Tuesday, October 8, 2013

Metroll News - Pakaian Seragam Baru PDRM Diperlihatkan Hari Ini


Kuala Lumpur - Selasa - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi hari ini memperlihatkan kepada orang ramai pakaian seragam terkini Polis Diraja Malaysia. Pakaian seragam terkini PDRM kini lebih selamat untuk dipakai oleh anggota bertugas kerana ketahanan tembakan peluru berkaliber besar serta helmet tahan hentakan. Pengelanan pakaian seragam baru ini adalah langkah angresif Kementerian Dalam Negeri dan PDRM bagi mementang kadar jenayah yang tinggi terutamanya di kawasan bandar. Dalam majlis yang sama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata;

"Kita sering dengar anggota polis kita tercedera atau lebih teruk lagi terbunuh ketika memberkas penjenayah. Pihak Pakatan Rakyat pula kerap memarahi polis kerana menurut mereka kadar jenayah Malaysia yang tinggi . Dengan uniform dan kelangkapan lebih moden ini saya rasakan dua masalah ini dapat diselesaikan secara segera. Gaya seakan-akan Judge Dredd yang dipilih adalah sangat bertepatan dengan polisi tembak dahulu yang saya katakan semalam. Jangan beri muka pada penjenayah. Anggota keselamatan Malaysia harus lebih DREDD dari DREADING the criminals!

Buat masa ini tiada lagi perancangan untuk merubah nama Kuala Lumpur menjadi Mega City One ataupun menggalakkan anggota polis untuk sentiasa muka masam mencuka seperti tahan berak Karl Urban


Metroll News - Neil Patrik Harris Memeluk Islam : Kini Nik Farik Harris Abdullah


New York - Selasa - Pelakon komedi homoseksual ternama dan juga pelakon siri TV How I Met Your Mother dilaporkan memeluk agam Islam semalam. Laman sesawang Al Jazeera melaporkan semalam Neil Patrick Harris yang sebelum ini memeluk agama Kristian kini mahu dikenali sebagai Nik Farik Harris Abdullah. Nik Farik dikatakan mengucap dua kalimah syahadah di dalam sebuah majlis kecil-kecilan di Masjid Utama New York dihadapan Iman besar Sayyed Abu Bakeer.  Dalam temuramah beliau dengan Al Jazerra Nik Farik berkata beliau mula mempelajari agama Islam tahun lalu ketika bercuti di Kelantan.

"Ramai peminat tak tahu musim panas yang lalau saya sempat bercuti di Kota Bharu Kelantan. Di sana saya tertarik dengan gaya hidup penduduk Islam yang zuhud. Kesabaran mereka menempuh hidup yang sukar menginsafkan saya dan mereka sememangnya...... lagen.. tunggu sebentar da"

Berita Nik Farik memeluk agama Islam ini pastinya memberikan kebanggaan kepada masyarakat Islam terutamanya Melayu Islam Malaysia. Apabila ada seleb yang memeluk agama Islam mereka akan betepuk tangan dan like status Facebook macamlah selebriti muallaf ini akan membantu membebaskan Palestin dari tangan Zionis, mengurangkan beban saudara islam di Syria dan mempercepatkan perjalanan mereka di atas titian sirat di hari akhirat kelak. 

Sementara itu di bangunan Jabatan Kebajikan Islam Malaysia puluhan muallaf bukan selebriti tidak diraikan. Ramai yang dihalau oleh ahli keluarga kerana memiliha Allah dan bukan tuhan palsu mereka. Makan pakai mereka ditanggung JAKIM sementara kita sebok menyebarkan cerita seleb masuk Islam dengan bangganya macamlah kamu yang dapat saham.



Wednesday, July 31, 2013

Metroll News - Air Al Kalashnikov Dapat Mengebalkan Diri Anda Dari Tembakan


Kuala Lumpur - 31 Julai - Kes pembunuhan dan tembak menembak melibatkan pistol semakin meningkat di negara kita sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Beberapa hari yang lalu pengasas AMBANK ditembak mati di Kuala Lumpur dan polis percaya ianya bermotifkan perniagaan. Sebelum itu dua orang guru ditembak mati tanpa motif yang jelas

Oleh sebab itu Mikhail Yurionov, seorang pengusaha air yang berasal dari St Petersberg Russia menawarkan Air Al Kalashnikov ke pasaran Malaysia. Menurut Mikhail air Al Kalashnikov mampu memberikan kekebalan terhadap tembakan peluru 7.62 milimeter kepada peminumnya. Apabila ditemuramah wartawan Metroll pagi tadi, Mikhail berkata

"Saya menemui sarang anai-anai yang memakan jaket kalis peluru di sebuah kubu era Soviet berhampiran St Petersburg tahun lalu. Sebanyak 22 helai baju kalis peluru habis dimakan anai-anai ini. Saya terinspirasi untuk menapis air biasa melalui sarang anai-anai ini. Mungkin dengan izin Marx dan Lenin peminum akan kebal seperti jaket yang dimamah anai-anai"

Apabila ditanya sama ada beliau mempunyai bukti sains dan empirikal bahawa peminum Al Kalashnikov akan menjadi kebal Mikhail berkata

"Saya tiada bukti empirikal ataupun sains. Yang pasti peminum harus percaya dan berserah kepada Marx dan Lenin. Jika tidak cukup percaya peluru akan tembus. Kalau air Al Khadafi boleh dijual tanpa bukti yang kukuh masakan air Kalahsnikov tidak boleh melakukan perkara yang sama?"

Pihak pengusaha air Al Kalashnikov berkata jika jualan air ini berjaya mereka akan cuba memasarkan air Al Mikoyan Gureivich pula. Air Mikoyan Gureivich akan ditapis menggunakan sarang anai-anai yang memakan sebuah pesawat jet MIG 29. Mereka percaya air Al Mikoyan akan memberikan kekebalan dari serangan roket dan bom kepada peminumnya.



Thursday, April 18, 2013

Metroll News - DAP Diharamkan ROS : Umum Parti Dan Logo Baru Hari Ini


Kuala Lumpur - 18 April - Negara gempar apabila registrar of societies tidak mengiktiraf barisan pemimpin parti politik  DAP hari ini. Ini bermakna parti pimpinan Lim Kit Siang ini mungkin tidak dibenarkan untuk bertanding di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan berlangsung bulan hadapan. Bagi memastikan pucuk pimpinan parti dapat bertanding di dalam PRU yang akan datang, DAP hari ini mengumumkan akan mencipta parti DAP BARU yang menggunakan logo baru yang lebih abad ke 22. Pengerusi DAPBaru saudara Lim Kit Siang apabila ditemuramah wartawan Harian Metroll berkata;

"Kami memilih menggunakan logo baru di bawah kerana logo roket yang kami gunakan sebelum ini sudah ketinggalan zaman. Ianya mungkin futuristik pada dekad 60an tetapi kini ianya tidak lagi cool. Roket hanya mampu menghantar orang ke bulan tetapi untuk cabaran politik millenium baru, DAPBAru harus pergi melepasi sistem solar. Maka penggunaan kapal angkasa lebih sesuai dengan imej baru kami"




Sunday, November 18, 2012

Metroll News - Wajah Darwin Kelihatan Di Akuarium Pusat Sains Negara


Kuala Lumpur - Ahad - Perkarangan Pusat Sains Negara hari ini gempar apabila wajah menyerupai Charles Darwin ditemui pada sebuah permukaan tingkap akuarium berkenaan. Penampakatan wajah Darwin ini mendapat perhatian atheist seluruh dunia kerana ianya dipercayai bukti bahawa ajaran sains Teori Evolusi rekaan Darwin adalah benar.

Wajah Darwin ditemui pagi tadi oleh seorang pelawat. Pelawa ini yang hanya mahu dikenali sebagai Baharudin berkata;

"Saya dalam perjalanan pulang ke tempat meletak kereta apabila ternampak wajah seakan manusia pada cermin akurium Pusat Sains. Pada awalnya saya ingatkan ianya wajah Admiral General Aladeen dari filem The Dictator kerana janggutnya yang tebal tetapi apabila melihatnya semula dari kaca mata seorang Evolutionist nyata sekali ianya penampakan wajah Charles Darwin"

Para atheist seluruh Malaysia berkumpul beramai-ramai pada cermin tingkap Darwin ini untuk mendapatkan inspirasi. Ada yang berkumpul secara berkumpulan membaca buku On The Origin of Species dan ada juga yang menyanyikan lagu "Evolutions Made Us All".

Wakil Atheist Malaysia saudara Numa Numi apabila ditemuramah wartawan Metroll berkata 

"Kami menunggu pengesahan dari Professor Richard Dawkins bagi memastikan penampakan wajah Charles Darwin ini asli. Sementara itu pihak kami sudah menghubungi MOSTI bagi meminta cermin tingkap ini diserahkan kepada pergerakan atheist Malaysia untuk disimpan dan dijadikan objek suci"




Metroll Tech - Kerajaan Bakal Membuka MiS/KiN : Kedai Untuk Penggemar Peranti Apple

Putrajaya -Ahad- Kerajaan hari mengumumkan akan membuka Malaysia iDevice Shop/ Kedai iPeranti Nasional ataupun MiS/KiN bagi memudahkan rakyat kelas pertengahan membeli peranti Apple terkini pada harga yang berpatutan. MiS/KiN ialah salah satu cara kerajaan Barisan Nasional cuba memberikan bantaun kepada rakyat kelas pertengahan yang rata-ratanya tidak berpuas hari dengan belanjawan negara yang dibentangkan tidak lama dahulu. Di MiS/KiN peranti-peranti Apple yang terdiri dari iPod, iPhone, iMac dan iPad akan dijual pada harga yang disubsidi kerajaan. Menurut jurucakap pegawai Media Sosial MiS/KiN, Saudara Shibli Vision Jobs - pembukaan kedai kedai MiS/KiN akan memastikan peranti Apple yang dianggap mewah akan menjadi mampu milik untuk kesemua rakyat jelata. Ketika ditemu ramah oleh wartawan Harian Metroll di majlis pelancaran sebentar tadi, Saudara Shibli Vision dipetik berkata

  "Kita sedia maklum tiada yang lebih sempurna dari peranti mudah alih yang direka oleh Steve Jobs. Adalah menyedihkan kerana kekurangan wang, barangan yang sempurna dan terbaik seluruh cakrawala ini tidak mampu dimiliki kebanyakkan rakyat Malaysia. Kita sedia maklum Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Razak menggunakan iPad dan iPhone dalam kegiatan harian. Beliau sedari iDevice adalah penting bagi kemajuan negara and mengukuhkan lagi gagasan 1Malaysia"
  
Buat masa ini 10 buah kedai MiS/KiN akan dibuka di sekitar Lembah Kelang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Pekan Pahang. Lokasi 10 kedai ini dipilih bedasarkan kepadatan jumlah iFag dan Hipsters di sana mengikut bancian atas talian yang dilakukan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan beberapa bulan yang lalu. Setiap peranti Apple yang dibeli dari kedai MiS/KiN akan disertakan dengan koleksi foto Perdana Menteri , aplikasi 1Malaysia, E-Book "50 Dalil Pakatan Rakyat Adalah Agen Masonik" dan video "BERSIH Adalah Kotor Disokong oleh Soros". Kesemua aplikasi dan video ekslusif ini terbina dalam dan tidak boleh dimuat turun dari iTunes. Ini membuatkan kesemua peranti iDevice yang dibeli dari MiS/KiN secara automatis menjadi barangan keluaran khas dan beharga bagi rakyat Malaysia yang cintakan negara dan benci campur tangan kuasa luar Zionis. Sementar itu apabila disoal oleh wartawan kami tentang kemungkinan pembukaan kedai Android 1 Malaysia, Saudra Shibli Vision berkata dengan nada tegas.

 "Tidak mungkin. Android tak bagus kerana hanya meniru apa yang dibuat oleh Steve Jobs! 1Malaysia benci plagiat"
 
Related Posts with Thumbnails

Pagenumber