Laporan Obefiend Weiland
Kuala Lumpur - Isnin - Syarikat Nestle Malaysian Sendirian Berhad hari ini bajal mengeluarkan pakej baru minuman 2 dalam 1 bagi menggantikan pakej 3 dalam 1 yang ada dipasaran sekarang. Pakej baru 2 dalam 1 ialah strategi baru Nestle bagi menyambut saranan Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan pengambilan gula dikalangan rakyat Malaysia.
Menurut kajian Persatuan Pengguan Pulau Pinang (CAP), rakyat Malaysia mengambil 26 sudu gula setiap hari iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). CAP juga menyalahkan syarikat pengeluar minuman kerana melambakkan pasaran dengan minuman 3 dalam 1 yang kaya dengan gula. Pengarah urusan Nestle Malaysia, Encik Donald Nestum berkata;
"Sebagai syarikat yang terkenal dengan minuman ruji Malaysia iaitu MILO, kami mempunyai tanggungjawab menyambut saranan kerajaan mengurangkan pengambilan gula. Oleh itu mulai bulan Ogos kesemua minuman 3 dalam 1 kami tidak akan disertakan gula. Sebaliknya kami akan mula menjual minuman 2 dalam 1 sahaja bagi menggantikan produk popular ini. Kini mereka boleh tambah gula kedalam minumam mengikut betapa cepat mereka mahukan diabetes melitus"
4 comments:
hahaha..
encik donald nestum
ni mesti nestle rugi sebab subsidi gula kena tarik..
beb. nape gambar ni belum ada watermark? ke aku yang buta? nanti kena plagiat lagi...
Post a Comment