Monday, July 26, 2010

Komik Troll #8


Thursday, July 22, 2010

Kumpulan Damasutra Saman Christopher Nolan


Dakwa Inception adalah idea asal mereka

Kuala Lumpur –Jumaat - Kumpulan rock Damasutra hari ini memfailkan saman bernilai USD 300 Juta terhadap pengarah terkenal Hollywood Christopher Nolan. Menurut ketua kumpulan Damasutra Bahagia bin Daharun atau nama glamernya Baggio, Christopher Nolan meniru konsep mimpi didalam mimpi yang merupakan lagu popular Damasutra untuk filem arahan terbarunya Inception. Baggio berkata;

“Lagi popular kami Umpama Mimpi Dalam Mimpi terang-terang diplagiat konsepnya oleh Christopher Nolan tanpa kebenaran bertulis dari pihak kami. Saya dan Alok (pemain gitar Damasutra) menerima SMS dari seorang peminat yang baru pulang menonton cerita ini dipawagan. Peminat ini memberitahu kami yang filem Inception meniru konsep lagu kami 100%”

Beliau juga menambah;



“Kami segera ke GSC 1Utama untuk melihat peniruan ini
dengan mata kami sendiri. Malangnya tiket habis dijual dan kami layan Twilight- Eclipse sepam sebelum ke Uptown untuk membeli sekeping DVD cetak rompak. Kami terkejut dengan persamaan konsep mimpi dalam mimpi filem ini dengan lagu kami. Disamping itu kami juga pernah menyanyikan lagu Sesat Dalam Rindu, Tamu Tika Terlena, Seribu Bayangan dan Asyik. Kesemua motif-motif didalam lagu ini juga diplagiat Nolan. Kami inginkan pembelaan dan kami pun memfailkan saman hari ini”

Sementara itu Addullah Akhlakhein Segaraga Esq ,peguam yang dilantik oleh Damasutra berkata;

“Inilah ialah kes saman pertama seumpamanya di Malaysia. Sebelum ni penggiat filem kita yang memplagiat idea Hollywood. Sebagai contoh Bujang Lapok diplagiat dari The 3 Stooges. Labu Labi pula diplagiat dari Laurel & Hardy. Didalam sinema moden pula Cinta mempunyai tema yang sama dengan Love Actually. Saya akan memastikan anak guaman saya akan mendapat pembelaan sewajarnya!”

Pihak Harian Metroll cuba mendapatkan komen dari pihak Christopher Nolan tetapi beliau enggan mengulas. Kami hanya menerima sekeping faks dari firma guaman yang mewakili beliau yang berbunyi;

“WHO THE FOOK IS KAMASUTRAS?”


BUKTI PLAGIAT MENURUT DAMASUTRA



Lirik- Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi <-- (1)
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari

Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara

Walaupun sekian lama

Telah terpadam cinta kita
<-- (2)

Luka yang tak terasa
Mengalir darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara

Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh Bayanganmu <-- (3)

Walau hanya seketika cuma Agar hilang rindu dan dahaga <--(4)
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta

Kenangan bersamamu kasih Membakar gedung fikiranku kini <--(5)
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi
Umpama mimpi dalam mimpi


RASIONAL BUKTI PLAGIAT
  1. Didalam filem Inception Leo Decaprio memasuki mimpi didalam mimpi
  2. Watak Leo hanya boleh bertemu isteri tercinta ketika bermimpi
  3. Leo hanya mampu menyentuh bayangan maya mendiang isterinya
  4. Setiap malam walau sekejap Leo akan bertemu isterinya
  5. Kenangan isteri Leo, Mal merosakkan mimpi Leo dan membakar realiti hidup Leo

Thursday, July 15, 2010

Pendedahan @METROLL - Manchester United Kelab Freemason


Bertaubatlah Peminat Kelab Setan Sekalian

Beberapa bulan yang lalu aku menulis tentang pengaruh THE MACAIS didalam kehidupan kita seharian. Kali ini siri THE DEPARTURE membongkar rahsia pergerakan FREEMASON dan Kelab Bolasepak Manchester United.

Manchester United ialah kelab yang paling jijik didunia. Bukan sahaja ianya lambang bahaya kapitalis (curi player kelab lain dengan umpanan duit) malahan ianya juga aparatus kepada golongan Fremason yang mewakili kepentingan Yahudi laknatullah

Perlukan bukti?

BUKTI PERTAMA

Kelab dari Manchester ini dipunyai oleh keluarga Glazers yang terang-terangan Yahudi El-Bagel. Mereka juga merupakan ahli Fremason.



BUKTI KEDUA

Logo kelab Manchester United mirip logo The All Seeing Eye yang kerap digunakan ahli Freemason. Lambang mata ini seperti kita sedia maklum ialah simbol kepada Dajjal yang bermata satu.



Tak cukup dengan itu bandingkan rekebentuk 2 bola pada logo Man United dengan logo Freemason dibawah. Nampak persamaannya? Jelas bukan?




BUKTI KETIGA

Unsu-unsur Fremason juga jelas kelihatan pada rekabentuk jersi pasukan Man U. Mari kita lihat jersi ketika mereka ditaja Vodafone



Logo Vodafone mempunyai unsur-unsur All Seeing Eye. Huruf O pada Vodafone juga mempunyai rekaan yang sama dan pada masa yang sama mewakili 2 globus yang telah aku olah pada bukti kedua sebelum ini

Ini pula rekaan ketika AIG menaja Man U musim lepas. Kalau anda perasan A disini sebenarnya melambangkan bentuk ruler and compass pada logo Mason dibawah.




Huruf G pada logo diatas juga boleh kita lihat pada logo AIG. Sementara itu huruf ialah play of word kepada perkataan EYE yakni mata (all seeing eye sekali lagi). Huruf I disini juga mewakili Masonic Pillar.

BUKTI KEEMPAT

Semua pemain bintang Man United diberikan nombor 7. George Best, Cantona, Becks dan Ronaldo kesemuanya diberikan jersi bernombor 7. Soalannya mengapa dan apa signigicantnya dengan pergerakan Freemason? Nombor 7 sering dikaitkan dengan sifat ketuhanan (godlike) mengikur budaya Yahudi. Nombor 7 dianggap sebagai nombor yang mewakili kesempurnaan.

Mengikut kitab Old Testament, tuhan berehat pada hari ketujuh setelah mencipta alam semesta 6 hari sebelumnya.Tidak hairanlah semua pemain yang memakai nombor 7 dipuja bagai tuhan oleh penyokong pasukan Man United.

Oleh itu boleh disimpulkan disini



George Best - Tuhan kaki betina dan minuman keras
Eric Cantona - Tuhan keganasan dan falsafah burung seagull mengekori bot ikan tuna

David Beckham - Tuhan metrosexual dan lelaki bersuara pondan
Cristiano Ronaldo - Tuhan lakonan bidang terjun dan greasy Eurotrash

Michael Owen - Tuhan injury prone dan pemanas bangku simpanan


Apa lagi bukti yang korang mahu. Sudah terang lagi berlampu kalimantang yang Manchester United ialah kelab boneka pergerakan syaitan Freemason. Kepada peminat semua silalah pulang ke pangkal jalan dan menyokong kelab yang lebih islamic.

Kelab mana yang Islamic?

Mana lagi kalau bukan Portsmouth!




Wednesday, June 30, 2010

Komik Troll #7


Thursday, June 3, 2010

Komik Troll #6


"

Tuesday, June 1, 2010

Peranchis Haramkan Konsert Lady Gaga


Laporan Effi Saharudin

Paris - Selasa. Pihak kerajaan negara Peranchis hari ini mengeluarkan arahan mengaharamkan konsert Lady Gaga dinegara Zinedine Zidane itu. Lady Gaga diharamkan mengadakan konsert di Peranchis kerana keengganan beliau membuka "burqa moden" rekaan beliau untuk konsert di Peranchis Ahad depan.



Menurut Menteri Kebudayaan Peranchis, Monseur Masque deCouverture;

"Kami membatalkan permit konsert Lady Gagal kerana beliau enggan membuka penutup muka ketika dipentas. Seperti yang kita sedia maklum, di Peranchis kami baru sahaja mengharamkan pemakaian Burqa dikalangan wanita Islam. Kami hanya mahu kelihatan konsisten dalam implementasi undang-undang kami. Pada pendapat kami Burqa, topi keledar dan topeng Gaga tidak boleh dipakai pada tempat awam kerana ia menyokong gerakan pengganas"

Sementara itu pihak Lady Gaga apabila diminta memberikan komen tentang pembatalan konsert mengatakan;

"Monseur Masque deCouverture kalah judi main poker dengan Gaga minggu lepas. Gaga memakai topeng MTV Award beliau tempoh hari ketika mengalahkan Masque. Lepas kalah Gaga menganjing Masque dengan laku Poker face. Kami yakin inilah sebab mengapa kementerian beliau mengharamkan Gaga!"




Related Posts with Thumbnails

Pagenumber