Dakwa Inception adalah idea asal mereka
Kuala Lumpur –Jumaat - Kumpulan rock Damasutra hari ini memfailkan saman bernilai USD 300 Juta terhadap pengarah terkenal Hollywood Christopher Nolan. Menurut ketua kumpulan Damasutra Bahagia bin Daharun atau nama glamernya Baggio, Christopher Nolan meniru konsep mimpi didalam mimpi yang merupakan lagu popular Damasutra untuk filem arahan terbarunya Inception. Baggio berkata;
“Lagi popular kami Umpama Mimpi Dalam Mimpi terang-terang diplagiat konsepnya oleh Christopher Nolan tanpa kebenaran bertulis dari pihak kami. Saya dan Alok (pemain gitar Damasutra) menerima SMS dari seorang peminat yang baru pulang menonton cerita ini dipawagan. Peminat ini memberitahu kami yang filem Inception meniru konsep lagu kami 100%”
Beliau juga menambah;
“Kami segera ke GSC 1Utama untuk melihat peniruan ini dengan mata kami sendiri. Malangnya tiket habis dijual dan kami layan Twilight- Eclipse sepam sebelum ke Uptown untuk membeli sekeping DVD cetak rompak. Kami terkejut dengan persamaan konsep mimpi dalam mimpi filem ini dengan lagu kami. Disamping itu kami juga pernah menyanyikan lagu Sesat Dalam Rindu, Tamu Tika Terlena, Seribu Bayangan dan Asyik. Kesemua motif-motif didalam lagu ini juga diplagiat Nolan. Kami inginkan pembelaan dan kami pun memfailkan saman hari ini”
Sementara itu Addullah Akhlakhein Segaraga Esq ,peguam yang dilantik oleh Damasutra berkata;
“Inilah ialah kes saman pertama seumpamanya di Malaysia. Sebelum ni penggiat filem kita yang memplagiat idea Hollywood. Sebagai contoh Bujang Lapok diplagiat dari The 3 Stooges. Labu Labi pula diplagiat dari Laurel & Hardy. Didalam sinema moden pula Cinta mempunyai tema yang sama dengan Love Actually. Saya akan memastikan anak guaman saya akan mendapat pembelaan sewajarnya!”
Pihak Harian Metroll cuba mendapatkan komen dari pihak Christopher Nolan tetapi beliau enggan mengulas. Kami hanya menerima sekeping faks dari firma guaman yang mewakili beliau yang berbunyi;
“WHO THE FOOK IS KAMASUTRAS?”
BUKTI PLAGIAT MENURUT DAMASUTRA
Lirik- Umpama Mimpi Dalam Mimpi
Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi <-- (1)
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari
Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita <-- (2)
Luka yang tak terasa
Mengalir darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara
Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh Bayanganmu <-- (3)
Walau hanya seketika cuma Agar hilang rindu dan dahaga <--(4)
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta
Kenangan bersamamu kasih Membakar gedung fikiranku kini <--(5)
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi
Umpama mimpi dalam mimpi
RASIONAL BUKTI PLAGIAT
- Didalam filem Inception Leo Decaprio memasuki mimpi didalam mimpi
- Watak Leo hanya boleh bertemu isteri tercinta ketika bermimpi
- Leo hanya mampu menyentuh bayangan maya mendiang isterinya
- Setiap malam walau sekejap Leo akan bertemu isterinya
- Kenangan isteri Leo, Mal merosakkan mimpi Leo dan membakar realiti hidup Leo
24 comments:
kau memang berfikiran jauh. hahaha...
pergh!!
kau mmg genius!
aku baru terpikir nak buat entri mcm ni, tp xtau nak expand idea mcm mana. good job!
agagagakkk! ;P
real saman from Darmastura coming up...
wakakaka
hahaa, gilos aaa. 300 juta tu banyak
Lagu karoke wajib aku kot setiap kali bersesi.
hahha,gila betul,aku ingat real punya saman tadi rope2nye .....cissssssss
well,good idea bro.....
kah3..WHO THE FOOK IS KAMASUTRAS?..like dat..
haha.. bodoh gler melodi!
blog masuk melodi.. hahaha
ape dh takde citer ke eh?
ntah pape r reporter melodi ni..mende cmni terang2 org memain..dorgble plak p cover story ni..hahahahaha
kluar melodi plak entry nih...org buat lawak je..melodi bley amik serius...agak wartawan melodi dah kekurengan idea kot
Obefiend~
Melodi today (17.10.2010) mentioned about this story *hahaha*
They take it seriously *stupid*
aku rasa baggio nak alasan nak masuk Melodi balik la..nak nyanyi balik takde bahan baru...nak sakit...kos tinggi...so dia guna la artikel ni...
yang melodi pun satu. kalau baca artikel lawak,jgn la amek serius. ini tidak. bulat 2 terima.
macam baca majalah macam Ujang or Gila2 and take it macam Utusan yang publish
gua pun tgk tadi...
mmg bongok tul wartawan tuh..
da name blog pun brita bohong...
ak rasa bukan salah bagio.die pn xtaw cite ni.melodi la kurg bijak
kuar melodi? seriously? wtf? epic.
Melodi got RickROll...
All source internet must be true kekekeke
One again obe is Legendary
cepat upload melodi td woiii!!! aku blm tgk lagi!!
okay la...aku dh tgk.sian kat baggio.die pn admit berita ni lawak and gitaris die xde masa nk saman sbb tiap2 mlm gi dangdut.
camne la melodi blh aggp siyes benda ni? dah la saje je hide banner 'Harian Metroll' dari baggio...haha..
Tahniah Obe lagi sekali! hahaha
haha..serius..mmng lwk..trang2 lawak....
hah, betul tu. hheheh
ko memang lawak la bro
Post a Comment