Sunday, April 25, 2010

Gri Gri Perkenal Kursus Panjat Dinding Kondo


Laporan Obefiend Weiland


Bandar Utama, Terkejut dengan jumlah kematian remaja akibat terjatuh ketika serbuah JAIS baru-bru ini, Pusat Wallclimbing Tertutup Gri Gri's memperkenalkan rekaan dinding panjat terbaru mereka semalam. Rekaan terbaru ini dibina untuk kelihatanan seperti dinding luar kondominium lengkap dengan balkoninya sendiri. Menurut pengurus pemasan Gri Gri's, Encik Clayton Chew,

“Kami sunnguh terkejut dengan kes kematian jatuh dari kondo yang semakin meningkat baru-baru ini. Sebagai pusat memanjat dinding terbaik di Malaysia, kami mempunyai tanggungjawab kepada komuniti untuk mengajar mereka teknik memanjat yang boleh digunapakai dalam kehidupan harian. Diharapkan remaja yang mahu berzina tapi cuak ditangkap lebai mendaftar dengan khursus Memanjat Kondo 101 kami sekarang”

Tinjauan Harian Metroll mendapati rekaan pada dinding terbaru ini kelihatan serupa dengan kebanyakaan dinding luaran kondo-kondo diMalaysia.

“Pihak kami melakukan banyak kajian luaran untuk memastikan dinding kondo latihan kami menyamai dinding kondo sebenar. Sebagai contoh diluar tingkap kami letakkan kompresor penghawa dingin yang dilapisi puntung rokok. Di balkoni pula kami letakkan kain ampaian dan kondom terpakai. Dengan ini latihan yang bakal kami berikan akan menyamai keadaan dunia sebenar. Disamping itu kami bakal mendapatkan kepakaran Alain Robert untuk mengajar kelas kelas. Alain Robert jika kamu lupa ialah lelaki Peranchis yang digelarkan The real Spiderman dan pernah memanjat KLCC beberapa tahun lalu.”

Pendaftaran kursus “Panjatlah Sebelum Kamu Terbongkang di Tempat Letak Kereta” dibuka sekarang dan kelas pertama bakal bermula pada bulan Mei. Harga yang dikenakan ialah RM500 untuk 5 sesi pertama dan RM50 untuk sesi-sesi seterusnya. Kepada yang berminat untuk maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang Gri Gri di www.grigris.com/



Antara peserta yang awal mendaftar




Dinding yang bakal digunakan semasa kursus

p/s : The number one fear of people isn't dying, it's public speaking.

2 comments:

ArtForAuction said...

I shall not join this kursus unless it teaches me how to jump from balcony to balcony as well.

really essential knowledge that one.

must not leave home (or come home) without it.

bobdylan said...

aik aritu tulis camp5.. kenapa tukar? camp5 marah ke?

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber