Friday, December 16, 2011

300 Penggiat Seni Punk Acheh Mohon Suaka Politik Di Malaysia


Johor Bahru - Jumaat - Pihak Polis Marin Johor semalam berjaya memintas 10 buat bot dan menahan kesemua anak kapal yang terdiri dari penggiat musik punk yang melarikan diri dari provinsi Acheh. Dalam kejadian dua pagi tadi, seramai 300 orang pelarian muzik ini ditahan lebih kurang 30 batu nautika dari pesisiran pantai Batu Pahat. Selepas ditahan kesemua pendatang tanpa izin ini mengaku berlayar ke Malaysia untuk mendapatkan suaka politik. Mereka mendakwa terpaksa menjadi pelarian kerana tidak mahu ditahan hanya kerana mengamalkan cara hidup punk. Baru-baru ini pihak berkuasa Acheh menahan 60 orang penggiat seni Punk di Acheh kerana merasakan cara hidup mereka tidak sesuai dengan cara hidup Islam. Kesemua yang ditahan dibotakkan kepala mereka dan ditahan selama 10 hari bagi menjalani sesi pengisian rohani.

Komandernya Polis Marin , ACP Zainul Abidin Hassan berkata

"Hasil pemeriksaan terhadap PATI yang ditangkap di dalam operasi mendapati kesemua 300 orang daripada mereka, 230 lelaki dan70 wanita tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. Ketika ditahan flotilla 10 bot mereka mengibarkan bendera "Punk Belum Bisa Mati"

Wartawan Metroll sempat menemuramah salah seorang pelarian muzik dari Acheh yang hanya mahu dikenali sebagai Sidirman Vicious.

"Kami ga ma ditahan pihak berkuasa Adcheh kerna pilihan muzik kami. Kami tahu di Malaysia tiada prejudis terhadap muzik Punk dan pihak kerajaan Malaysia benarkan golongan muda mendengar apa sahaja walaupun muziknya jelek seperti Justin Bieber dan K-Pop. Kami hanya mahu kebebasan pak. Itu aja"



7 comments:

henry yamashita said...

hahaha,,,,macam haram...=P

tulispendekpendek said...

Vavi! hahahahahahahahahahaha. elok la tuh, punkers kt sini pn ada la temen seperjuangen

Unknown said...

mantap la obe. buat aku tergelak je pagi2 ni. kah kah kah

alto said...

mcm tungkik lah...bedekah siak aku...

Pengundi atas pagar said...

pulak dah....agaknya peristiwa Tsunami dah dilupakan begitu shj..Niat kerajaan Acheh adalah baik, nak denga lagu setan ke punk ke boleh...tiada sapa larang tapi kalau dh buat rambut mohawk pirate, tuh yg Acheh marah sangat...

alahai derang nie...

Wehrmacht Nation

Xeno said...

Jangan terkejut kalau mat2 ambik order kat kedai makan Kota Bharu dsb semua ada mohawk dan baju MISFITS. Mereka(lah) saudara se-punk kita.

Fahmi Ismail said...

'punk belum bisa mati'....kehkehkehkeh...kepala bana punya lawak

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber