Saturday, February 5, 2011

Jumlah Pelancong Barat Ke Malaysia Meningkat 10000% Sejak Mesir Bergelodak


Laporan Effi Saharudim

Kuala Lumpur - 4 Febuari 2011 - Kementerian Pelancongan hari ini melaporkan terdapat kenaikkan 10000% peratus pelancong dari Barat ke Malaysia sejak berlakunya revolusi di Mesir. Kebanyakkan pelancong yang berasal dari Eropah datang ke Malaysia kerana mahu mencari pengganti kepada Piramid Giza yang ditutup sejak revolusi bermula. Menteri pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dipetik berkata

"Sejak Mesir bergelodak ramai pelancong Barat mengubah pelan asal mereka kesana dan datang ke Malaysia. Dari survey yang kami lakukan di KLIA kami mendapati mereka datang kesini kerana terdapatnya Sunway Piramid. Jika tak dapat ke Piramid Giza, Sunway Piramidpun jadilah"

Selain daripada itu pelancong barat juga datang ke Malaysia sebagai ganti Mesir kerana di kebanyakkan kawasan tarikan pelancong sudahpun menjadi mini Arab. Bukit Bintang sebagai contoh dipenuhi kedai makanan Arab lengkap dengan papan tanda bertulisan jawi. Michelle Dimbelby, seorang pelancong dari Britain yang berjaya ditemubual wartawan Metroll berkata

"Saya datang ke Malaysia kerana ianya lebih selamat. Tak perlu takut serangan pengebom berani mati. Kalau nak Piramid di Sunway pun ada dan ianya lebih bagus dari Piramid asal. Siap ada skating rink dan kawasan khas untuk WEEEBO. Anak perempuan saya yang gilakan budaya Jepun sukakan Asian Avenue di Sunway. Makanan tradisi Mesir seperti kebab dan Barbican pun boleh kami dapati dengan mudah di Malaysia"

Dengan kebanjiran pelancong dari Barat yang mahukan alternatif kepada Mesir, pihak Kementerian Pelancongan akan meluluskan projek bernilai 30 billion ringgit untuk membina Mini Egypt di Melaka. Mini Egypt bakal dibina diatas tapak Mini Malaysia dan akan mempunyai replika Kuil Abu Simbel, Lembah Makam Diraja serta rumah api Iskandariah. Datuk Seri Dr Ng Yen Yen juga menambah

"Kami juga bercadang untuk mengambil pelajar yang dihantar pulang dari Mesir sebagai pekerja bila taman tema Mini Egypt ini selesai pembinaanya. Pihak kerajaan bakal menjadikan khidmat wajib secara percuma selama setahun ditaman ini untuk membayar semula kos menyelamatkan mereka dari mampos di Mesir. Mereka yang gagal melaporkan diri untuk berkhidmat adalah pengkhianat dan tak sadar dek untung!"



13 comments:

Blitzenius said...

Tak sadar dek untung sounds S Kadarisman.

Hai ;) said...

hahaa!

Southern-Girl said...

Pihak kerajaan bakal menjadikan khidmat wajib secara percuma selama setahun ditaman ini untuk membayar semula kos menyelamatkan mereka dari mampos di Mesir. Mereka yang gagal melaporkan diri untuk berkhidmat adalah pengkhianat dan tak sadar dek untung!



Hahahahaha...God damn it! Funny siot!

asbesstos said...

ending ayat memang mantap.. hahahahhahaha

Anonymous said...

Waiting for butthurts?

tsk3

Aslina said...

adoiii... was2 aku nak gelak guleng2 ke atau sipu2 je gelak...

tapi aku admit la funneeehhhhh~~!!!

Anonymous said...

haha... nice ending!

Alal said...

"khidmat wajib secara percuma selama setahun ditaman ini untuk membayar semula kos menyelamatkan mereka dari mampos di Mesir"

wkakakka...x bleh bla..

SiCucuk said...

bosan.

Satira Malaya said...

betui ke mini egypt nak dibuat kat melaka? bukan ke hari tu kata nak buat kat taman tasik titiwangsa?

amputsaya said...

hahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..epic

Z H said...

menteri pelanconan mesia dah jadi firaun!! hahaa

ending terbaek ~

Anonymous said...

"Mini Egypt bakal dibina diatas tapak Mini Malaysia" >>>propaganda Yahudi???hahaha
N,ending yg sungguh kejam..

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber