Wednesday, February 2, 2011

Pelajar Malaysia Di Indonesia Terkilan Dengan Layanan Double Standard Kerajaan Dalam Isu EVAKUASI


Laporan Effi Saharudin

Jakarta - 2 Febuari 2011 - Gabungan Pelajar Malaysian di Indonesia (GAPAMI) hari ini menyuarakan rasa kesal keatas apa yang mereka katakan sebagai layanan double standard kerajaan Malaysia keatas mereka. Jurucakap GAPAMI , Saudari Raihana Nordin - Pelajar jurusan Krapu Kepunden Marang Skeper , Universitas Dwehnbowo Mirko berkata; mereka kesal dengan layanan istimewa yang diberikan kepada pelajar Malaysia di Mesir sejak seminggu lalu. Raihana berkata ketika nyawa pelajar Malaysia diancam oleh demonstrasi BENDERA dan gerakan anti Malaysia tidak pernah sekalipun pihak kerajaan melakukan perancangan memindahkan mereka dari Indonesia balik ke tanah air.

"Di Mesir pelajar Malaysia selamat. Mereka tidak menjadi sasaran provokasi atau buluh runcing golingan anti Malaysia seperti kami. Di Universitas Dwehnbowo Mirko saya hidup dalam ketakutan sehingga saya pelajaran saya terganggu. Dalam peperiksaan semester lepas saya hanya mampu mendapat GPA 3.95 akibat gangguan mental. Student Malaysia di Mesir tak ada yang diancam nyawanya oleh rakyat Mesir tapi kerajaan sudah mula memindahkan mereka. Kami disini hidup ketakutan dan sentiasa diancam golongan Anti Malingshit sehingga sekarang tak ada siapa ambil peduli"

Pihak Wisma Putra yang dihubungi oleh pihak Metroll enggan memberikan komen tetapi sumber dalaman kami dipetik menyebut;

"Student Malaysia diarahkan evakuasi bukan kerana nak selamatkan nyawa mereka. Pihak kerajaan bimbang student Malaysia disana bakal mendapat ilham melakukan revolusi kalau lama disana. Nyawa mereka tak diancam tapi keselamatan STATUS QUO pemerintah di Malaysia yang akan terancam jika semangat Nasionalistik student kita di Mesir tiba-tiba tercetus. Sebelum ianya berlaku mereka harus dipindahkan segera ke negara yang tiada kebebasan bersuara Arab Saudi"

Sehingga petang tadi 3 pesawat C-130 milik TUDM, satu pesawat 747 milik MAS serta A320 Air Asia sudah dihantar bagi memudahkan proses perpindahan lebih 10 000 rakyat Malaysia di Mesir ke Jeddah.



19 comments:

syafiqnawi said...

im actually looking forward for someone to actually believe this shit. LOL.jpg

Obefiend Weiland said...

kalau metroll pun dia caya memang bebal

KhairulAqmal said...

Kamu disana hidup ketakutan dan senitiasa diancam golongan Anti Malingshit sehingga sekarang tak ada siapa ambil peduli"

kamu di sana?





haha. nais my fav line,
"Student Malaysia diarahkan evakuasi bukan kerana nak selamatkan nyawa mereka. Pihak kerajaan bimbang student Malaysia disana bakal mendapat ilham melakukan revolusi kalau lama disana"

Anonymous said...

Saya mesti percaya!

Zaid said...

effing lol!

Anonymous said...

Pelajar jurusan Krapu Kepundem Marang skeper <--- WTF lah mannn!
hahaha u're crazy!

Stalker said...

hahaha..cool!

Fiffy Hazirah said...

kami di malaysia ini juga perlukan evakuasi! wakakaka

flow said...

aku terpercaya sejenak. oh wait- metroll lol

nice one ubi

@rep said...

bukan semua bijak dan bukan semua bodoh.. kita tengok siapa yang kenaaaaaaaaa

Aslina said...

aku percaya ni!

aku percaya!!

tengok ni muka ikhlas percaya!!
--->(@_@")

BAHAHAHAHAHAHH!!

kakkumei said...

HAHAHAHA!
CELAKA XD

Ajeossi said...

LOL!

Ikmal Fayadh said...

Benar sekali mas.. pikir kalian (kerajaan Malaysia), mahasiswa di Indonsial aman?

ya udah..kalo kayak gitu, nggak perlu dievakuasi. nggak apa2. santai aja choi..wkwkwkwkw

Anonymous said...

Pelajar jurusan Krapu Kepunden Marang Skeper , Universitas Dwehnbowo Mirko..

tak leh blah punya nama course, haha

Azri the Accelerator said...

tambahan

"pihak di sana mengunakan laser untuk mencederakan kami"

bwahahahaa

lordapes said...

Melodi will pick this story for sure.

Anonymous said...

ntah ape2 ... =(

Z H said...

"sinaran laser yang dipancarkan oleh kumpulan anti-malaysia membuatkan kami tertekan dan sekaligus menjatuhkan grade CPGA kami"

hehehe

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber