Wednesday, May 19, 2010

Trolling Remaja


Dr.Bong bersiaran langsung dari Mamak Darussalam
.
Kehadapan Dr.Bong,tahniah diucapkan atas kejayaan Dr.Bong menasihati ramai remaja bermasalah.Saya begitu kagum dengan cara Dr memberi nasihat dan menyelesaikan masalah-masalah remaja di Malaysia, jujur saya katakan, Dr telah menjadi idola saya sejak dahulu lagi (lepas Ustaz 'rebonding' pujaan saya cakap tak serupa bikin).Alangkah indah jika saya mempunyai teman lelaki seperti Dr yang berkarisma dan mempunyai wawasan, kacak bergaya, pendek kata Dr adalah ciri-ciri lelaki yang sekian lama saya impikan. Ramai pelawaan untuk menjadi kekasih saya tolak kerana Dr, bukanlah memilih atau sombong, tapi seperti yang saya katakan tadi, Dr.Bong lah satu-satunya lelaki pujaan saya.Jika Dr sudah berpunya pun adalah tidak menjadi masalah kepada saya untuk bergelar kedua mahupun ketiga hatta ke empat sekalipun asalkan dapat bersama Dr. Di harap Dr sudi membalas cinta murni saya ini.

Gadis Pencinta Lelaki Berhelmet Putih (Tuaran,Sabah)


Cilaka,tak pasal-pasal aku kena duduk atas meja mamak ni.kerusi tak muat nak tampung pembesaran punggung aku lepas ko puji-puji. Cik Pencinta,aku peduli apa ko pompuan ke laki ke,tapi ini ruangan tanya masalah,ko nak carik jodoh pegi masuk majalah Variasi,Mangga,URTV tak pun Majalah tahunan sekolah. malas aku nak layan cinta ko,geli ah.Ko nak tagih cinta pergi dekat Juber takpun si kacak Obefiend. takda masa nak layan cinta ko,Sabah lak tu. Jauh der.sebulan sekali belum tentu dapat geli-geli.cait!



Dr.Bong, saya baru memulakan kerja separuh masa di restoran berputar Kuala Lumpur, apa yang merunsingkan saya sekarang ini adalah ramai wanita yang datang bersama teman lelaki mereka menyimpan perasaan benci kepada saya. Baiklah,saya adalah bekas finalis Dewi Remaja,tempat ke 7 Miss Malaysia, top 5 Malaysia Most Beautiful,Top 5 Dreamgirl.perlu saya jelaskan kenapa mereka benci kepada saya?Jika Dr Bong masih bebal lagi,saya terangkan dengan lebih jelas.Rata-rata teman lelaki mereka akan beralih cinta selepas melihat saya.yang hendak melamar terus membatalkan lamaran mereka dan melamar saya,mana yang sudah berkahwin terus bercerai di restoran itu juga, yang sudah bercucu tak semana menjadi gagah walaupun ibu jari kaki sudah tiada gara-gara kencing manis dan macam-macam hal lagi. yang terbaru Perdana Menteri kita menyatakan hasrat ingin menjadikan saya isteri menggantikan isterinya sekarang. runsing saya memikirkan masalah ini,saya seronok bekerja di Restoran ini kerana saya menyimpan hasrat untuk membuka restoran saya sendiri kelak,di harap Dr dapat membantu atau memberi kata nasihat kepada saya.terima kasih Dr

Dewi Remaja 04 (rahsia,Kuala Lumpur)


Mati-mati tadi aku ingat Dewi Remaja tu komik macam Dewata Raya,Pedang Setiawan,Jengking Merah,Mutiara Naga,Misteri Naga,Chibimarukochan.ceit. Cik Dewi,dari dulu lagi memang aku anti dengan restoran tu,memang selalu buat orang runsing.ada sekali aku bawak gadis aku pegi dinner kat sana,sudu aku jatuh bawah,aku pegi ambik,angkat kepala,tengok meja aku da jadi lain.oh cilaka,main pusing-pusing camni lak restoran ni.sape tak runsing kan.bayangkan aku nak buat kejutan nak lamar gadis aku kan,ambik cincin dari bawah,TADDAAA!!.sekali tengok gadis da kat meja lain,depan aku lak muka macam Rosmah,tak ke haru. boleh buat gado woi.choiii.macam ni la,apa kata Cik Dewi kawen je dengan tauke restoran tu.kan senang.terus da ada restoran,takyah susah-susah nak pikir.buang masa aku je jawab soalan ko ni la,da la cakap aku bebal.kannina betul.mintak-mintak runtuh la restoran runsing tu.amin.



Rasa bersalah rasanya membuang masa Dr,tapi saya amat memerlukan jawapan dari Dr. Saya merupakan pelajar di sebuah universiti awam di ibu negara, apa yang bermain di minda saya sekarang adalah dalam dilema untuk memilih teman lelaki.saya adalah model sambilan.ramai photographer memilih saya untuk menjadi model mereka,dan tak dinafikan ada dikalangan mereka yang menaruh perasaan pada saya dan tidak termasuk rakan sekelas dan universiti saya. tapi saya meminati salah seorang tenaga pengajar di Uni ini,tapi dia sudah berkeluarga,patutkah saya meluahkan perasaan saya atau lupakan niat demi menjaga kebahagiaan Lelaki itu.terima kasih Dr Bong

Model Rupawan (Shah Alam,Selangor)


Asal sume surat dari gadis ni.haihhh...Cik Model, kalau setakat jadi model untuk photographer noob tu tak perlu la nak buat kenyataan kononnya cik ni model sambilan la ape la. selalu aku tengok yang kena upah dengan "PHOTOGRAPHER" ni semuanya hodoh-hodoh belaka.serious.pakailah 1Ds,5D markII,Nikon D3 atau D3X,Hassy mahupun kamera HD,takkan berjaya mengubah status anda menjadi Model Rupawan pun.editlah pakai Literoom,capture one pro mahupun Photoshop CS5,percayalah..realitinya,anda masih hodoh. Lagi satu aku nak sound kat yang baca ruangan ni,kalo-kalo ada yang bajet diri tu jurugambar,tolong ye,jangan upload gambar hodoh anda di flickr mahupun devianart,buat berat je woi.aku nak bukak 'melayu urban' jadi slow je.simpan je dalam pemacu keras sendiri,tak perlu kongsi dengan dunia.tolong ye.aku yang 'high' ni pun relax2 je simpan sendiri gambar hebat aku.ko punya soalan tadi malas aku nak jawab,ko pun da besar panjang.ada ke nak kacau rumah tangga orang,ko bajet fasha sandha la.blah.






Komik Troll #5

kena adil bro.. hentam bagi rata

Monday, May 17, 2010

Pelakon Tulis Buku Cara Menyundal?

juber

Hai You Allz! Juber kembali setelah lama menyepi!

Sejak kebelakangan ini ada trend dikalangan artis Malaysia untuk berniaga sebagai sumber pendapatan tambahan. Janda meletup Rozita Che Wan membuka perniagaan menjual bulu mata lentik tiruan. Sememangnya bula mata lentik bagai bulu ari-ari panda menjadi trademark Cik Rozita kita. AC Mizal pula menjual gelang tangan magnetiknya. Cik Siti Nurhaliza pula sudah ada produk kecantiakan berjenama Simplisiti. Rata-rata artis Malaysia sudah pandai mendiversifikasikan portfolio perniagaan dan revenue stream mereka. Baguslah begitu dan Juber turut bangga dengan usahawan-usahawan glamer kita!

Bercakap pasal berniaga, Juber ada dengar gossip panas berkenaan seorang pelakon wanita yang dulunya meletup tapi sekarang dicemuh. Semasa zaman popularnya dulu, beliau terkenal dengan imej ayu persis perempuan melayu terakhirnya. Kalau tengok drama swasta mesti pelakon inilah yang jadi heroine. Mana taknya, gandingan muka beliau yang cantik serta status pelakon air matanya membuatkan beliau popular. Tapi sejak kebelakangan ini, rezeki beliau mahal sangat akibat skandal yang kononnnya dia jadi pihak ketiga yang membawa kepada penceraian seorang pelakon wanita yang tak kurang comelnya.

Untuk menanggung kos sara hidupnya yang mewah si bekas pelakon wanita popular ini bercadang untuk menulis buku. Buku apa nak tahu? Mengikut sumber rahasia Juber si pelakon wanita kegemaran Professor Ehem ini bakal mengeluarkan buku cara-cara menyundal dengan suami orang. Kata sumber Juber lagi;

“Kau bukan tak kenal dia Juber. Memang pelakon tip top! Menang anugerah semua bagai. Sampai satu bumi Malaya tertipu ingatkan dia memang baik. Tapi sebenarnya luar set perangai buruk gila. Pasal itulah dia rasa dia nak tulis buku tentang cara terbaik rampas suami orang Juber! Memang dia arif betul dengan semua teknik yang ada. Sekarang bila tawaran lakonan tak ada dia tulis la buku nak buat duit lebih!”

Macam-macam betul artis kita sekarang dalam bab cari duit. Asalkan tak jual badan dia yang montok tu sudahlah. Lagipun buku tu tulisan diri dia sendiri dan bukan hasil plagiat macam Ex-Datin Natasha Hudson! Eh terlebih sudeyyyyyyyyy

dayum bodoh

JUBER : Nak jual buku cara jadi wartawan paling haram jadah dibumi Malaya boleh?

Sunday, May 16, 2010

BN Bantah Keputusan PRK Sibu


Laporan Obefiend Alex Anak Langkau Milan Landoh



Sibu,Ahad. Parti Barisan Nasional dijangkakan akan memfailkan bantahan terhadap keputusan PRK P 212 Sibu hari ini setelah kalah mengejut kepada parti DAP . Menuru sumber dalaman parti, pihak BN tidak berpuas hati dengan kekalahan mengejut di kawasan yang sememamngnya kubu kuat BN

“Kami yakin DAP menggunakan politik wang dan pengundi hantu didalam PRK kali ini! Keputusan diluar tabii ini ialah bukti kukuh penyelewengan mereka”

Apabila disoal wartawan Harian Metroll tentang bukti penyelewengan ini wakil BN yang enggan dikenal pasti berkata;

“Di setiap PRU dan PRK sebelum ini kami menggunakan politik wang dan pengundi hantu yang kami bawa dari kawasan lain. Dalam setiap pilihanraya ini kami menang besar dan berjaya mengalahkan lawan kami. Adalah mustahil untuk memenangi pilihanraya di Malaysia tanpa politik wang dan pengundi hantu! Oleh itu kami yakin sangatlah parti DAP menggunakan taktik lama kami untuk menang di Sibu! Ini tidak adil!”

Didalam pilihanraya kecil semalam, calon DAP Wong Ho Leng mendapat 18,845 undi manakala calon BN Robert Lau Hui Yew pula mendapat 18,447. Calon bebas Melayu sorang tu tak pedulik aku berapa banyak dia dapat pasal wang cagaran tak dapat balik. Secara rasminya DAP memang dengan majorti hanya 385 undian.


Pembaca Blog Parodi Marah Dengan Penulis


Laporan Obefiend Weiland

Kuala Lumpur- Ahad.Beberapa pembaca blog sampah Harian Metroll menyuarakan ketidakapuas hatian mereka terhadap SYZWN dan OBEFIEND kerana gagal mengemaskinikan blog mereka sejak kebelakangan ini. Menurut meraka Obe dan Wan pemalas anak anjing kerana membuatkan mereka tertunggu-tunggu keluaran entry terbaru blog ini.

“Saya bukan marah tapi kalau saya dah langgan secara RSS dan baca dari muka 1 saya mahukan update secara regular. Bukan sekali sebulan. Apa ke pemalas penulis blog ni! Baik tak payah bukak blog cenggini”

Bila Obefiend menebual dirinya sendiri tentang masalah kelewatan update Harian Metroll beliau menjawab

“Terima kasih Obefiend kerana menemuraha diri saya sendiri. Pertama sekali blog ini blog percuma tanpa bayaran ataupun cengkeram. Saya dan Wan pun menulis ikut mood. Kalau ada mood aku tulis. Kalau takde baca la blog lain!”

Sementara itu SYZWN a.k.a Doktor Bong bila ditemuramah pula berkata

“Mamak jom Effi.. jom mamak... jom main PS2.. lama dowh tak jumpa kau pukimak!”

Diharap entry garapan malas ini dapat mengubat ketagihan anda pada nukilan sampah tidak berkualiti di Harian Metroll.
Related Posts with Thumbnails

Pagenumber