skip to main |
skip to sidebar
Laporan Effi Shitbrix Saharudin
KUALA LUMPUR 4 April – Persatuan Seniman Malaysia ataupun SENIMAN hari ini membuat laporan Polis terhadap satu akaun laman social Facebook, yang dianggap menghina golongan seniman Malaysia
Presidennya, Harun Salim Bachik berkata, beliau membuat laporan di Balai Polis Taman Tun pada pukul 2 petang semalam.
Katanaya, tindakan tersebut dibuat bagi memenita pihak berkuasa menyisat akaun laman social yang bertajuk 'All Entertainers in Malaysia Sucks'

Tambahnya, pihak persatuan juga tidak akan teragak-agak untuk mengheret ke mahkamah jika individu tersebut meneruskan aktivitinya.
"Persatuan tidak menolak kemungkinan akaun tersebut diwujudkan oleh wartawan hiburan sendiri yang tidak berpuas hati dengan artis-artis tempatan.
"Ini kerana kita berpendapat hanya wartawan sahaja mengenali artis-artis tempatan," katanya pada sidang akhbar di sebuah restoran di Batang Berjuntai, di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun menegaskan tindakan itu bukanlah bermakna artis-artis cepat melenting tetapi perbuatan tersebut dianggap melampau.
"Selama ini pun perbuatan menghina artis pernah berlaku tetapi kami mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
"Tetapi komen-komen yang dilontarkan dalam laman itu bersifat peribadi dan boleh menjatuhkan maruah artis," jelasnya.
Dalam akaun laman sosial itu, beberapa artis tanah air telah dihina dan dicerca secara teruk dengan menggunakan perkataan yang kesat.
Artis hangit yang turut disiarkan gambarnya, Memey Suhaiza berkata, gambar mereka dicuri oleh pengendali laman tersebut dan dijadikan sebagai bahan gurauan untuk peminat laman sosial itu.
"Apabila kami mendapat tahu perkara tersebut Isnin lalu, beberapa artis yang dihina di dalam laman itu sepakat untuk membuat laporan polis.
"Kami amat kecewa dan malu sekali apabila gambar kami dijadikan bahan gurauan dan ejekan oleh pengendali laman tidak bertanggungjawab itu," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Taman Tun di sini hari ini.
Sementara itu, Diva No 1 negara, Asmawi Ani berkata, sebanyak 15 keping gambarnya dicuri oleh pengendali laman tersebut untuk tujuan tidak bermoral tersebut.
"Saya mengharapkan polis boleh mengeluarkan arahan agar laman tersebut disekat secepat mungkin.
"Saya rasa pengendali tersebut berbuat demikian semata-mata untuk menjatuhkan nama, maruah dan reputasi artis," katanya.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan telah menerima laporan tersebut.
Laporan Effi Saharudin

KELANA JAYA : Sejak memenangi pilihanraya presiden MCA minggu lepas, Dato’ Seri Chua Soi Lek dikatakan menerima permintaan untuk bersemuka dengan Tiger Woods, Jack Neo dan Jesse James. Menurut sumber dalaman Metroll dari dalam MCA, Encik Ching Chang Nip Nang Nong
“Kemenangan Dato’ Seri Chua selepas skandal seks beliau dahulu menjadi inspirasi kepada ketiga-tiga celebriti tersebut. Mereka ingin mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari Dato’ Seri untuk memulihkan imej mereka”
Jesse James, suami pelakon Sandra Bullock kini dikatakan berada disebuah klink pemulihan ketagihan seks. Tetapi ad aura-ura mengatakan beliau sebenarnya kini di Kuala Lumpur untuk bertemu Presiden MCA.
Kemengangan mengejut Dato’ Seri Chua dikatakan disambut dengan baik sekali oleh kesemua lelaki yang bpernah kantol bersetubuh dengan perempuan simapanan mereka. Kemenangan ini member harapan kepada beribu-ribu lelaki yang keriernya rosak akibat skandal.
Didalam perkembangan yang lain Dato’ Seri Chua juga dikatakan bakal menerima Adulterer’s Cross Of Merit dari Ekteskapsbryter Club Norway. Setiap tahun Ekteskapsbryter Club menyerahkan Adulterer Cross Of Merit kepada lelaki yang berjaya mengalami kesengsaraan akibat kekantolan mereka. Antara tokoh yang pernah menerima anugerah berprestij ini ialah Bill Clinton, Jude Law dan Mel Gibson.
Pihak Dato Seri Chua enggan memberikan komen samada beliau akan ke Norway untuk menerima anugerah tersebut
Negeri Johor memang terkenal dengan tradisi songkok tingginya. Menurut tradisi lebih tinggi songkok seorang lelaki Johor, lebih tinggilah statusnya didalam komuniti.
Baru-baru ini sempena kempen mempromosikan Perkasa, rekod songkok tertinggi berjaya dicatatkan dengan ketinggian 30 inci. Songkok buatan Kedai Songkok Wak Rodhi Muar dipakai dengan bangganya oleh Arman Azha Abu Hanifah, ketua pemuda Pekasa
Menurut Arman;
“Imej Perkasa sekarang agak buruk keran ada pihak yang menyamakan kami dengan gerakan NAZI. Ini tidak benar. Maka dengan melakukakn publicit stunt sebegini kami ingin menunjukkan imej santai dan tidak extremis”
Bila ditanya wartawan Metroll tentang kegunaan songkok tinggi ini Arman menjawab;
“Kami bercadang untuk menggunakan songkok pelbagai ketinggian sebagai “rank designator’ didalam Perkasa. Lebih tinggi kedudukan seseorang ahli maka lebih tinggilah songkoknya. Kami akan menyerahkan songkok setinggi 40 inci kepada presiden Ibrahim Ali dalam perjumpaan Perkasa bulan depan”
PERMATANG PAUH 28Feb. - Seramai 77 ahli Kelab Penyokong Chelsea Malaysia (KPCM ) di kawasan Penanti menyertai Kelab Peminat Arsenal Malaysia (KEPAM) selepas mengisytiharkan berhenti meyokong Chelsea.
Borang keahlian KEPAM diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden KEPAM, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan KEPAM Pulau Pinang.
Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan KEPAM negeri, Datuk Pipiyapong Abdillah; Ketua KEPAM Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda KEPAM negeri, Norman Zahalan.
Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Chelsea cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan Carlo Ancelloti selepas dibelasah seperti babi kepanasan oleh Manchester City semalam.
''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan di Chelsea. Selain daripada itu masalah perilaku seksual pemain Chelsea seperti John Terry dan Ashley Cole membuatkan kami semakin sangsi dengan kesucian perjuangan mereka untuk merebut semula gelaran juara liga. Pemain Arsenal kami lihat semuanya suci seperti kain lampin. Mungkin kerana mereka masih lagi bayi-bayi Arsene" katanya pada majlis menonton beramai-ramai di restoran mamak perlawanan Arsenal menentang Stoke di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.
Bekas Bendahari KPCM cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam Chelsea disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai bersetubuh.
Logo baru untuk dekad baru dibawah Le' Professeur
Kelab Terbaik Alam Semesta (TM)(C)(KDNK)(UPSR) Arsenal hari ini mengumumkan penggunaan logo baru sempena musim 2010 -2011. Pengumuman logo baru ini dilancarkan bagi mengesampingkan berita-berita kegagalan Arsenal yang banyak memenuhi dada akhbar sejak dua menjak ini. Menurut jurucakap perhubungan awam Arsenal , Encik Jonathan Gibbons;
"Kelab teragung The Gunners perlukan berita-berita positif.Berita Fabregas nak blah, keeper separa telap dan kekalahan menyebabkan penyokong kelab menjadi emosi. Jadi kami di bahagian public relation memutuskan untuk memperkenalkan logo baru ini lebih awal bagi mendapatkan positive PR point"
Sejarah Logo Kelab Arsenal - Kelab Terbaik Alam Semesta (TM)(C)(KDNK)(UPSR)
Sejarah kelab terbaik alam semesta Arsenal bermula pada tahun 1886 dengan tertubuhnya kelab Dial Square. Kelab ini ditubuhkan oleh operator-operator pengeluaran lelaki kilang membuat senjata Royal Arsenal. Dalam perlawanan pertama mereka pasa 11 Disember tahun tersebut, Dial Square merembat Eastern Wonderers 6-0. Selepas dua minggu mat-mat kilang Royal Arsenal rasa nama Dial Square tak cukup cool. Nama kelab ditukar kepada Royal Arsenal dua minggu selepas perlawanan pertama tadi. Pada tahun 1893 nama kelab ditukar lagi kepada Woolwich Arsenal apabila mereka start bermain secara profesional. Woolwich Arsenal juga merupakan kelab pertama dari selatan England yang menyertai Football Association. Tiga meriam menghala keutara diletakkan pada logo bagi menunjukkan salasilah kelab yang diasaskan pekerja kilang senjata.
Boleh tahan ganas juga logo ni. Logo ini kemudian diciplak oleh Axl Rose pada tahun 80-an untuk band musik yang diasaskannya.
Ketika era Herbert Chapman , sebuah lagi logo baru direka . Logo bedasarkan rekaan Art Deco ini hanya dipakai pada perlawanan-perlawanan berprofil tinggi seperti piala FA contohnya. Herbert Chapman juga menggunakan logo baru ini sebagai perhiasanpada lantai dan dinding di Highbury.
Pada tahun 1949 logo Arsenal diubah lagi dan ianya logo paling lama digunakan. Logo ini digunakan sehingga 2002.
Tahun 2002 logo diatas diubah atas sebab trademark. Pada masa ni banyak usahawan jalalan menjual barangan berlogo Arsenal berhampiran stadium. Logo kat atas tu tak pernah ditrademark oleh Arsenal kerana banyak kali direvised. Semua applikasi trademark ditolak akibat sebab itu. Akibatnya usahawan jalanan boleh jual scraf, topi dan t-shirt Arsenal tanpa perlu membayar royalti kepada kelab.
Pada tahun 2002 logo baru yang digunakan sekarang pun diperkenalkan. Logo terbaru ini mendapat tentangan kuat dari penyokong Arsenal kerana rekaanny tidak menggambarkan heritage Arsenal. Motto kelab "Victoria Concordia Crescit " (victory comes from harmony) turut dibuang pada design terkini.
LOGO MUSIM 2010-2011
Tuan-tuan dan puan-puan, masa untuk unveil logo baru Arsenal untuk musim hadapan;
Cantik kan? Mari aku terangkan maksud disebalik rekaan terbaru ini
1 - Gawang Arsenal sekarang mudah ditembusi. Maka perisai pada logo pun secara simboliknya menunjukkan realiti ini. Kenapa 3 lubang? Kerana ketiga-tiga keeper first team Arsenal , Almunia, Manone dan Fabianski sampah belaka!
2. Arsenal amat sinonim dengan kecederaan. Tak ada team lain selain Arsenal yang senarai kecederaannya panjang gila. 90% kecederaan menyebabkan pemain jadi tempang dan perlu bertongkap. Maka elemen tongkat pun diadaptasikan didalam logo baru ini
3. Ini ambulan. Kalau dulu Arsenal dikenali sebagai The Gunners sekarang dah jadi The Gonners. Team nazak. Perlukan ambulan bila sakaratul maut datang memanggil. Tak perlu ulas lebih panjang-panjang. Nanti ada orang emosi lagi. Tiada humor mereka ini. Mungkin situasi ini sama seperti ketika ada ahli keluarga yang nazak maka hendak ketawa sinis pun tidak mampu. Maafkan aku kerana tidak sensitif ye wahai pembaca Arsenal sekalian.
4. Lampu kecemasan ambulan menyerupai bendera Peranchis kerana Arsenal ialah kelab dimana bahasa kebangsaanya ialah French.
5. Motto baru untuk dekad baru. Motto lama "victory comes from harmony" digantikan dengan "Arsene Knows". Pada logo baru motto ditulis dalam bahasa Peranchis bukan Latin. For obvious reasons.