Tuesday, January 25, 2011

Mawi Bakal Muncul Dengan Imej Baru

Laporan Effi Saharudin

Felda Taib Andak - 25 Januari 2011 - Penyanyi program realiti Akademi Fantasia, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi bakal muncul dengan album terbaru beliau Terima Kasih Allah bulan hadapan. Mawi yang lama menghilangkan diri dikatakan bakal muncul dengan imej baru bagi mensesuaikan diri dengan kehendak meleis semasa. Ketika ditemubual wartawan Harian Metroll semalam, Mawi sempat menceritakan konsep album terbaru beliau;

"Konsep album Terima Kasih Allah adalah sama dengan album saya yang lain cuma yang berubah ialah imej saya. Jika dulu saya sinonim dengan kepala botak. Kali ini saya akan memakai beret dan menukar nama kepada Mawi Zain. Tujuaannya supaya dapat menarik semula semua fangirls saya yang berambos setelah kehadiran Maher Zain. Saya yakin golongan penggemar nasyid wanita pasti akan tergerak untuk membeli album saya kerana kini saya ada muka macam Maher Zain"

Bila ditanya sama ada beliau selesa mengambil imej penyanyi dari Sweden berketuranan Lebanon itu, Mawi menunjukkan kami gambar dibawah




"Siapa tiru siapa sekarang? Saya memang dari dalam AF pakai topi beret. Tapi pihak MAESTRO cakap rambut botak sedang hot kerana pada ketika itu Justin Timberlake pun rambut botak. Saya dinasihatkan supaya menjadi Justin Timberlake versi HALLALAN TAYYIBAN JAKIM APPROVED. Pasal tu saya botak. Secara ikhlasnya saya tahu Maher Zain yang tiru imej asal saya! Jadi tak salah saya pula tiru gaya dia!"

Album Terima Kasih Allah bakal diedarkan MAESTRO Record bulan hadapan dan lagu yang dijangka hit ialah Tolong Ingatkan Aku Solat. Lagu ini ialah lagi duet diantara Mawi Zain dan Ana Raffali.


10 comments:

Southern-Girl said...

weh...selama ni comment kat blog ni ada word verification ke? (apsal aku tak pasan...?)

anyway.. yang last tu gambor maher zain eh? yang pakai kot itam tu..?

Apsal mcm chris daughtry?

eszol said...

Mawi yang lama menghilangkan diri dikatakan bakal muncul dengan imej baru bagi mensesuaikan diri dengan kehendak meleis semasa.

when i first read this,i tot mawi going to wear supra n skinny

lolololol

congrats 4 d awakening of HMet

Fadhil said...

...lagu yang dijangka hit ialah Tolong Ingatkan Aku Solat. Lagu ini ialah lagi duet diantara Mawi Zain dan Ana Raffali.

hahaha~ xD

red army said...

demmit. i keep rolling on the floor.

LOL

Along Usop said...

"Saya yakin golongan penggemar nasyid wanita pasti akan tergerak untuk membeli album saya kerana kini saya ada muka macam Maher Zain"

sekali bace ingatkan "akan tergelak untuk membeli lah tadi.. lol!

ruffey said...

*pengsan*

lolololololol

Anonymous said...

aku xblh tgk muke dia ni. alergik. obe, len kali tlg blurkn sket muke dia sblm post eh! :P

zaty hanyut said...

*adoii , i cant stop laughing ...

SiLabiLabi said...

serioushit hahaha..

memang harian membiol lagi lah...hahahaha..

lawak ar entry nie

IKLAN FREE & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
& JariPlastik

LabiLabi da follow kamu

Wyna Nubies said...

As Salam,

hatoii!tolong ingatkan aku solat,.xleh blah..haha~

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber