Wednesday, July 20, 2011

Metroll News - Paus Enggan Berjubah Kuning Bukti Paus Iktiraf Kepimpinan Dato Seri Najib


Laporan asal Kamarudin Maple

Vatican - Rabu - Kehadiran Perdana Menteri tercinta kita ke Vatican tempohari disambut dengan mesranya oleh Paus Benedict XVI membuktikan Paus mengiktiraf corak pemerintahan Dato Seri Najib yang telus. Tidak seperti pertemuan Perdana Menteri bersama Ratu England tempohari, Paus Benedict kemas berjubah putih salju dengan salib bewarna emas. Tiada langsung warna kuning kotor yang melambangkan ketidak syukuran golongan minoriti rakyat Malaysia yang termakan tohmahan Pakatan Rakyat. Kunjungan yang disambut baik Vatican ini juga menutup segala spekulasi kotor yang kononnya kerajaan Malaysia berimej buruk dimata ketua segala penganut Katolik dunia. Tohmahan melulu yang kononnya penganut Katolik dihalang dari melakukan ibadah fardu CHRISTFAYAH di Malaysia ternyata meleset. Malahan sambutan penuh mesra Bapa Suci menunjukkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib membenarkan kebebasan beragama di Malaysia. Dalam sidang media bersama selepas pertemuan selama dua jam mereka, Paus Benedict berkata;

"Sesungguhnya saya tidak memakai baju kuning seperti Ratu England kerana saya tak mudah dimakan tohmahan seperti ketua gereja sesat Churh of England itu. Saya berdoa istikarah didepan makan Santo Paul malam tadi dan saya menerima petanda dari tuhan yang Najib berkata benar. Jika tuhan sendiri memberi tanda ini kenapa pula saya harus membaca berita yang ditulis oleh media arus perdana yang memang sah dipengaruhi Zionis. Tahukah anda merekalah yang membunuh Jesus Al Masih ketika baginda hidup dulu? Pantang saya sebagai Katolik beriman menerima fitnah dari media kaum yang terkutuk ini!"

Di Majlis yang sama Paus Benedict meminta penganut Katolik Malaysia supaya tidak menentang kepimpinan Dato Seri Najib. Mereka wajib mendengar apa yang disarankan beliau kerana beliau ketua agama. Kalau mungkar nanti berdosa besor.

"Janganlah kamu semua keras kepala dan memberontak macam Martin Luther dahulu. Kerana beliaulah penganut Kristian berpecah belah seperti sekarang. Ingatlah pada sejarah lampau. Meniru langkah si Protestan Martin Luther adalah tidak bagus untuk penganut Katolik sejati. Amen"



11 comments:

henry yamashita said...

betol ke tidak berita ni??..hahaha

rashideeshukri said...

kah kah kah kah kah. cilake Obe.

apasal tak buat parodi pasal Queen E pakai baju kuning hari tu?

hanafijaafar said...

to take up an oath, put your right hand on the kitab suci bibliografi NAJIB, say several prayers, and utter the oath loud and clear.

now, you´re good to go.

mat tom said...

hahahahaha bangang yg pcaya.. nice one obe..

Bxbo.Stinson said...

Heh, yang di atas MAHO. Bodoh sungguh engkau ni, sudah tentu lah benar. Itu Pope, beliau berjaga benar! #TrueStory

Azri the Accelerator said...

shialan aja!

aku tunggu ada tak yang nak bising dengan 'christfayah' dan 'jesus al-masih'

pex91 said...

ketua agama mereka?mean??haha

Clarence Edward said...

Dear Obe,

Ayam Catholic and ayam butthurt. Here +1 butthurt point to you.

azila said...

tp langsir mereka tukar warna kuning..
aku masih merasakan pope mahu berbaju kuning , tgk baju dia warna kuning yg telah diklorokkan..

Megat diktatorkejam said...

iye ke? asal macam bohong je berita ni hehee

flow said...

Aku baca nama Kamarudin Maple pun dah tergelak gelak macam anjing

Genius punya nama tu lmao

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber