi melangsingkan badan. Tapi tak ada langsung untuk menggempalkan. Tak semua artis nak mahu kelihatan kurus. Dari perhatian Juber ada artis di Malaysia mahu kelihatan lebih gempal supaya nampak sihat dan tak serupa mat ganja gila pipon
Juber juga difahamkan Apek sudahpun menggambil beberapa rakan artis untuk dijadikan duta Spa memggemukkan badannya. Antara nama yang tersenarai pendek ialah Osman Kering , Zamani dan Amyza Adnan. Spa pertama bakal dibuka di sekitar Damansara seawal bulan Oktober
Juber - Nak kurangkan berat badan tapi tambahkan pahala di bulan puasa nanti.
Lagi Novel Popular Bakal di Adaptasikan
Selepas filem Aku Budak Setan mendapat sambutan memberangsangkan dipawagan, sebuah lagi novel popular tahun 90-an dikatakan bakal difilemkan. Pengurus Besar Tangkap Lentok Production semalam melakukan sidang media bagi mengumumkan adaptasi novel terkenal Permata Yang Hilang. Novel yang popular semasa Juber di tingkatan 3 ini bakal menampilkan pelakon-pelakon mula baru tak ada nama tapi berani dedah-dedah seperti Ezza Rianna Swedish , Fadhil Ronaldo dan Diana Nur Al-Yahudi (nama sebenar Lijah binti Endot). Pengambaran filem yang bakal membelanjakan RM 2 juta ini bakal bermula bulan hadapan dan ditayangkan sekitar bulan 5 semasa musim banyak orang menikah. Raja Azmi diberi kepercayaan untuk mengarah kerana pengalaman beliau mengarah filem dedah-dedah seperti Anu dalam Botol dan Black Widow sebelum ini.

Pengarah Urusn Tangkap Lentok , Din Glamer semalam menyanggah tohmahan yang filem Pertama Yang Hilang hanyalah filem softcore tanpa nilai seni.
"Ini semua silap. Pada dasarnya memang kelihatan novel ini macam karya lucah. Ada urut lelabah, ciuman Tapir dan henjutan Siamang Patani. Tapi subtext sebenar novel ini ialah tentang hubungan sesama manusia. Ini yang bakal kami tonjolkan diantara babak sondol menyondol dan jilat menjilat. Tapi jangan risau. Pada awal dan akhir filem kami bakal selitkan ayat-ayat suci bagi mengingatkan penonton tentang bahaya seks bebas. Kami yakin filem ini bakala memberikan kesedaran kepada masyarkat tenyang bahaya seks"
Pelakon pembantu Diana Mayang Sari bila ditemu ramah berkata
"I tak tahu berlakon tapi Abang Din Glamer hubungi saya di Facebook. Dia kata lepas filem ni saya mesti laku macam Sofea Jane selepas Perempuan Isteri dan Jalang. Bagi menyediakan diri untuk watak filem ini saya diberikan senaskah Permata Yang Hilang serta 40 klip 3GP terhangat"
Juber - Masih ketawa lihat aksi sodomi filem Jalang tempohari.

Hai You Allz! Juber kembali setelah lama menyepi!
Sejak kebelakangan ini ada trend dikalangan artis Malaysia untuk berniaga sebagai sumber pendapatan tambahan. Janda meletup Rozita Che Wan membuka perniagaan menjual bulu mata lentik tiruan. Sememangnya bula mata lentik bagai bulu ari-ari panda menjadi trademark Cik Rozita kita. AC Mizal pula menjual gelang tangan magnetiknya. Cik Siti Nurhaliza pula sudah ada produk kecantiakan berjenama Simplisiti. Rata-rata artis Malaysia sudah pandai mendiversifikasikan portfolio perniagaan dan revenue stream mereka. Baguslah begitu dan Juber turut bangga dengan usahawan-usahawan glamer kita!
Bercakap pasal berniaga, Juber ada dengar gossip panas berkenaan seorang pelakon wanita yang dulunya meletup tapi sekarang dicemuh. Semasa zaman popularnya dulu, beliau terkenal dengan imej ayu persis perempuan melayu terakhirnya. Kalau tengok drama swasta mesti pelakon inilah yang jadi heroine. Mana taknya, gandingan muka beliau yang cantik serta status pelakon air matanya membuatkan beliau popular. Tapi sejak kebelakangan ini, rezeki beliau mahal sangat akibat skandal yang kononnnya dia jadi pihak ketiga yang membawa kepada penceraian seorang pelakon wanita yang tak kurang comelnya.
Untuk menanggung kos sara hidupnya yang mewah si bekas pelakon wanita popular ini bercadang untuk menulis buku. Buku apa nak tahu? Mengikut sumber rahasia Juber si pelakon wanita kegemaran Professor Ehem ini bakal mengeluarkan buku cara-cara menyundal dengan suami orang. Kata sumber Juber lagi;
“Kau bukan tak kenal dia Juber. Memang pelakon tip top! Menang anugerah semua bagai. Sampai satu bumi Malaya tertipu ingatkan dia memang baik. Tapi sebenarnya luar set perangai buruk gila. Pasal itulah dia rasa dia nak tulis buku tentang cara terbaik rampas suami orang Juber! Memang dia arif betul dengan semua teknik yang ada. Sekarang bila tawaran lakonan tak ada dia tulis la buku nak buat duit lebih!”
Macam-macam betul artis kita sekarang dalam bab cari duit. Asalkan tak jual badan dia yang montok tu sudahlah. Lagipun buku tu tulisan diri dia sendiri dan bukan hasil plagiat macam Ex-Datin Natasha Hudson! Eh terlebih sudeyyyyyyyyy

JUBER : Nak jual buku cara jadi wartawan paling haram jadah dibumi Malaya boleh?

Minggu lepas Juber bercuti panjang sempena tahun baru. Kesempatan itu Juber gunakan untuk ke jemputan majlis kahwin yang banyak Juber terima. Ketika Juber sedang sedap melantak nasi minyak di majlis resepsi Serina Redzuan, Juber menerima gambar MMS dari seorang spy Juber. Tajuk MMS itu ialah “Pelakon kahwin gay dengan Dato’ di Las Vegas!” .Daging ayam yang sedang Juber kunyah hampir mencekik esophagus apabila terpandang gambar yang dilampirkan bersama MMS tersebut. Dalam gambar itu Juber nampak seorang pelakon lelaki berpangkat duda bercium molot dengan seorang Dato’ berpangkat besar dari sebuah parti popular. Setahu Juber Dato’ ini sudah beristeri tiga dan beranak pinak. Dato ini juga kerap digossipkan dengan artis-artis wanita cantik. Tahun lalu heboh satu Malaya apabila dia digosipkan dengan seorang pelakon air mata diva Malaya. Sedar-sedar hubungan itu tak kekal lama kerana diva airmata tadi tak sudi dimadukan. Si pelakon duda pulak kacak orangnya dan baru sahaja bercerai dengan isterinya tahun lalu. Mereka bercerai kerana tiada kesefahaman. Bandannya yang macho dan ketak-ketak menjadi idaman peminat. Tak sangka dia ada naluri gay!
Juber difahamkan perkahwinan sejenis dibenarkan di Las Vegas. Tapi seperti kita sedia maklum agama kita tak benarkan perkahwinan sejenis. Setelah puas melantak dan enterframe dengan Serina and suami kacaknya Juber terus talefon PR pelakon lelaki duda tadi.
“Eh X.. aku dapat MMS gambar boss engkau comolot dengan Dato L”
“Mana ada itu semua photoshop tu”
“Tapi engkau ada cakap kat aku boss engkau memang pergi Las Vegas minggu ni”
“Err.... dia kesana kerana urusan bisnes dengan err.... wakil media kami”
“Engkau coverline ke apa?”
“Mana ada Juber.. ini fakta Juber”
Sementara Juber siasat lebih mendalam Juber tunjukkan gambar yang Juber terima dulu. Korang tekalah siapa Dato dan pelakon yang Juber gossipkan disini. Minggu depan tunggu kesudahan cerita ini.
p/s : Dengar khabar Diva No 1 negara ke Tasik Dayang Bunting dalam usaha untuk buntingkan diri. Semoga sukses. Tapi rasanya bukan Diva tu yang patut pergi, sepatutnya suami kertu dia yang patut kena rendam sampai kembung dalam tasik tu.
