Wednesday, May 19, 2010

Trolling Remaja


Dr.Bong bersiaran langsung dari Mamak Darussalam
.
Kehadapan Dr.Bong,tahniah diucapkan atas kejayaan Dr.Bong menasihati ramai remaja bermasalah.Saya begitu kagum dengan cara Dr memberi nasihat dan menyelesaikan masalah-masalah remaja di Malaysia, jujur saya katakan, Dr telah menjadi idola saya sejak dahulu lagi (lepas Ustaz 'rebonding' pujaan saya cakap tak serupa bikin).Alangkah indah jika saya mempunyai teman lelaki seperti Dr yang berkarisma dan mempunyai wawasan, kacak bergaya, pendek kata Dr adalah ciri-ciri lelaki yang sekian lama saya impikan. Ramai pelawaan untuk menjadi kekasih saya tolak kerana Dr, bukanlah memilih atau sombong, tapi seperti yang saya katakan tadi, Dr.Bong lah satu-satunya lelaki pujaan saya.Jika Dr sudah berpunya pun adalah tidak menjadi masalah kepada saya untuk bergelar kedua mahupun ketiga hatta ke empat sekalipun asalkan dapat bersama Dr. Di harap Dr sudi membalas cinta murni saya ini.

Gadis Pencinta Lelaki Berhelmet Putih (Tuaran,Sabah)


Cilaka,tak pasal-pasal aku kena duduk atas meja mamak ni.kerusi tak muat nak tampung pembesaran punggung aku lepas ko puji-puji. Cik Pencinta,aku peduli apa ko pompuan ke laki ke,tapi ini ruangan tanya masalah,ko nak carik jodoh pegi masuk majalah Variasi,Mangga,URTV tak pun Majalah tahunan sekolah. malas aku nak layan cinta ko,geli ah.Ko nak tagih cinta pergi dekat Juber takpun si kacak Obefiend. takda masa nak layan cinta ko,Sabah lak tu. Jauh der.sebulan sekali belum tentu dapat geli-geli.cait!



Dr.Bong, saya baru memulakan kerja separuh masa di restoran berputar Kuala Lumpur, apa yang merunsingkan saya sekarang ini adalah ramai wanita yang datang bersama teman lelaki mereka menyimpan perasaan benci kepada saya. Baiklah,saya adalah bekas finalis Dewi Remaja,tempat ke 7 Miss Malaysia, top 5 Malaysia Most Beautiful,Top 5 Dreamgirl.perlu saya jelaskan kenapa mereka benci kepada saya?Jika Dr Bong masih bebal lagi,saya terangkan dengan lebih jelas.Rata-rata teman lelaki mereka akan beralih cinta selepas melihat saya.yang hendak melamar terus membatalkan lamaran mereka dan melamar saya,mana yang sudah berkahwin terus bercerai di restoran itu juga, yang sudah bercucu tak semana menjadi gagah walaupun ibu jari kaki sudah tiada gara-gara kencing manis dan macam-macam hal lagi. yang terbaru Perdana Menteri kita menyatakan hasrat ingin menjadikan saya isteri menggantikan isterinya sekarang. runsing saya memikirkan masalah ini,saya seronok bekerja di Restoran ini kerana saya menyimpan hasrat untuk membuka restoran saya sendiri kelak,di harap Dr dapat membantu atau memberi kata nasihat kepada saya.terima kasih Dr

Dewi Remaja 04 (rahsia,Kuala Lumpur)


Mati-mati tadi aku ingat Dewi Remaja tu komik macam Dewata Raya,Pedang Setiawan,Jengking Merah,Mutiara Naga,Misteri Naga,Chibimarukochan.ceit. Cik Dewi,dari dulu lagi memang aku anti dengan restoran tu,memang selalu buat orang runsing.ada sekali aku bawak gadis aku pegi dinner kat sana,sudu aku jatuh bawah,aku pegi ambik,angkat kepala,tengok meja aku da jadi lain.oh cilaka,main pusing-pusing camni lak restoran ni.sape tak runsing kan.bayangkan aku nak buat kejutan nak lamar gadis aku kan,ambik cincin dari bawah,TADDAAA!!.sekali tengok gadis da kat meja lain,depan aku lak muka macam Rosmah,tak ke haru. boleh buat gado woi.choiii.macam ni la,apa kata Cik Dewi kawen je dengan tauke restoran tu.kan senang.terus da ada restoran,takyah susah-susah nak pikir.buang masa aku je jawab soalan ko ni la,da la cakap aku bebal.kannina betul.mintak-mintak runtuh la restoran runsing tu.amin.



Rasa bersalah rasanya membuang masa Dr,tapi saya amat memerlukan jawapan dari Dr. Saya merupakan pelajar di sebuah universiti awam di ibu negara, apa yang bermain di minda saya sekarang adalah dalam dilema untuk memilih teman lelaki.saya adalah model sambilan.ramai photographer memilih saya untuk menjadi model mereka,dan tak dinafikan ada dikalangan mereka yang menaruh perasaan pada saya dan tidak termasuk rakan sekelas dan universiti saya. tapi saya meminati salah seorang tenaga pengajar di Uni ini,tapi dia sudah berkeluarga,patutkah saya meluahkan perasaan saya atau lupakan niat demi menjaga kebahagiaan Lelaki itu.terima kasih Dr Bong

Model Rupawan (Shah Alam,Selangor)


Asal sume surat dari gadis ni.haihhh...Cik Model, kalau setakat jadi model untuk photographer noob tu tak perlu la nak buat kenyataan kononnya cik ni model sambilan la ape la. selalu aku tengok yang kena upah dengan "PHOTOGRAPHER" ni semuanya hodoh-hodoh belaka.serious.pakailah 1Ds,5D markII,Nikon D3 atau D3X,Hassy mahupun kamera HD,takkan berjaya mengubah status anda menjadi Model Rupawan pun.editlah pakai Literoom,capture one pro mahupun Photoshop CS5,percayalah..realitinya,anda masih hodoh. Lagi satu aku nak sound kat yang baca ruangan ni,kalo-kalo ada yang bajet diri tu jurugambar,tolong ye,jangan upload gambar hodoh anda di flickr mahupun devianart,buat berat je woi.aku nak bukak 'melayu urban' jadi slow je.simpan je dalam pemacu keras sendiri,tak perlu kongsi dengan dunia.tolong ye.aku yang 'high' ni pun relax2 je simpan sendiri gambar hebat aku.ko punya soalan tadi malas aku nak jawab,ko pun da besar panjang.ada ke nak kacau rumah tangga orang,ko bajet fasha sandha la.blah.






13 comments:

Anonymous said...

tulisan kecik... juling mato.
malas nak besaukan.

Bayang said...

the return of dr.bong! woot! dr.bong FTW!!!

chocobi said...

soklan sume skit punya baik...jawapan mcm cibai..haha...
dr bong FTW!!!
(tapi sume surat kali ni pasal jodoh je..haish..aku ni pun xdak gf lg..-_-")

talkIZcheap! said...

kurang kick berbanding yg first... tapi masih mampu buat aku gelak.. kakaka!!

phish said...

macam gampang...hahhahahaha

Hellioz said...

terbaek~
gyahahahhahahahahaah~

fhunky-fhinky said...

hahahaha...
akhirnya bong kembali...

aku puas gelak xhengat..
HAHA!

Matjoe said...

haha, dr bong mmg dirindu.

tuan director said...

ahaha

khai said...

dah lame aku tggu akhirnya.

mmg nak mkn kaki dr nie..

eszol raar said...

wakakaka'
duk putrajaya ek?

Emira Darmia said...

si kacak obefiend??
puji diri sendiri nampak!!!
wakakakaka...

aku nk anta soalan kt dr. bong ley x?

Ixora Azura said...

hahahahah..best lah dr bong nih..klakor...:)

p/s; si kacak obefiend?..kacak sgt ke dia??

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber