Kuala Lumpur-Sabtu - Syarikat pengluar kamera terkemuka Nikon hari ini memperkanalkan model terbaru meraka NIKON N-00B. Nikon N-00B ialah chasis pengubah (adaptor) kamera kompak kepada DSLR bingkai penuh (full frame). Pengurus produk konsumer Nikon Malaysia, Encik Saiful Nung berkata;
"Sejak kebelakangan ini pihak kami sering mendapat E-MAIL dari pengguna yang mengatakan kamera DSLR kami terlalu mahal dan sukar digunakan pengguna baru. Mereka mahukan kamera DSLR yang mudah digunakan seperti kamera kompak NIKON yang telahpun mereka miliki. Mereka tidak mahu berbelanja lebih untuk kamera baru tetapi mahukan prestij memilik DSLR seperti kawan-kawan mereka yang cool dan hipster.Pada hemat kami Nikon N-00B ialah produk yang mereka nanti-nantikan selama ini"
Kamera N-00B ini memang direka pagi penggemar fotografi novis. Ia mempunyai rupa yang sama dengan Nikon D700 yang hangat dispasaran. Nikon N-00B sedia digunakan dengan semua kamera kompak dari keluarga Coolpix. Harga setiap satu model ini ialah RM 700 dengan jaminan terhad 3 tahun.
Nikon yakin pengguna N-00B pasti gembira dengan produk terbaru meraka . Pengguna tidak akan lagi merasa macam taik kerana diejek rakan-rakan yang mempunyai DSLR ketika majils keraian. Mereka boleh blend in dan mengambil gambar tanpa risau gambar yang diambil nampak macam gampang kerana mereka malas belajar teknik DSLR yang betul.
Encik Saiful Nung juga berkata sekiranyan produk pengubah kompak ke DSLR N-00B ini mendapat sambutan hangat, pihak Nikon mungkin akan mengeluarkan pengubah bagi iPhone, Samsung Galaxy S , Blackberry dan Nokia 3210.
Arahan MAIS dijangka bantu mengurangkan masalah epidemik Muallaf baru di Selangor
Kuala Lumpur - Khamis – Persatuan-persatuan agama bukan Islam seluruh Selangor menyambut baik arahan Majlis Agama Islam Selangor yang mengharamkan orang bukan beragama Islam dari ruang solat di masjid dan surau sekitar Selangor. Menurut wakil mereka Archbishop Dominic Xavier dari Gereja Katholic Selangor, arahan yang dikeluarkan semalam dapat membantu mengurangkan masalah penganut agama mereka yang mahu memeluk agama Islam.
“Kami menyambut baik arahan MAIS ini dan saya khususnya bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya memakbulkan doa saya. Seperti yang kita sedia maklum agama Islam ialah agama yang paling cepat penyebarannya di dunia sekarang. Kami ketua-ketua agama bukan Islam berasa amat risau yang ada anak kariah kami mahu bertukar agama. Pengharaman ini diharapkan akan menyukarkan mereka yang ingin memeluk Islam”
Setiap tahun ribuan saudara baru memasuki agama Islam di Malaysia. Terdapat banyak cerita orang bukan Islam yang menerima petunjuk dan hidayah setelah melawat ruang solat masjid. Sebagai contoh didalam Mastika tahun lalu, terdapat cerita seorang muallaf yang tergerak hantinya untuk memeluk ugama Islam setelah melawat sebuah masjid dan melihat orang bersembahyang jemaah. Archbishop Dominic Xavier kemudian menambah;
“Kami ingin menggunakan peluang ini untuk menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang ingin melawat Kuil, Gurdwara atau Gereja boleh datang terus tanpa halangan. Kami tidak akan mengharamkan dan menghalau pelawat-pelawat dari rumah ibadat kami. Pintu kami juga sentiasa terbuka kerana kami percaya pada perlembagan Malaysia yang menjamin kebebasan beragama. Paderi , Guru dan Sami akan melayan pertanyaan anda berkenaan agama anutan kami. Kami juga berjanji tidak akan menggunakan kehadiran anda semua untuk kepentingan politik sempit”
cintyabella499@gmail.com on metroll news pakaian seragam baru pdrm Dengan tingkat keamanan dan kenyamanan yang tinggi anda bisa bermain kapan saja dan di mana saja, Player baru pasti puas main di bijak4d, Akses cepat, permainan fair, dan keuntungan berlimpah. Link daftar : shortq.link/playerbijak #slot #bijak4d...(more)
raja semar on metroll news pakaian seragam baru pdrm raja semar bo terbaru pertama yang menyediakan minimal deposit termurah yaitu Rp 10.000. raja semar togel juga menyediakan perkalian hadiah tertinggi dan rtp raja semar gacor di seluruh bandar toto online. <a...(more)
slot gacor terbaru on metroll news pakaian seragam baru pdrm Thanks broWinrate slot tentunya merupakan hal yang dirahasiakan oleh bandar slot. Karena itu pula bermain slot menjadi tantangan serta misteri tersendiri dalam bermain. Oleh karena itu kami memberikan kepada anda Bocoran slot gacor terbaru yang...(more)