Thursday, September 2, 2010

Persatuan Agama Bukan Islam Sambut Baik Arahan MAIS


Arahan MAIS dijangka bantu mengurangkan masalah epidemik Muallaf baru di Selangor



Kuala Lumpur - Khamis – Persatuan-persatuan agama bukan Islam seluruh Selangor menyambut baik arahan Majlis Agama Islam Selangor yang mengharamkan orang bukan beragama Islam dari ruang solat di masjid dan surau sekitar Selangor. Menurut wakil mereka Archbishop Dominic Xavier dari Gereja Katholic Selangor, arahan yang dikeluarkan semalam dapat membantu mengurangkan masalah penganut agama mereka yang mahu memeluk agama Islam.

“Kami menyambut baik arahan MAIS ini dan saya khususnya bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya memakbulkan doa saya. Seperti yang kita sedia maklum agama Islam ialah agama yang paling cepat penyebarannya di dunia sekarang. Kami ketua-ketua agama bukan Islam berasa amat risau yang ada anak kariah kami mahu bertukar agama. Pengharaman ini diharapkan akan menyukarkan mereka yang ingin memeluk Islam”

Setiap tahun ribuan saudara baru memasuki agama Islam di Malaysia. Terdapat banyak cerita orang bukan Islam yang menerima petunjuk dan hidayah setelah melawat ruang solat masjid. Sebagai contoh didalam Mastika tahun lalu, terdapat cerita seorang muallaf yang tergerak hantinya untuk memeluk ugama Islam setelah melawat sebuah masjid dan melihat orang bersembahyang jemaah. Archbishop Dominic Xavier kemudian menambah;

“Kami ingin menggunakan peluang ini untuk menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang ingin melawat Kuil, Gurdwara atau Gereja boleh datang terus tanpa halangan. Kami tidak akan mengharamkan dan menghalau pelawat-pelawat dari rumah ibadat kami. Pintu kami juga sentiasa terbuka kerana kami percaya pada perlembagan Malaysia yang menjamin kebebasan beragama. Paderi , Guru dan Sami akan melayan pertanyaan anda berkenaan agama anutan kami. Kami juga berjanji tidak akan menggunakan kehadiran anda semua untuk kepentingan politik sempit”



7 comments:

Anonymous said...

tahniah MAIS!!

pizli.mw said...

Hehe..

xordy said...

http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/news/general/9862-hurting-tnb-editor-pleads-not-guilty

habis la ko lepas ni kena sue plak. hahah

deus X machina said...

kah kah kah!!!!!!!

Awish said...

dah kena sebijik...

TheBentPencil said...

and, kuil sebelah skola aku slalu kasi free roti canai kat budak2 melayu yang masuk dalam.

yes, seriously.

Anonymous said...

Mendalam maksudnye tu

Related Posts with Thumbnails

Pagenumber