Friday, January 28, 2011

Selepas INTERLOK , Lagi Badan NGO Mahu Silibus Sekolah Dipinda

Laporan Effi Saharudin

Kuala Lumpur - 28 Januari- Selepas isu novel INTERLOK selesai dengan pindaan dilakukan keatas novel tulisan Datuk Abdullah Hussein , timbul lagi isu baru. Hari ini pihak Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Malaysian Hokkien Association (MAHAI) pula menyerahkan memorandum supaya silibus sejarah sekolah menengah Malaysia dipinda bagi menjaga hati komuniti Cina dan Melayu. Persatuan PERKASA meminta supaya fakta sejarah yang menunjukkan pembesar Melayu mudah ditipu, suka tikam belakang, lemah dan membeloti amanah rakyat Malaya dengan bersekongkol dengan pihak British ditukar. MAHAI pula mahukan fakta pendatang dari China kaki candu dan ahli kongsi Gelap Geehin serta Haisan juga dipinda kerana memberi imej rasis kepada orang Cina yang menetap di Malaysia sekarang.

Menurut jurucakap gabungan PEKASA MAHAI, jika Kementerain Pelajaran boleh mengubah sejarah dengan meminda isi kandungan INTERLOK bagi memadamkan kewujudan sistem kasta pariah dalam komuniti India yang memalukan,kenapa pula tidak dipinda juga sejarah memalukan bangsa Melayu dan India?

"Adalah tidak 1Malaysia jika bangsa India sahaja dibenarkan meminda sejarah serta fakta semata-mata mahu menutup kemaluan lampau. Kami PERKASA MAHAI mahukan keadilan dan kesamarataan supaya prinsip 1Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib ditegakkan. Kami PEKASA MAHAI mahukan sejarah memalukan bangsa Melayu dan Cina juga diubah supaya tidak menimbulkan pergeseran diantara kaum dimasa hadapan!"

Antara fakta yang mahu diubah oleh PEKASA ialah sejarah pembesar melayu yang bergaduh di Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Ini menurut mereka memberi kesan psaikologikal yang bangsa Melayu tidak muafakat dan kaki berantakan sejak dahulu kala. Di dalam situasi politik sekarang dimana Melayu terbahagi kepada penyokong BN dan PR, adalah tidak wajar keberantakan Melayu diingati oleh anak bangsa Melayu modeb. MAHAI pula tidak mahu komuniti cina dilhat sebagai tahi dadah dan kongsi gelap.

"Itu gangster punya celita balang lama mah! Sikalang gangster tidak wujud lagi. Itu gangster macam Chan Ho Nam sama Chicken hanya wujud dalam wayang gambar saja. Jika diajar disekolah, anak muda cina semua mahu jadi kaki ganja dan join kongsi gelap 8811 punya. Ini tidak elok mah!"

Pihak Kementerian Pelajar enggan mengulas tetapi sumber dalaman yang enggan dikenali memberitahu wartawan Harian Metroll

"Semua nak ubah ni ada apa hal? Esok NGO Iban pula bantah teks sejarah katakan orang Iban kanibal. Minggu depan NGO Sikh bantah kata kenapa tak cukup sejarah Sikh dalam buku teks pulak. Semua NGO ini sila pergi mampos!"



14 comments:

shubhi said...

FIRST!

neo-con said...

'PERKASA SOHAI' winrar la lu bhai

CremeBrulee said...

Harus juga ditukar fakta bahawa Sultan pertama Melaka asalnya penganut Hindu.

By the time you know it, Malaysialah tempat asalnya Islam, dan sebenarnya Malaysia merupakan syurga di dunia selama ini. Alang-alang mahu tukar sejarah, buat gempak sikit.

Word Verification: intedow. Google pun buat lawak pasal ini issue.

nabil said...

lu mmg kurang hajar..hahaha
serius fakta ni weh.patut biar NGO2 tu tgk bende2 ni.bg diorg pikir sikit.

apsl sejarah tu fakta ke cerita semata?bodoh punya NGO.

Tp part PERKASA SOHAI tu mmg winrar la.hahahaha

skitz said...

Malaysian Hokkien Association (MAHAI)

HAHAHAHAHAHA!!!!!!!

En AL said...

habisla..psni malaysia asalnya orang amerika yg duduk...hehhehe....

Helmi said...

nak 1malaysia..senang cite tukar la sejarah tu cite pasal sejarah doremon ke naruto ke dragonball ke..takde sape terase..

Anonymous said...

sejarah ni adalah fakta lampau yg sahih serta benar, dimana menjadi pengajaran untuk generasi sekarang untuk membentuk satu generasi yg cemerlang pada masa hadapan.. tidak kisah nampak buruk ke lawa ke sesuatu fakta terbabit, ia tetap dikira sejarah dan pengajaran bermakna..
ahli sejarah terkemuka pernah berkata,sesiapa yg x belaja sejarah, ia ada can utk mengulanginya... camna 1MALAYSIA nk jd kalo sejarah x blaja...? xkan kte nk ulangi zaman perpecahan suatu ketika dahulu? sejarah la yg akan mmbantu kte.. mereka yg ingin mempertikaikan bende nie sumenya fail sejarah time skola dulu.. bongok...

JePh said...

semua nak tukar.. kah kah kah!!

hazim2gaban said...

nak tukar sejarah??

chantekk lah camni belaja tah pape...

huhh..

Anonymous said...

ikotkn sgt la derang ni ha... sejarah mna bole tukar budus! tetiba nk sensitif kecut! oi! kalu rase2 over emotional tuh, gi dok indon sana.

Spetsnaz said...

kata je penduduk asal malaysia ni harimau malaya.gerenti semua setuju

Anonymous said...

Cilakak...menyesal siot jual DVD Young And Dangerous aku, tak dapat tengok balik..

Wyna Nubies said...

Sejarah tidak boleh diubah tapi boleh dipalsukan..

ITULAH YANG TERJADI SEKARANG..
PADA SEJARAH TANAH MELAYU.. hee~

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber