Sunday, October 24, 2010

Awang BPR Pula Bakal Saman Christopher Nolan

Laporan Effi Saharudin

Setelah gempar kes Baggio Damasutra mahu menyaman Christopher Nolan, kini komposer tekemuka Norzaini Mohd atau nama glamernya Awang BPR pula tampil kehadapan untuk menyaman pengarah Hollywood itu terkenal kerana meniru konsep lagu popular Umpama Mimpi Dalam Mimpi ciptaan beliau.



Awang BPR bercadang untuk menyaman sebanyak USD 500 juta berbanding USD 300 juta yang diminta oleh Baggio beberapa bulan yang lepas. Dalam sidang media tergempar di kediaman beliau pagi tadi Awang BPR merasa kesal dengan tindakan Christopher Nolan menggunakan idea mimpi dalam mimpi beliau tanpa kebenaran bertulis untuk plot filem Inception.

"Saya terkejut apabila menonton Melodi minggu lepas dan melihat Baggio mahu menyaman Nolan dengan wang sebanyak itu. Sebagai penulis asal lagu tersebut saya merasakan saya pasti boleh menyaman Nolan dengan lebih banyak dari Baggio. Tidakkah Nolan sedar saya ini Aawang BPR. BPR itu BUMIPUTERA rockers tahu? Paling cikai pun saya berhak terhadap 30% kutipun box-office kerana saya Bumiputera. Christipher Nolan harus menghormati KETUANAN PENULIS LIRIK!"

Seprti Baggio, Awang BPR diwakili oleh
Addullah Akhlakhein Segaraga Esq dan beliau sekali lagi menegaskan beliau akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatakan 15% lawyers fee dari hasil saman itu kelak

Pihak Harian Metroll sekali lagi cuba mendapatkan maklum balas dari pihak Christopher Nolan dan sekali lagi pihak guaman beliau menghantar faks yang kali ingi bernunyi

"WHO THE FOOK IS AWANK CPR?"

Kredit gambar

18 comments:

nerves said...

haha..nextweek wartawan meloshit akan terjah brader awang ni..
lol

TheBentPencil said...

ak rase wartawan sekarang dah makin malas la....kerja menggogle nama artis, lepastu copypasta gossip2 dari forum artis. tul dak?

Jef Hadi said...

awank cpr eh?

kah kah kah!

blitz said...

kalau melodi terjah awang bpr pasal isu ni, memang terbuktilah wartawan hiburan kat malaysia ni bengap..

Amirul Idham said...

"WHO THE FOOK IS AWANK CPR?"

hehehee

Anonymous said...

TAK SABAR NAK TENGOK MELODI AHAD NI!!!!!! argghhhh LOL

sleepy said...

wartawan melodi bangang mcm haram..

fix388995 said...

jom tgk melodi next week!

wartawan melodi said...

jangan lupa tonton melodi minggu depan

Sy's Den said...

A"WANK" CPR.

Matjoe said...

ketuanan penulis lirik LOL

swagger said...

"Paling cikai pun saya berhak terhadap 30% kutipun box-office kerana saya Bumiputera."

ROFL!!!!!!!!!

Pai said...

yeahh...jom tgk melody guy memperbodohkan masyarakat.

to baggio: u dont know siapa christopher nolan? seriously?

Cesc Luzeza said...

tak sabar nak tengok melodi lepas ni pulak.hahahaah

Southern-Girl said...

imagine if melodi carik awang bpr pasni.. Hahahaha!!!

Blitzenius said...

obe, credit should goes to S Amin Shahab as well sebab dia yg tulis lirik. dah tanya Awang BPR, dia kata dia buat melodi je. the thing is, S Amin Shahab la yang merangka idea cerita mimpi 5 lapis sampai Chris Nolan kaut juta2.

Z H said...

nyampah sebenarnya nak tengok melodick tu tappi kadang2 aku suka tengok artis bagi jawapan2 bangang dekat wartawan haha, apa2 pun wartawan melodick memang terbaek soalan nya !

Kap said...

yang Baggio pula so serious.
kurang ber-kamasutra kurang akal.

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber