Thursday, February 10, 2011

Dr Rozmey Bakal Buka Bisnes Kasut Pula


Laporan Effi Saharudin

Kuala Lumpur - 10 febuari 2011 - Datuk Doctor Rozmey hari ini mengumumkan penyertaan beliau didalam perniagaan sepatu pula. Ahli perniagaan yang terkenal dengan gaya essentrik ini mengumumlann koleksi kasut "Dr Rozmey" beliau di Putrajaya awal pagi tadi.

"Jika anda memakai kasut rekaan saya anda akan merasa seperti di dua alam. Alam pertama ialah alam keselesaan kerana kasut saya super selesa. Alam kedua ialah alam patriotisma. Kita harus menyokong barangan buatan tempatan. Datuk Jimmy Choo mula buat kasut sebelum jadi Datuk dan kasutnya kini terkenal. Saya yang dah jadi Datuk baru mula buat kasut. Bedasarkan logik, kasut Dr Rozmey pasti akan lebih sukses dari kasut Jimmy Choo! Thumb up!"

Koleksi pertama kasut Dr Rozmey terdiri daripada kasut kulit yang berteknologi tinggi. Menurut press release yang disebarkan, kasut Dr Rozmey dibina menggunakan teknologi Yokto, Nano, Chitosan, Acai Berry, Monavie , Spirulina dan Gelang Mangnetik yang terkini bagi memastikan kasut yang dihasilkan akan memberi kesan kesihatan yang baik kepada pemakaian. Bila ditanya kenapa menghasilkan kasut kulit berbentuk boot DR menjawan

"Semasa saya muda-muda dulu saya Mat Punk. Kasut sebegini memang saya minati dari muda. Saya lihat di Central Market masih ramai anak muda yang memakai kasut sebegini. Maka tak salah jika saya cuba buat kasut saya sendiri? Apa kamu tak percaya saya duly Mat Punk?"

Kemudia DDR memberi kami gambar ini dari dompet beliau, Siapa sangka akronim DDR juga boleh ditafsir sebagai Datuk Dr ROCK!


16 comments:

fadhli said...

niceeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Hazrey said...

hahahah macam gampang potosop.

VivaLaPunk said...

viva la punk ddr!


haha typo obe

"Bila ditanya kenapa menghasilkan kasut kulit berbentuk boot DR menjawan"

eheh said...

ooo..
eheh

bukan tu je typo Hazrey,
"Apa kamu tak percaya saya duly Mat Punk?" pun, tapi bukankah typo2 ni disengajakan dengan sengaja?

Hafiz said...

LOL. dia orang Jitra. should be Pekan Rabu instead of Central Market.

batmen said...

mcm haram jay..
pagi2 dah buat aku gelak..AHAhahHAa

Fahmi Ismail said...

Haha...Obe, sial la lu...ketawa sampai berair mata aku..kepidap with the latest news yang sensasi

Satira Malaya said...

saya ada 1 cadangan untuk tingkatkan jumlah penonton 2 alam. sape2 yg gi tgk filem 2 alam dapat kasut free.

LoLyat Gang said...

haha
masa jd budak punk pun ade rambut cendawan tutup dahi

Riana Qistina said...

senyum pon tak ubah....senyuman jengkel

Unknown said...

camtaeknyer potosop!lol~

Ajeossi said...

wakakaka..nice one!

LoveShak said...

nangis aku...

temuntirung said...

haha tiba2 badan dia jadi pendek dan kecik.. nampak beno nipunye :P

Mia L. said...

HAHAHAHAHAHAHAH..
omg. gambar dia tatahan la sia. ahhh.. obe obe.

raja muhamad rafiq said...

baik tolong orang melayu.huhu..

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber