Friday, December 16, 2011

300 Penggiat Seni Punk Acheh Mohon Suaka Politik Di Malaysia


Johor Bahru - Jumaat - Pihak Polis Marin Johor semalam berjaya memintas 10 buat bot dan menahan kesemua anak kapal yang terdiri dari penggiat musik punk yang melarikan diri dari provinsi Acheh. Dalam kejadian dua pagi tadi, seramai 300 orang pelarian muzik ini ditahan lebih kurang 30 batu nautika dari pesisiran pantai Batu Pahat. Selepas ditahan kesemua pendatang tanpa izin ini mengaku berlayar ke Malaysia untuk mendapatkan suaka politik. Mereka mendakwa terpaksa menjadi pelarian kerana tidak mahu ditahan hanya kerana mengamalkan cara hidup punk. Baru-baru ini pihak berkuasa Acheh menahan 60 orang penggiat seni Punk di Acheh kerana merasakan cara hidup mereka tidak sesuai dengan cara hidup Islam. Kesemua yang ditahan dibotakkan kepala mereka dan ditahan selama 10 hari bagi menjalani sesi pengisian rohani.

Komandernya Polis Marin , ACP Zainul Abidin Hassan berkata

"Hasil pemeriksaan terhadap PATI yang ditangkap di dalam operasi mendapati kesemua 300 orang daripada mereka, 230 lelaki dan70 wanita tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. Ketika ditahan flotilla 10 bot mereka mengibarkan bendera "Punk Belum Bisa Mati"

Wartawan Metroll sempat menemuramah salah seorang pelarian muzik dari Acheh yang hanya mahu dikenali sebagai Sidirman Vicious.

"Kami ga ma ditahan pihak berkuasa Adcheh kerna pilihan muzik kami. Kami tahu di Malaysia tiada prejudis terhadap muzik Punk dan pihak kerajaan Malaysia benarkan golongan muda mendengar apa sahaja walaupun muziknya jelek seperti Justin Bieber dan K-Pop. Kami hanya mahu kebebasan pak. Itu aja"



Sunday, July 24, 2011

Metroll News - Anwar Ibrahim : Kerajaan Belanja RM70 Juta Untuk Hasilkan Kesan Khas Video Lucah dan Bersih


Laporan asal Astro Jebat

Kuala Lumpur - Ahad - Pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan mengejutkan yang menuduh kerajaan Barisan Nasional membelanjakan RM70 juta untuk membayar syarikat kesan khas terkenal Weta Digital bagi menghasilkan video dakyah mereka. Saudara Anwar turut mengatakan video lucah Carcosa Seri Negara serta video BERSIH yang diambil polis kedua-duanya telah ditambah kesan khas bagi merosakkan imej "Hadiah Tuhan Kepada Malaysia" beliau serta pergerakan BERSIH. Ketika sidang media tergempar di rumah beliau di Damansara, Anwar menunjukkan bukti 3 salinan invois dari Weta Digital bagi mencipta watak komputer 3D yang menyerupai beliau untuk video lucah. Untuk video BERSIH pula Weta diarahkan supaya mengurangkan jumlah peserta demo 9 Julai yang lalu dengan menggunakan teknik lukisan Matte.

"Kita semua sedia maklum Weta Digital mampu menghasilkan watak Gollum kelihatan hidup didalam trilogi Lord of the Rings. Mereka digaji untuk membuat watak 3D saya dan kemudian menganimasikannya melakukan hubungan seks dengan sebuah lagi watak 3D. Sebab itulah sehingga sekarang pihak PDRM masih tak dapat menjumpai amoi didalam video tersebut. Saya memperolehi bukti ini menerusi orang dalam yang bekerja didalam pejabat Perdana Menteri"

Menurut saudara Anwar beliau berjaya menyeludup keluar 7 kotak bukti berisi invois, storyboard , skrip , lukisan konsep , Maquette dan video dibelakang tabir pembikinan kesan khas bernilai RM70 juta tersebut. Anwar juga enggan memberitahu siapa yang memberikan beliau maklumat rahsia ini dan dimana 7 buah kotak bukti ini disimpan. Apabila disoal beberapa kali Anwar hanya mampu menjawab

"7 kotak berisi bukti pembikinan kesan khas ini saya sorokkan bersama 7 buah kotak bukti salah laku rasuah para menteri yang saya pernah katakan ketika Reformasi 1998 dulu. Seperti bukti kukuh lagi sahih yang dulu, saya simpan buat perkasam dan hanya akan menyerahkannya kepada pihak berkuasa apabila tiba waktu yang sesuai"

Tuduhan baru Anwar ini disambut hilai ketawa pemimpin Barisan Nasional dengan Tun Dr Mahathir dengan sinis menjawab di lawan Twitter beliau;

"They can make Avatar. So they can fake 911. This is true. They can make Gollum look photo realistic but they can't make fake naked Anwar. I know this because I tried"




Komik Troll #20 - Pengganti Amy Winehouse Ialah?


Friday, July 22, 2011

Metroll Sports - Saya Dilontar Kippah , Menorah dan Bagel Semalam : Yossi Benayoun


Laporan Zainal Abidin Temerloh



Bukit Jalil - Khamis - Pemain tengan pasukan Chelsea berbangsa Israel Yossi Benayoun hari ini menyalahkan penderaan perkauman (racial abuse) keatas kesangapan permainan beliau ketika menentang pasukan negara semalam. Yossi yang hanya bermain selama 45 minit semalam mengaku tertekan dengan laungan BOO yang berpanjangan dari peminat bolasepak Malaysia. Beliau yang lebih selesa dipuji oleh peminat tak boleh terima kenyataan beliau bermain tidak baik kerana beliau sememangnya suck lalu menyalahkan ejekan kuat seluruh stadium keatas kebebalan beliau;

"Saya cuba bermain dengan sebaik mungkin tetapi tak mampu untuk perform kerana asyik kena boo. Apa yang berlaku semalam jelas sekali sebuah penderaan perkauman dari penyokong Malaysia yang sungguh Avraham Ben Ali. Ketika mengambil sepakan sudut saya dilontar Kippah , Menorah dan roti bagel! Ini adalah sama seperti melontar pisang kepada pemain yang berketurunan Afrika! Anti Semitism! Anti Semitism!"

Rakan sepasukan beliau Fernando Torres, yang juga rakan Judas Liverpool beliau turut sama menyalahkan penderaan perkauman keatas kesangapan taraf permainan beliau. Torres, seperti Yossi hanya bermain selama 45 minit sebelum digantikan oleh Didier Drogba. Dalam separuh masa pertama Torres gagal menyudahkan 3 peluang keemasan didepan gol kerana kegigihan pemain Kelantan Daudsu yang berjaya mengekang penyerang termahal liga perdana Inggeris ini. Torres ketika ditemurah oleh wakil Metroll menuduh dirinya dilontar Taco , Tortilla ,Paella dan Nando Chicken. Ini dari pandangan Torres adalah rasis dan terang sekali ianya Anti-Spanishism!



Wednesday, July 20, 2011

Metroll News - Anugerah Sastera Dewan Bahasa Pustaka 2011 : Utusan dan Buletin Utama Pemenang Karya Fiksyen Terbaik


Laporan asal Effi Saharudin

Kuala Lumpur - Rabu - Setiap tahun penulis seluruh Malaysia ternanti-nanti senarai penerima anugerah penulisan Dewan Bahasa dan Pustaka yang amat berprestij. Senarai pemenang tahun ini dikeluarkan pihak Dewan Bahasa Pustaka dan beberapa nama yang cukup tersohor dalam dunia penulisan melayu negara seperti yang telah dijangka memenangi kategori masing-masing. Sebagai contoh Ridhuan Tee dari Kumpulan Utusan memenangi karya cerita pendek terbaik bagi karya beliau "Super Kiasu Bakal Mengkafirkan Bangsa Kita". Kemenangan Ridhuan Tee ini memang sudah dijangka kerana karya magnum opus beliau untuk kolum mingguannya di Mingguan Malaysia adalah jauh lebih fictional dari karya sulung Khairul Nizam Bakeri bertajuk Pecah. Selain daripada itu dalam kategori cerita pendek kategori humor pula dimenangi Pang Chin Fei dari Buletin Utama untuk karya menggeletek diafragma beliau "Peserta BERSIH Diberi Ganjaran RM200 Sertai Demo Jalanan".

Bagi kategori Penulisan Siasatan dan Berfakta Terbaik pula dimenangi Jamal Ali dari MASTIKA untuk karya penyiasatan sahih beliau "Peminat Black Metal Minum Air Kencing Setan dan Makam Kitab Torah Bagi Naikkan Tahap Kesetanan". Kategori Penulisan Gossip Terbaik pula dimenangani oleh Juber dari Harian Metroll untuk karya "Rebecca Black Masuk Islam" yang kami terbitkan beberapa bulan yang lalu. Selain daripada itu penulis kami Aman FirDOS juga menerima Anugerah Penulisan Teknologi Terbaik untuk karya "SKMM Sekat Laman Wikipedia". Walaubagaimanapun ada beberapa calon yang tidak berpuas hari apabila mereka gagal memengangi apa-apa anugerah. Sebagai contoh Papagomo berang kerana gagal memengangi Anugerah Analisis Politik Terbaik. Beliau yang ditemui wartawan Metroll sempat berkata;

"Sialan DBP... macamana aku boleh kalah? Takpe korang semua sombong tak mahu iktiraf aku. Nasib baiklah aku tiap-tiap bulan dibayar RM30K untuk menulis. Lepas majlis ini aku minum 6 pint Guiness untuk tenangkan hati aku"




Metroll News - Paus Enggan Berjubah Kuning Bukti Paus Iktiraf Kepimpinan Dato Seri Najib


Laporan asal Kamarudin Maple

Vatican - Rabu - Kehadiran Perdana Menteri tercinta kita ke Vatican tempohari disambut dengan mesranya oleh Paus Benedict XVI membuktikan Paus mengiktiraf corak pemerintahan Dato Seri Najib yang telus. Tidak seperti pertemuan Perdana Menteri bersama Ratu England tempohari, Paus Benedict kemas berjubah putih salju dengan salib bewarna emas. Tiada langsung warna kuning kotor yang melambangkan ketidak syukuran golongan minoriti rakyat Malaysia yang termakan tohmahan Pakatan Rakyat. Kunjungan yang disambut baik Vatican ini juga menutup segala spekulasi kotor yang kononnya kerajaan Malaysia berimej buruk dimata ketua segala penganut Katolik dunia. Tohmahan melulu yang kononnya penganut Katolik dihalang dari melakukan ibadah fardu CHRISTFAYAH di Malaysia ternyata meleset. Malahan sambutan penuh mesra Bapa Suci menunjukkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib membenarkan kebebasan beragama di Malaysia. Dalam sidang media bersama selepas pertemuan selama dua jam mereka, Paus Benedict berkata;

"Sesungguhnya saya tidak memakai baju kuning seperti Ratu England kerana saya tak mudah dimakan tohmahan seperti ketua gereja sesat Churh of England itu. Saya berdoa istikarah didepan makan Santo Paul malam tadi dan saya menerima petanda dari tuhan yang Najib berkata benar. Jika tuhan sendiri memberi tanda ini kenapa pula saya harus membaca berita yang ditulis oleh media arus perdana yang memang sah dipengaruhi Zionis. Tahukah anda merekalah yang membunuh Jesus Al Masih ketika baginda hidup dulu? Pantang saya sebagai Katolik beriman menerima fitnah dari media kaum yang terkutuk ini!"

Di Majlis yang sama Paus Benedict meminta penganut Katolik Malaysia supaya tidak menentang kepimpinan Dato Seri Najib. Mereka wajib mendengar apa yang disarankan beliau kerana beliau ketua agama. Kalau mungkar nanti berdosa besor.

"Janganlah kamu semua keras kepala dan memberontak macam Martin Luther dahulu. Kerana beliaulah penganut Kristian berpecah belah seperti sekarang. Ingatlah pada sejarah lampau. Meniru langkah si Protestan Martin Luther adalah tidak bagus untuk penganut Katolik sejati. Amen"



Related Posts with Thumbnails

Pagenumber