Laporan asal Mazidum Sidick
Kuala Lumpur - Khamis - Kesal dengan rahsia dalaman serta kosa kata persatuan mereka dimain-mainkan orang ramai, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.
Disamping itu mereka akan mengubah kosa kata kunci rahsia mereka secara menyeluruh kerana ianya sudah diketahui orang ramai. Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata perkataan Ayahanda, Abang Long, Abang Cik dan Tok Penakan Pak Hang yang sinonim dengan pertubuhun itu akan digantung penggunaannya serta merta.
"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida. Sekarang kami dalam proses mencari kata kunci ganti baru bagi menggantikannya semua. Saya sudah mengarahkan orang bawahan saya pergi ke GOOGLE TRANSLATE dan membeli Kamus Dewan bagi mencari kata kunci rahsia baru yang sesuai bagi pertubuhan kami"
"Kami juga tidak setuju dengan potrayal PEKIDA sebagai gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri. Kami bukan gangster cuma sebuah pertubuhan beruniform seperti Bulan Sabit Merah dan Kedet Bomba kepada mereka yang merindui rasa menjadi ahli badan beruniform bila sudah keluar sekolah. Malahan sebagai cara merubah persepsi negatif ini kami sudahpun berbincang dengan Kementerian Pelajaran bagi membenarkan PEKIDA menjadi salah satu badan beruniform untuk kokorikulum sekolah"
Shikin Begum juga memberitahu pihak Metroll untuk sementara waktu pihak mereka akang menggunakan kata kunci rahsia sementara bagi menggantikan kata kunci rahsia yang kini bukan lagi rahsia. Sebagai contoh Shikin mengatakan pangkat pengganti sementara bagi Ayahanda ialah PapaSmurf . Abang Long digantikan dengan Der Long dan Tok Penakan Pak Hang digantikan pula dengan Tok Wan Hang. Pihak PEKIDA dijangka akan mula menggunakan kata kunci sementara ini sehingga bulan depan.

ENTRY INI IALAH PARODI BERITA INI