Wednesday, July 28, 2010

Akhbar PERKASA Terpaksa Dihentikan


Pembekal enggan jual bahan mentah



Gua Musang – Jumaat – Akhbar dwi mingguan Suara Perkasa milik persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) terpaksa diberhentikan cetakannya mulai esok akibat kehabisan bahan mentah. Pihak Metroll difahamkan kilang percetakan akhbar Suara Perkasa kehabisan bahan mentahapabila pembekal barangan tersebut memboikot mereka. Pegawai perhubungan awam Suara Perkasa dipetik berkata;

“Kesemua pembekal bahan mentah untuk percetakan di Malaysia adalah hak milik kaum pendatang. Tidak ada seorang pun pembekal bahan seperti kertas, dakwat dan colour separator dimiliki pengusaha Bumiputera. Pembekal dari kaum pendatang ini menuduh kami mencetak akhbar perkauman. Ini adalah dakyah semata-mata. Kami hanya mencetak kebenaran berkenaan hak istimewa pribumi. Tindakkan mereka ini menghalang kebebasan bersuara PERKASA dan menghina kaum Bumiputera. Saya menyeru Kementerian Perdangangan mendenda syarikat-syarikat bahan mentah ni kerana ianya adalah tindakkan kurang hajar terhadap tuan tanah Melayu”

Ini adalah kali kedua akhbar ini terpaksa dihentikan pencetakannya. Kali pertama ialah beberapa minggu yang lalu apabila KDN menyerahkan surat tunjuk sebab apabila Suara Perkasa melaporkan berita ISA yang dianggap sensitif.

Kami berjaya menghubungi Pengurus Pemasaran DragonInks Sdn Bhd, Encik Kok Ann Fook untuk menanyakan mengapa syarikat beliau memboikot kilang percetakan Suara Perkasa;

“Gua bukan tamau jual sama dia. Tapi ini olang manyak rasis sama bangsa gua. Kata bangsa gua kulang ajar, talak holmat sama malai dan manyak tulis belita tipu punya. Gua manyak sakit hati sama ini paper. Gua telefon semua taukeh boikot sama ini paper loh. Kalau dia talak suka dia boleh beli balang dali luar mah”

Sementara itu kamu difahamkan pihak Perkasa mungkin mengimpot dakwat dan kertas secara terus dari China bagi memenuhi keperluan percetakan bagi masa terdekat. Pihak Perkasa kemudian enggan mengulas apabila diberitahu tentang betapa ironiknya akhbar rasis Melayu terpaksa melutut kepada pembekal dari China.



10 comments:

Zinedine Zaiddin said...

LOL..ingatkan pembekalan berita karut marut la yg habih tadi..hahaha

Anonymous said...

fukken lol

lordapes said...

"...Perkasa mungkin mengimpot dakwat dan kertas secara terus dari China..."

OH THE IRONY!!! LOLOLOLOL!!!

Holden Caulfield said...

kah kah kah!
Gua nak beli Harian Metroll mulai hari ni..akhbar no.1 di Tanah Malaya..kah kah kah!

JePh said...

kah kah kah!!

Anonymous said...

Kok Ann Fook *lol*

lufkin said...

lol kebesian..

Matjoe said...

nice one. pembekal dakwat?

Anonymous said...

lulzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Nokia E66 (outdated? yes) said...

just wonder, what's inside the paper? dump?

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber