Saturday, April 3, 2010

SENIMAN Buat Laporan Polis Laman Facebook Hina Artis


Laporan Effi Shitbrix Saharudin


KUALA LUMPUR 4 April – Persatuan Seniman Malaysia ataupun SENIMAN hari ini membuat laporan Polis terhadap satu akaun laman social Facebook, yang dianggap menghina golongan seniman Malaysia

Presidennya, Harun Salim Bachik berkata, beliau membuat laporan di Balai Polis Taman Tun pada pukul 2 petang semalam.

Katanaya, tindakan tersebut dibuat bagi memenita pihak berkuasa menyisat akaun laman social yang bertajuk 'All Entertainers in Malaysia Sucks'

hahaha

Tambahnya, pihak persatuan juga tidak akan teragak-agak untuk mengheret ke mahkamah jika individu tersebut meneruskan aktivitinya.

"Persatuan tidak menolak kemungkinan akaun tersebut diwujudkan oleh wartawan hiburan sendiri yang tidak berpuas hati dengan artis-artis tempatan.

"Ini kerana kita berpendapat hanya wartawan sahaja mengenali artis-artis tempatan," katanya pada sidang akhbar di sebuah restoran di Batang Berjuntai, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan tindakan itu bukanlah bermakna artis-artis cepat melenting tetapi perbuatan tersebut dianggap melampau.

"Selama ini pun perbuatan menghina artis pernah berlaku tetapi kami mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

"Tetapi komen-komen yang dilontarkan dalam laman itu bersifat peribadi dan boleh menjatuhkan maruah artis," jelasnya.

Dalam akaun laman sosial itu, beberapa artis tanah air telah dihina dan dicerca secara teruk dengan menggunakan perkataan yang kesat.

Artis hangit yang turut disiarkan gambarnya, Memey Suhaiza berkata, gambar mereka dicuri oleh pengendali laman tersebut dan dijadikan sebagai bahan gurauan untuk peminat laman sosial itu.

"Apabila kami mendapat tahu perkara tersebut Isnin lalu, beberapa artis yang dihina di dalam laman itu sepakat untuk membuat laporan polis.

"Kami amat kecewa dan malu sekali apabila gambar kami dijadikan bahan gurauan dan ejekan oleh pengendali laman tidak bertanggungjawab itu," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Taman Tun di sini hari ini.

Sementara itu, Diva No 1 negara, Asmawi Ani berkata, sebanyak 15 keping gambarnya dicuri oleh pengendali laman tersebut untuk tujuan tidak bermoral tersebut.

"Saya mengharapkan polis boleh mengeluarkan arahan agar laman tersebut disekat secepat mungkin.

"Saya rasa pengendali tersebut berbuat demikian semata-mata untuk menjatuhkan nama, maruah dan reputasi artis," katanya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan telah menerima laporan tersebut.

5 comments:

ArtForAuction said...

harharhar...
oh wait, Mawi has a FACEBOOK?
lololol

mad apis said...

gamba yg ko post ni mcm menunjukkan ko admin page..haha

Matjoe said...

teknik reverse. artis pulak dikenakan dek wartawan

fhunky-fhinky said...

LOL...
sape moderator?juber??

hahahahahaha..nice one

tuan director said...

ohartis

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber