Sunday, July 24, 2011

Metroll News - Anwar Ibrahim : Kerajaan Belanja RM70 Juta Untuk Hasilkan Kesan Khas Video Lucah dan Bersih


Laporan asal Astro Jebat

Kuala Lumpur - Ahad - Pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan mengejutkan yang menuduh kerajaan Barisan Nasional membelanjakan RM70 juta untuk membayar syarikat kesan khas terkenal Weta Digital bagi menghasilkan video dakyah mereka. Saudara Anwar turut mengatakan video lucah Carcosa Seri Negara serta video BERSIH yang diambil polis kedua-duanya telah ditambah kesan khas bagi merosakkan imej "Hadiah Tuhan Kepada Malaysia" beliau serta pergerakan BERSIH. Ketika sidang media tergempar di rumah beliau di Damansara, Anwar menunjukkan bukti 3 salinan invois dari Weta Digital bagi mencipta watak komputer 3D yang menyerupai beliau untuk video lucah. Untuk video BERSIH pula Weta diarahkan supaya mengurangkan jumlah peserta demo 9 Julai yang lalu dengan menggunakan teknik lukisan Matte.

"Kita semua sedia maklum Weta Digital mampu menghasilkan watak Gollum kelihatan hidup didalam trilogi Lord of the Rings. Mereka digaji untuk membuat watak 3D saya dan kemudian menganimasikannya melakukan hubungan seks dengan sebuah lagi watak 3D. Sebab itulah sehingga sekarang pihak PDRM masih tak dapat menjumpai amoi didalam video tersebut. Saya memperolehi bukti ini menerusi orang dalam yang bekerja didalam pejabat Perdana Menteri"

Menurut saudara Anwar beliau berjaya menyeludup keluar 7 kotak bukti berisi invois, storyboard , skrip , lukisan konsep , Maquette dan video dibelakang tabir pembikinan kesan khas bernilai RM70 juta tersebut. Anwar juga enggan memberitahu siapa yang memberikan beliau maklumat rahsia ini dan dimana 7 buah kotak bukti ini disimpan. Apabila disoal beberapa kali Anwar hanya mampu menjawab

"7 kotak berisi bukti pembikinan kesan khas ini saya sorokkan bersama 7 buah kotak bukti salah laku rasuah para menteri yang saya pernah katakan ketika Reformasi 1998 dulu. Seperti bukti kukuh lagi sahih yang dulu, saya simpan buat perkasam dan hanya akan menyerahkannya kepada pihak berkuasa apabila tiba waktu yang sesuai"

Tuduhan baru Anwar ini disambut hilai ketawa pemimpin Barisan Nasional dengan Tun Dr Mahathir dengan sinis menjawab di lawan Twitter beliau;

"They can make Avatar. So they can fake 911. This is true. They can make Gollum look photo realistic but they can't make fake naked Anwar. I know this because I tried"




20 comments:

Fadhil said...

Yang sebenarnya... kotak berisi bukti itu, ade 7 biji kesemuanya.

hanif said...

kotak tu , ezam.... mat kotak

Cikgu Kasim Gugel said...

amoi tu sekarang ada kat perelih tgh pekena shisha, tadi gua nampak dia tengah layan shisha sambey pekena dam aji. Nak tegoq segan.

Kenzo said...

anyone boleh bagi link original tun mahathir tweeter pls?

emak. bukan penari tiang said...

cmtu aku pun nak gak ah avatar muka aku versi 3D..tp upah puluh juta, terus kensel..

Jamaludin said...

Sapa percaya cakap Nuar. Org PAS & PKR je yg caya. DAP pun tak caya tapi mahu gunakan Anwar. Kaki pembohong, kaki kelentong, kaki jubo, kaki pukik dan macam2 kaki. Nak jadi salah sorang 4 saksi pun tak layak..

raremany said...

betul anwar saye setuju, sesungguhnye penipu2 tak layak berjudi, silap, diundi

raremany said...

maaf, silap name, jamaluddin sebenarnye

Hazwan said...

Blog OBE akan jadi macam Papa Gomo pani kah3

fix388995 said...

kenape korang ni macam percaya je harian metroll ni? ke korang yang tengah troll? XD

biskut said...

#facepalm

osip said...

ler..ramai lagi yg lampi rupenye..

Azri the Accelerator said...

buat pekasam untuk lawan perkasan.kahkahkah.

Ozzz3000 said...

aku xrasa deorg ni lampi, lampi. dah sah2 la deorg ni tgh baca harian metroll.

Jerric said...

Ahaks...ader gak org makan BUAH BODOH hasil tanaman ANUWAR AL JUBURI.... kui kui kui...

Pssttt... cukup cukup larr makan buah bodoh tue woiii...

.drakula. said...

aku harap2 DSAI puji kau kuat2...keh3

dapatlah sikit nanti bahagian kau ...yertak...eleh jangan bohonglah...

Terbelog said...

pergh..

CELAKABOOK! said...

dulu pun dia cerita ada berlori2 dokumen rahsia selepas 10 tahun habuk pun tarak....celaka sangat!

Ax said...

metroll best.
sila lawat blog band kami

stringthesizers.blogspot.com

Rau Le Creuset (ラウ・ル・クルーゼ) said...

Anwar ni x abis-abis dengan penipuan..klu dah ada bukti watpe nk simpan buat pekasam?..

Nmpk sgt buhungla..bukti tu nk buat modal carik jubul tuk diliwat ker?..

Nasib hang idup zaman pas nabi muhammad saw..klu idup dizaman Salahuddin ni, dah lama dah anwar ni bercerai kepala dari badan..

stop nonsense anwar!!

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber