Sunday, November 18, 2012

Metroll Tech - Kerajaan Bakal Membuka MiS/KiN : Kedai Untuk Penggemar Peranti Apple

Putrajaya -Ahad- Kerajaan hari mengumumkan akan membuka Malaysia iDevice Shop/ Kedai iPeranti Nasional ataupun MiS/KiN bagi memudahkan rakyat kelas pertengahan membeli peranti Apple terkini pada harga yang berpatutan. MiS/KiN ialah salah satu cara kerajaan Barisan Nasional cuba memberikan bantaun kepada rakyat kelas pertengahan yang rata-ratanya tidak berpuas hari dengan belanjawan negara yang dibentangkan tidak lama dahulu. Di MiS/KiN peranti-peranti Apple yang terdiri dari iPod, iPhone, iMac dan iPad akan dijual pada harga yang disubsidi kerajaan. Menurut jurucakap pegawai Media Sosial MiS/KiN, Saudara Shibli Vision Jobs - pembukaan kedai kedai MiS/KiN akan memastikan peranti Apple yang dianggap mewah akan menjadi mampu milik untuk kesemua rakyat jelata. Ketika ditemu ramah oleh wartawan Harian Metroll di majlis pelancaran sebentar tadi, Saudara Shibli Vision dipetik berkata

  "Kita sedia maklum tiada yang lebih sempurna dari peranti mudah alih yang direka oleh Steve Jobs. Adalah menyedihkan kerana kekurangan wang, barangan yang sempurna dan terbaik seluruh cakrawala ini tidak mampu dimiliki kebanyakkan rakyat Malaysia. Kita sedia maklum Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Razak menggunakan iPad dan iPhone dalam kegiatan harian. Beliau sedari iDevice adalah penting bagi kemajuan negara and mengukuhkan lagi gagasan 1Malaysia"
  
Buat masa ini 10 buah kedai MiS/KiN akan dibuka di sekitar Lembah Kelang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Pekan Pahang. Lokasi 10 kedai ini dipilih bedasarkan kepadatan jumlah iFag dan Hipsters di sana mengikut bancian atas talian yang dilakukan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan beberapa bulan yang lalu. Setiap peranti Apple yang dibeli dari kedai MiS/KiN akan disertakan dengan koleksi foto Perdana Menteri , aplikasi 1Malaysia, E-Book "50 Dalil Pakatan Rakyat Adalah Agen Masonik" dan video "BERSIH Adalah Kotor Disokong oleh Soros". Kesemua aplikasi dan video ekslusif ini terbina dalam dan tidak boleh dimuat turun dari iTunes. Ini membuatkan kesemua peranti iDevice yang dibeli dari MiS/KiN secara automatis menjadi barangan keluaran khas dan beharga bagi rakyat Malaysia yang cintakan negara dan benci campur tangan kuasa luar Zionis. Sementar itu apabila disoal oleh wartawan kami tentang kemungkinan pembukaan kedai Android 1 Malaysia, Saudra Shibli Vision berkata dengan nada tegas.

 "Tidak mungkin. Android tak bagus kerana hanya meniru apa yang dibuat oleh Steve Jobs! 1Malaysia benci plagiat"
 
Related Posts with Thumbnails

Pagenumber