Monday, June 6, 2011

Metroll Sports - Rooney Dedahkan Sebab Disebalik Rawatan Rambutnya


Laporan asal Zainal Abidin Temerloh


Manchester- Isnin - Ahad lalu penyerang sensasi Manchester United dan England Wayne Ronney tidak beraksi menentang Switzerland kerana dihospital menjalani rawatan rambut botaknya. Tanpa kehadiran Rooney pasukan Tiga Singa hanya mampu seri dua sama dengan skuad negara Alps dibawah kendalian Ottmar Hitzfeld. Pelbagai spekulasi tentang sebab mengapa beliau mendapatkan rawatan rambut tersebar. Teori paling popular ialah Rooney malu besar kerana peminatnya di Malaysia enggan memanggil beliau dengan nama gelara WAZZA tetapi sebaliknya memanggil beliau WAZZAIBO. Seperti yang kita sedia malu pelawak terkemuka Malaysia Zaibo mempunyai corak kebotakkan yang seiras dengan apa yang dihadapi Wayne sekarang

Pihak Metroll hari ini berjaya mendapatkan temu ramah telefon secara ekslusif bersama Wazza dan bila ditanya sebab sebenar beliau menjawab;

"Saya sebenarnya tak peduli sangat rambut saya botak. Botak macam mana pun saya kaya dan seperti kata pepatah Cina "Ada Wang Ada Amoi" poket saya yang tebal membuatkan gadis nampak saya sama kacak macam Shaheizy Sam. Tujuan saya menjalani rawatan sebenarnya atas desakan pihak pengurusan Manchester United. Mereka mahukan saya menjadi duta shampoo Clean and Clear seperti Cristiano Ronaldo. Sebagai pemain berprofil tinggi, saya harus memaksimakan pendapatan saya menerusi penajaan sebelum bersara kelak. Penajaan tahunan yang diterima Ronaldo dari Clear for Men cukup lumayan dan saya iri hati dengan beliau"

Rooney juga sudi memberikan kami gambar ekslusif beliau selepas menjalani rawatan rambut dibawah. Diharap rawatan yang dikatakan bernilai GBP 30 000 ini berbaloi dan Rooney akan dilantik menjadi duta shampoo dimasa hadapan. Jika gagal saya difahamkan pihak YUN NAM , TENCHO dan ZINDAGI sudi melantik beliau untuk menjadi duta rawatan rambut.



6 comments:

matt Dark said...

bwhahaha ,, nice harianmetroll is alive back

teha said...

Lol,.. Ini la pasal sibuk nye ngn hair cream la ape laaaa.. Hahahhaahha.. Mmg betul2 cerita buhung......

MSS said...

ak rasa mcm kekurangan fakta2 sikit la kat sini..fakta macam yun nam hair cair....=P

wan_jb84 said...

aku rasa dia kena wat treatment kat yun nam la..sebab aku tgk iklan kat tv tu lepas treatment bukan rambut je jd lebat,tp muka pn bertambah kacak..memang ajaib!

kurosagi said...

zaibo lain~ zaibo ada "sinaran mendahi menyinari"~ rooney tiada sinaran~

Matjoe said...

ahaha. lawak siot. iklan shampoo clear

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber